02 October 2024

Ujian demi ujian

  Tiada Komen    

Sedar tak sedar hampir 13 tahun dah aku berkecimpung dalam bidang mendidik anak-anak bangsa. Sebelum tu hanya secara sambilan dengan kelas Al-Quran je. Rezeki masa anak kedua lahir, ditawarkan perjawatan sebagai seorang guru.

Dalam tempoh nak 13 tahun ni, bersyukur juga la sebab hasil dari aku mendidik anak-anak bangsa ni, berjaya melahirkan pakat IT, pakar ekonomi, jaguh sukan dan juga jutawan. Berkereta jenama negara, megah menyusur dijalan raya.

Cabaran yang paling mencabar bila melalui zaman kobid. Mengajar dari rumah. Budak-budak pun takde peperiksaan. Bila persekolahan kembali boleh bersemuka, impak dari belajar dari rumah tu memang sangat ke lautan pasifik.

Bila dah bersemuka, proses pembelajaran kembali seperti biasa. Belajar, ujian, belajar, ujian. Bab belajar tu dah satu hal. Bayangkan generasi PDPR tu bila masuk kembali ke sekolah, separuh dah ibarat budak baru masuk tadika.


Mahu tak mahu memang kena mengkreatifkan diri. Mengajar dengan kaedah nak bagi bebudak cepat faham. Kalau diorang menghafal semata-mata tapi tak faham isi pelajaran bila mana nak ada kemenjadian tu kan. 

Bila buat ujian baru kita boleh menilai tahap pemahaman seseorang murid tu. Ye la, kita pung pang pung pang dalam kelas hujung-hujung tanya faham ke tak faham, semua jawab faham. Bila hadap kertas soalan ujian, baru deme tau nak jadi penjawat awam bukan senang kecuali la ada kabel fiber kencang. 

Tapi macam mana sekali pun, walau aku boleh je nak buat lantak kau lah, yang tu bukan cara aku. Sedaya upaya akan aku usahakan walau apa cara pun, bila keluar je dari sekolah nak naik menengah, biar ada tak banyak sikit pun jadilah sebagai satu ilmu yang difahami dan dapat diamalkan dan dijadikan pedoman kehidupan. 






Related Posts:

  • Minggu pertama persekolahan Semalam belum cukup sibuk menguruskan pendaftaran murid-murid baru dan lama lalu bersambung hingga ke hari ini. Memandangkan sekolah aku mengajar ni… Read More
  • Jawi Purba On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The ide… Read More
  • Pendapatan dari blog Perkara pertama yang selalu korang pikir masa memula nak berblog ape benda ? Apa tujuan korang menyertai komuniti blogger ni ? Kenapa korang berblo… Read More
  • Kembali ke sekolah 2013 Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua beroleh keberkatan dan rahma… Read More
  • Practice make perfect Hari pertama aku memulakan sesi pembelajaran semalam sangat menyeronokkan. Seronok melihatkan gelagat anak-anak murid baru aku tu terkesima bila aku… Read More

0 comments:

Post a Comment