02 January 2013

Minggu pertama persekolahan

  13 Komen    
label: 
Semalam belum cukup sibuk menguruskan pendaftaran murid-murid baru dan lama lalu bersambung hingga ke hari ini. Memandangkan sekolah aku mengajar ni tiada kerani, maka kami guru-guru yang menguruskan segalanya.

Bermula dari menulis pendaftaran pelajar, mengutip bayaran dan sebagainya. Ingatkan tadi sempat jugak la untuk aku memulakan sesi kelas, tapi disebabkan kebanyakan ibubapa berpusu-pusu datang mendaftar dan menjelaskan pembayaran hari ni maka terpaksa la aku tangguh.


Paling tak minat bila bab mengumpul kutipan bayaran pendaftaran. Kutip tu seronok la tapi nak mengira jumlah keseluruhan kutipan tu yang sangat memenatkan. 

Kalau semuanya membayar dengan jumlah bayaran yang sama tu mungkin mudah kerja jugak la. Tapi bila pembayarannya tak sekata, berpinar juga mata waktu nak mengira. 

Dan mungkin jugak sebab kurang sistematik pengurusannya maka begitulah akibatnya. Ini adalah pengalaman pertama aku menguruskan pendaftaran murid-murid di sekolah. Maka untuk itu pasti akan ada khilafnya.

Esok dah boleh mula 'berkenalan' dengan anak-anak murid yang baru. Teringat pulak zaman bersekolah dulu. Minggu awal persekolahan selalunya sibuk dengan menetapkan tempat duduk dalam kelas, mengatur tugasan harian, melantik ketua kelas dan sebagainya.





Related Posts:

  • Jangan marah, jangan denda, jangan rotan Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati ALLAH. Ma… Read More
  • Tahun Satu Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan pengunjung mudah-mudahan kita semua diberkati dan dirahmati ALLAH dalam apa juga yang kita laku… Read More
  • Dilema merotan Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan ALLAH memberkati dan merahmati setiap apa jua yan… Read More
  • Minda terpengaruh Assalamualaikum dan salam sejahtera. Suatu hari ketika sesi rehat baru bermula aku dihampiri seorang pelajar lelaki yang duduk di meja paling belaka… Read More
  • Mengajar dan belajar Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kalendar persekolahan menjelang penghujung tahun ni dah tentu dipenuhi dengan tarikh-tarikh peperiksaan. Guru-gu… Read More

13 comments:

  1. Kali ini tidak ada masalah kerana anak-anak sudah boleh berdikari di hari pertama persekolahan sesi 2013.

    ReplyDelete
  2. bro sebenarnya seorang guru ke??hahaha. den baru tau ni.. tabik spring kat bro :)

    ReplyDelete
  3. fuh!!
    banyak ragam di awal persekolahan..
    ragam nak bayar yuran pun banyak juga..
    ehehhe

    ReplyDelete
  4. @akubiomed
    selalunya yang meragam bila pertama kali nak memulakan persekolahan.

    ReplyDelete
  5. @mie
    memang banyak ragamnya..bukan je ragam anak-anak murid, mak bapak murid pun sama jugak beragam..hehehe

    ReplyDelete
  6. Cikgu rupanya. Masih ada lagi sekolah yang tiada kerani ye. Cikgu kena kerja lebih sikit la nampaknya.

    ReplyDelete
  7. Berpuluh tahun sekolah wujud. Kenpa masih belum ada sistem pembayaran dan pendaftaran yang sistematik ye?

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum pipoq...bermacam2 gaya kanak2 di hari pertama persekolahan...:)

    ReplyDelete
  9. biasanya mmg cikgu yg kena uruskan hal bayar yuran ni kan.? :)

    moga segalanya berjalan lancar hendaknya.. :)

    ReplyDelete
  10. ada juga yg tak sama ye? tapi tul gak, lau dari pagi sampai petang kira duit, mau pening. nasib baik tak kerja kat bank.. huhu

    ReplyDelete
  11. @irul
    untuk pengetahuan, sy mengajar di SRAR..jadi sebab tu tiada kerani..

    mungkin kena tunggu bila SRAR ada perjawatan tetap baru leh ada kerani kat sekolah.. :)

    ReplyDelete