Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat bersantai di hujung minggu bersama keluarga dan rakan rakan mudah mudahan apa jua yang kita lakukan diberkati dan dirahmati Allah.
Apa saje cerita sepanjang minggu ni yang berlaku disekeliling kita semua. Kalo yang terpampang di dada akhbar tu memang penuh dengan berita sensasi dan kontroversi.
Isu isu panas terutamanya dari dunia hiburan pastinya menjadi tajuk pilihan utama kebanyakan blogger. Terbaru berkenaan perkahwinan ratu rock negara, Ella pastinya ramai yang mengambil kesempatan menumpang populariti beliau.
Tak cukup panas dengan perkahwinan Ella tu, kisah Pian cecupak yang cucuk 760 jarum kat punggung dia pun boleh jadi perkongsian sensasi. Belum lagi yang berkongsi populariti dunia hiburan antarabangsa.
Pendek kata orang kita zaman sekarang ni jurusan minatnya lebih kepada dunia hiburan yang utamanya. Walaupun kisahnya diulang-ulang namun masih juga tidak jemu jemu untuk menatapnya.
Terlebih sedikit, ada juga yang berkongsi dosa fitnah memfitnah ni. Tanpa sedar atau memang sedar, masih juga sanggup menanggung dosa asalkan perkongsiannya digemari ramai.
Dalam dunia yang serba mudah ni yang penuh dengan teknologi bagi memudahkan perkongsian, janganlah kita mempermudahkan juga dosa dosa kita bertambah dan terus bertambah.
Lebih lebih lagi bulan Ramadhan pun dah nak dekat ni. Mari la kita sama sama memperbaiki diri mudah mudahan ibadah kita diterima Allah. Muhasabah diri sentiasa, baiki kelemahan dan banyakkan amalan.
Allah dah tutup aib hambaNya, tapi dibuka oleh hambaNya juga..kerana trafik sanggup sebahagian kita menyebarkan berita yang tak pasti kan? Moga kita jauh dari sifat sedemikian
ReplyDeleteGossip hiburan ini mengasyikkan. :-)
ReplyDelete