10 December 2010

itu bukan aku

  2 Komen    

Dari Abu Hurairah r.a sesungguhnya seseorang bertanya kepada Rasulullah S.A.W , "(Ya Rasulullah) nasihatilah aku". Baginda bersabda, "Jangan kamu marah". Beliau menanyakan hal itu berkali-kali, maka baginda bersabda, "Janganlah kamu marah"
[Riwayat Bukhori]

18 tahun yang lampau pertama kali aku memperdengar tentang ulasan hadis ni. Walaupun dah kabur kabur, aku masih lagi ingat intipati yang diperjelaskan dengan penuh terperinci waktu dalam kelas meskipun aku kurang nak bagi tumpuan seperti biasa.

Hasilnya, aku mengerti keberkesanan hadis tu. Tak syok mana pun marah ni tapi sebagai makhluk ciptaan yang memiliki naluri, sifat marah ni memang tak boleh nak tanggal dari dalam diri sape pun. 

Aku selalu menyuruh orang lain bersabar tapi aku sendiri merasai keperitan menahan marah tu camne. Bukan semudah macam nak tahan rasa nak terberak atau terkencing. Dan aku sendiri mengalami camne gumpalan kemarahan yang tersekat tu memakan diri. 

Tengok orang gila kat tepi jalan tak pakai selipar pun aku rasa nak pegi belasah je. Orang depan bawak kereta tak bagi signal pun aku rasa nak pegi maki pemandu tu + terajang je kereta dia sampai remuk. 

Kalo dulu waktu remaja memang tak terkawal punya. Belasah orang sebagai salah satu terapi berkesan. Kesian memang tak wujud waktu tu. Tapi bila dah dewasa ni, terasa bodoh pulak berkelakuan camtu. Apa yang aku dapat ? Tepukan gemuruh dari syaitan je.

Sekarang ni bila dah dewasa, aku dah malas nak melayan perasaan gampang tu. Biar aku telan je. Sebab yang tak dapat mengawal api kemarahan tu bukan aku. Ya, itu bukan aku. Aku dah jadi orang yang penyabar. Semoga kesabaran aku ni di upgrade ketahap dewa. 

Tapi tangan rasa ketor ketor je ni. Hehehe..ada sape sape nak teman aku jadi gaban ?

Related Posts:

  • T L D MAssalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan pengunjung yang dikasihi. Semalam adalah hari ulangtahun ke 77 bagi warga Te… Read More
  • lupa diriAssalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari rabu buat semua rakan pengunjung yang dihormati. Berapa hari je lagi ni dah nak menyambut hari peker… Read More
  • boleh jawab ?Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung dengan harapan semuanya berada dalam keadaan sihat dan berse… Read More
  • telur masinAssalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa diucapkan kepada semua rakan pengunjung. Apa cerita hari ni ? Isu pelakon video seks yang jad… Read More
  • bunshinsabaAssalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari ahad buat rakan rakan pengunjung. Apa aktiviti hari ni ? Bersantai bersama keluarga di taman atau ha… Read More

2 comments: