08 December 2010

hadiah buat yang tercinta

  9 Komen    


Akhirnya setelah berhempas pulas memikirkan hadiah terhebat buat hari lahir isteri tercinta, aku memilih sepohon bunga mawar yang berbunga, menghijau daunnya dan sebuah pasu yang berukir cantik.

Walaupun dari segi harganya budak sekolah rendah pun mampu untuk memilikinya, tapi aku ada pengertian tersendiri tersirat melalui pemberian ni.

Bila aku google kesukaan wanita, dari hasil kajian aku rating tertinggi kalo tak bunga, cokelat ataupun teddy bear. Mulanya aku bercadang nak hadiahkan bunga tapi bunga pasti akan layu dan tak sampai sebulan dah hilang dari pandangan.Nak bagi cokelat, lama mana sangat tahannya. Nak bagi teddy bear, kang asyik nak peluk teddy bear je pulak, jeles aku nanti. Hahaha..

Lalu dengan drastiknya aku memilih pokok bunga dan pasu ni. Kenapa ? 
  • Pasu tu menggambarkan cinta dan kasih sayang yang menampung kehidupan sehari hari yang penuh dengan suka duka.
  • Pokok bunga tu menggambarkan satu kehidupan yang perlu penjagaan dan perhatian.
  • Bunga mawar tu menggambarkan cinta yang sentiasa berkembang mekar dan mengharum menghiasi kehidupan.
  • Daun menghijau tu menggambarkan kebahagiaan yang tumbuh subur sepanjang masa.
  • Duri mawar tu menggambarkan rintangan dan episod duka dalam kehidupan yang mana perlu berhati hati mengawal dan menghadapinya agar tidak tertusuk padanya.
Hehehe..memandai je aku kan. Tapi dari sudut pengertian aku, camtu la maksud tersirat yang aku persembahkan untuk isteri tercinta aku tu. 


Lagipun kalo aku bagi pokok bunga ni, bila bila isteri aku nak bunga pun tak yah nak pegi beli lagi ye tak ? Petik je kat situ. Hehehe...



Related Posts:

  • lenyek ke penyet ?Ada sekali masa aku balik kampung, adik aku yang berkerja kat Johor bagitau dia selalu makan ayam penyet. Mula mula aku dengar macam kelakar pun ada. … Read More
  • seribu tahun lagiBersemangat tak hari ni masuk kerja ? Kalo yang masih belajar tu, camne pulak mood melangkah masuk pagar sekolah tu ? Walau apa pun mood yang ada tu, … Read More
  • sebut betul betul...Ranau bukannya panau..Salam hujung minggu semua. Ke mana perancangan dihujung minggu ni ? Duduk kat rumah atau pergi bersiar siar dengan keluarga ? Walau ke mana pun destin… Read More
  • itu yang terbaikSempena hari jumaat yang mulia ni aku nak ajak korang semua berfikir sejenak. Maklum la enam hari sebelum ni mungkin kita asyik bercakap tentang perka… Read More
  • tak tahan, jangan di tahanBoleh tahan ke ? Ada perkara yang boleh nak ditahan tapi ada jugak perkara yang tidak seharusnya ditahan tahan. Contoh perkara yang boleh ditahan cam … Read More

9 comments: