03 October 2024

Hujan lagi

  Tiada Komen    

Alhamdulillah sekarang ni boleh kata setiap petang akan turun hujan kat bumi Ipoh. Kalau tak renyai-renyai, lebat. Kalau tak lebat, renyai-renyai. Pagi bawa ke tengahari biasanya cerah dan panas. Lepas je gelincir matahari, awan mendung pun berarak mampir.

Teringat masa duduk rumah sewa lama. Bila datang je hujan lebat, sangat mengerikan. Sebab bumbung rumah tu tak normal. Air hujan tu boleh mengalir kat dinding macam air terjun.

Cuma yang bagusnya, kawasan rumah tu berada dikawasan yang agak tinggi jadi risiko nak banjir tu sangat mustahil.

Permandangan dari kelas aku mengajar di tingkat 4

Kalau ada rezeki, memang aku berhasrat untuk bermukim kat Ipoh ni. Banyak faktor menarik kalau duduk kat Ipoh. Nak ke Utara mudah. Nak ke Selatan senang. Nak ke laut tak jauh. Nak naik gunung dekat. 

Tapi tu la, belum kunjung tiba rezekinya. Masih lagi berstatus pemastautin. Tu pun tunggu masa je nak kena cari tapak baru. Korang doa-doakan la aku dimurahkan rezeki. 

Siapa yang banyak sangat duit tak tau nak buat apa tu, boleh la beli tanah yang aku nak jual tu. Daripada duit korang abis macam tu je, baik korang beli tanah. 



Related Posts:

  • Memuliakan Tetamu Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baru-baru ini negara kita menerima kunjungan dari Presiden Amerika, Barrack Obama yang dalam misinya melawat ne… Read More
  • Kalau nak jadi punca Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saban hari pasti ada sahaja berita tentang kemalangan jalan raya yang kita dengar, lihat atau baca samada melib… Read More
  • Tinggalkan keraguan Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kita semua sedia maklum pada zaman sekarang ni media sosial memainkan peranan yang begitu meluas dalam penyebar… Read More
  • Halal dan Haram Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baru-baru ni kecoh dengan berita penemuan DNA babi di dalam kandungan cokelat jenama Cadbury. Dan bermulalah ke… Read More
  • Minda terpengaruh Assalamualaikum dan salam sejahtera. Suatu hari ketika sesi rehat baru bermula aku dihampiri seorang pelajar lelaki yang duduk di meja paling belaka… Read More

0 comments:

Post a Comment