Perkara pertama yang selalu korang pikir masa memula nak berblog ape benda ? Apa tujuan korang menyertai komuniti blogger ni ? Kenapa korang berblog ?
Semua orang ada alasan sendiri ye tak ? Ada yang saje suka suka. Ada yang syiok sendiri. Ada yang betul betul memanfaatkan perkhidmatan blog ni. Ada yang sampah. Ada yang sekali masuk dah tak nak masuk lagi lain kali sampai bila-bila.
Ada yang aku kekadang singgah, cam saiko pun ada gak. Hehehe..memang la blog masing masing punya suka hati la nak tonggeng ke, nak telentang ke, nak cakap ape ke, nak buat ape ke tak de sape yang nak larang. Koman koman pun pelawat buat aduan blog korang tu 'mengancam'.
Lain orang lain padang. Err..betul ke tak kata bedalan aku ni ? Banyaknya laman-laman blog sekarang ni sampaikan budak sekolah pun boleh memiliki satu laman sendiri.
Paling tak tahan tu bila bahasa yang digunakan tu teramatlah canggihnya. Sampaikan menyukarkan pakcik makcik blogger nak mengeja perkataannya. Tu belum lagi dengan warna latar yang boleh menyebabkan katarak.
Dan lagi tragis bila nak tunjuk laman dia tu tersangat popular, gunakan saja khidmat salin dan tampal. Lepas tu dah tentu orang berpusu-pusu singgah kena pulak bila bab gosip artis.
Lebih menyedihkan tu ada pulak yang menjadikan aktiviti sebegitu sebagai salah satu punca rezeki. Sudah la menyalin tampal, tak kira apa pengisiannya asalkan ada untung.
Ini hanya peringatan untuk diri sendiri dan mungkin boleh ingat mengingatkan kembali kita semua. Maklum saja la dengan blogging pun mampu menjana pendapatan.
Apa yang penting biarlah pendapatan kita tu diperolehi dari hasil yang bersih. Sebab bila ada yang kotor-kotor tu jadi darah daging, habuannya di neraka sana tu.
Sama2 kita berhati-hati dlm jua perkara yg kita buat
ReplyDeletethanks bro pipoq!
biasalah tu. blogger nak duit cepat.
ReplyDeletemoga kita akn lbih baiki mana yg kurang dan tinggallkan mana tak baik huhu...
ReplyDeleteselamat hujung mgu
alhamdulillah setakat ni saya hampir x amalkan kaedah salin dan tampal
ReplyDelete"Ada yang sampah"..teringat aku pada seseorang kisah dulu²..hahah
ReplyDeletewarna latar belakang boleh menyebabkan katarak yang tak tahan tu..macam mana gaya la blog yang macam tu..
Yang jenis copy paste tak teruk lagi la bagi aku sebab diorang ada usaha lagi nk mengcopy dan paste..kalau yang autopilot lagi jahanam..ciplak hasil kerja orang dan makan hasilnya tanpa sedikit usaha pun..juz my 2cents bro..blog aku pun syok sendiri je..suka² blogging..hehe
isu copy paste ye?
ReplyDeletemakin banyak sekarang, tapi xtau la nak label kan sampah atau tidak..
kalau diberi kredit ok la juga..
ehehehee
setuju sangat tu bro..hehehehe.. copy paste bulat2 tanpa tinggalkan kredit pulak tu.. mak aih..
ReplyDeletesebenarnya kan... jadi blogger pun tak kurang juga dugaannya...dugaan dan godaan untuk cepat kaya.
ReplyDeletejalan ada, cuma tahap seseorang untuk ikut jalan tu atau beringat untuk masa depan di 'sana'
Setuju dengan pendapat saudara
ReplyDeleteSetuju dengan pendapat ni.
ReplyDeleteblog ni macam dah jadi satu tanggungjawab. jadi bila dah de blog, berani la tanggung dan jawab di hari kemudian..
ReplyDeletesebenarnya bila ada blog ni dah jadi satu tanggungjawab. jadi bila dah ada, tulis dan post, kenalah berani tanggung dan jawab di kemudian hari
ReplyDeletebetul bro, macam2 kerenah manusia. bab bahasa ni pun satu, kita yg otai puas cari kamus satu dunia pun susah nak faham....heee
ReplyDeletesemoga menjadi pedoman kita bersama
ReplyDeleteberhati-hati membuat entry
ReplyDeletekurang berminat entri copy paste.. mengejar sangat duit.. tak berkat nanti..
ReplyDelete