Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat bersantai dihujung minggu bersama sahabat handai dan ahli keluarga tercinta buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.
Malam tadi agak lewat baru masuk tidur. Selain dari melayan karenah anak yang tak reti reti nak tidur awal selepas kepuasan tidur di waktu petang, gangguan makhluk halus penghisap darah (nyamuk) yang entah dari mana datangnya beramai-ramai menyerang dan menyiapkan sedikit kerja untuk anak-anak murid.
Sempena hari bercuti hujung minggu ni jugak, merajinkan diri sikit membersihkan rumah. Sejam lebih duduk dalam bilik mandi menyental segala kotoran yang mencemar pandangan. Teringat jugak petua-petua untuk membersihkan bilik mandi ni antaranya menggunakan air coca cola.
Tak sia sia jugak aku membeli air coca cola malam semalam. Tapi bukan la tujuannya untuk menyiram bilik mandi, tak baik membazir tau. Air coca cola yang disimpan dalam ruangan sejuk beku apabila berada dalam keadaan separa beku memang menyegarkan tekak yang kehausan setelah penat menyental bilik mandi.
Terasa macam terlebih rajin pulak selepas selesai menyinarkan bilik mandi, keterajinan diteruskan pula ke arah ruang tamu. Langsir yang menghiasi ruang hadapan ditukar baru, dibantu dengan gangguan dari anak sulung aku tu pulak aku tukarkan sama langsir di bilik tidur utama.
Tak cukup dengan tu, segala kotoran dan habuk yang menodai bilah bilah kipas angin semuanya aku sental dan bersihkan sepenuh hati. Sepatutnya dalam perancangan awal yang difikirkan sehari sebelum ni ada sedikit sesi membersihkan kawasan luar belakang rumah dan memotong rumput dihalaman.
Tapi sebab lepas solat subuh tadi kononnya nak merehatkan mata sebentar, bukak je mata dah mencecah jam 9 pagi. Santapan tengahari pun cuma masak bihun goreng bersama ais kacang yang dibeli di medan selera Megoplex.
Kerja menaip soalan-soalan mengikut matapelajaran buat anak-anak murid aku pun masih banyak menanti. Walaupun peperiksaan akhir tahun akan berlansung pada bulan Oktober nanti, tapi sekurang-kurangnya aku nak diorang bersiap sedia dari awal.
Cuma masalahnya, nak menyediakan soalan tu memang mudah. Tapi nak menaip soalan yang disediakan tu agak menduga kesabaran jugak dibuatnya.
Gadis pun x pernah lagi beli air coca cola utk bersihkan kotoran lagi..
ReplyDeletemmg membazir...
huhuhu
Berkesan ker untuk bersih kotoran guna coca cola? ehehee.
ReplyDelete@Gadis
ReplyDeleteeric deko2 cakap kan mesti guna clorox..hehehe
@Blog Asyraf
ReplyDeletetak pernah cuba lagi la..rugi tul nak beli coca cola semata mata nak bersihkan tandas..
Yup, pernah baca juga pasal Coca Cola tu..in fact kalau tgk di siri Mythbuster, mereka cuba rungkaikan pelbagai mitos tentang benda2 yg boleh digunakan utk bersihkan lantai/tiles/toilet bowl..antaranya vodka, cuka makanan dan carbonated drinks
ReplyDeletead akat ablh bersihakn..tak pernah cuba lgi hee.... mahal air tu klu dah tarikh luput blh cuba
ReplyDeletecola tak minat sgt seskli minin skit jer..hu...gas kuat are dlm dia
ReplyDeletedah lama tak minum..tapi memang kuat gas dia..xsuka jugak
ReplyDeletebuat cuci perut jer air coke itu
ReplyDeleteRajin membersihkan rumah dihujung minggu.
ReplyDeleteassalamualaikum pipoq...betul la ingatkn betul2 gunakan coca cola tu...:)
ReplyDeletesesi mengemas di hujung minggu sempena nak mnymbut ramadhan ya..ehehhe..
ReplyDeletechii pernah gak dgr pasal org cuci tndas guna coke..tp setakat ni x pernah cuba lg sebab jarang beli
erkkk....boleh ke guna air tu utk buat cuci2.. baru tahu ni....
ReplyDelete