15 December 2010

tambat bertambat

  3 Komen    

Fenomena yang tak la baru sangat dalam dunia rangkaian sosial ni dinamakan saling tambat menambat. Aku tak pernah lagi la menceburkan diri dalam aktiviti camni cuma selalu tengok orang lain punya aktiviti je.

Memacam cara yang aku jumpa. Ada yang buat ala ala soalan untuk diedarkan la, ada yang buat ala ala kontest la. Tujuannya untuk mengembangkan lagi tambatan yang sedia ada menjadi lebih berkembang luas.

Buat masa ni terus terang aku bagitau aku takde masa untuk itu semua. Hahaha..belagaknya aku ni. Tapi tak mustahil kalo satu hari nanti tetiba ada tali penambat tu terpapar kat laman rumah aku ni. 

Bukan tak bagus pun buat camtu, boleh gak sambil mempromosikan diri leh gak mempromosikan kengkawan yang lain. Maklum la, dunia maya ni kan sangat luas jadik nak jumpa individu tertentu tu bukan semudah menggogle je. Lagipun kalo mengenali kawan melalui kawan ni pun agak selamat gak sebab kawan kita tu mesti la kenal kawan dia tu untuk diperkenalkan kat kita lak.

Masing masing punya cara, masing masing punya idea. Yang tak leh blah tu kalo tak pasal pasal terpaksa lak nak menyambung tali penambat tu. Hehehe..

Semalam aku tak sempat nak masuk entri baru sebab aku sedikit sibuk. Sibuk tidur dan sibuk pulak main game. Lagipun otak aku mengejang sikit semalam. Tak tau nak luahkan ape pun. Cuma melakukan aktiviti melawat laman rumah kengkawan je sekadar termampu. Yang tu, pasti aku tak lupa.

 

Related Posts:

  • Tiga bulan pertama Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa diucapkan buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberka… Read More
  • Cinta Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan dihari yang mulia ni kita se… Read More
  • Teh kangkang Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan rakan pengunjung yang dikasihi dan dihormati mudah mudahan kita semua dirah… Read More
  • Marrying the Mafia IV (가문의 영광 4) Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat menikmati hari hujung minggu anda dengan pelbagai aktiviti bersama rakan rakan mahupun keluarga. Apa … Read More
  • Siapa lebih berkuasa ? Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. S… Read More

3 comments: