02 January 2013

Minggu pertama persekolahan

  13 Komen    
label: 
Semalam belum cukup sibuk menguruskan pendaftaran murid-murid baru dan lama lalu bersambung hingga ke hari ini. Memandangkan sekolah aku mengajar ni tiada kerani, maka kami guru-guru yang menguruskan segalanya.

Bermula dari menulis pendaftaran pelajar, mengutip bayaran dan sebagainya. Ingatkan tadi sempat jugak la untuk aku memulakan sesi kelas, tapi disebabkan kebanyakan ibubapa berpusu-pusu datang mendaftar dan menjelaskan pembayaran hari ni maka terpaksa la aku tangguh.


Paling tak minat bila bab mengumpul kutipan bayaran pendaftaran. Kutip tu seronok la tapi nak mengira jumlah keseluruhan kutipan tu yang sangat memenatkan. 

Kalau semuanya membayar dengan jumlah bayaran yang sama tu mungkin mudah kerja jugak la. Tapi bila pembayarannya tak sekata, berpinar juga mata waktu nak mengira. 

Dan mungkin jugak sebab kurang sistematik pengurusannya maka begitulah akibatnya. Ini adalah pengalaman pertama aku menguruskan pendaftaran murid-murid di sekolah. Maka untuk itu pasti akan ada khilafnya.

Esok dah boleh mula 'berkenalan' dengan anak-anak murid yang baru. Teringat pulak zaman bersekolah dulu. Minggu awal persekolahan selalunya sibuk dengan menetapkan tempat duduk dalam kelas, mengatur tugasan harian, melantik ketua kelas dan sebagainya.





Related Posts:

  • Hargailah guru kita Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati ALLAH. Selamat hari guru b… Read More
  • Nakal itu bukan kesalahan Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan semua mudah-mudahan kita diberkati dan dirahmati ALLAH. Masuk minggu ketiga dah aku berhadap… Read More
  • Practice make perfect Hari pertama aku memulakan sesi pembelajaran semalam sangat menyeronokkan. Seronok melihatkan gelagat anak-anak murid baru aku tu terkesima bila aku… Read More
  • Majlis Ikhtifal SRAR Ipoh Zon 4 Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan pengunung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati ALLAH. Alhamdulillah berakhir sud… Read More
  • Berani kerana benar Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan pengunjung yang dihormati mudah-mudahan kita mendapat keberkatan dan rahmat dari ALLAH dalam ap… Read More

13 comments:

  1. Kali ini tidak ada masalah kerana anak-anak sudah boleh berdikari di hari pertama persekolahan sesi 2013.

    ReplyDelete
  2. bro sebenarnya seorang guru ke??hahaha. den baru tau ni.. tabik spring kat bro :)

    ReplyDelete
  3. fuh!!
    banyak ragam di awal persekolahan..
    ragam nak bayar yuran pun banyak juga..
    ehehhe

    ReplyDelete
  4. @akubiomed
    selalunya yang meragam bila pertama kali nak memulakan persekolahan.

    ReplyDelete
  5. @mie
    memang banyak ragamnya..bukan je ragam anak-anak murid, mak bapak murid pun sama jugak beragam..hehehe

    ReplyDelete
  6. Cikgu rupanya. Masih ada lagi sekolah yang tiada kerani ye. Cikgu kena kerja lebih sikit la nampaknya.

    ReplyDelete
  7. Berpuluh tahun sekolah wujud. Kenpa masih belum ada sistem pembayaran dan pendaftaran yang sistematik ye?

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum pipoq...bermacam2 gaya kanak2 di hari pertama persekolahan...:)

    ReplyDelete
  9. biasanya mmg cikgu yg kena uruskan hal bayar yuran ni kan.? :)

    moga segalanya berjalan lancar hendaknya.. :)

    ReplyDelete
  10. ada juga yg tak sama ye? tapi tul gak, lau dari pagi sampai petang kira duit, mau pening. nasib baik tak kerja kat bank.. huhu

    ReplyDelete
  11. @irul
    untuk pengetahuan, sy mengajar di SRAR..jadi sebab tu tiada kerani..

    mungkin kena tunggu bila SRAR ada perjawatan tetap baru leh ada kerani kat sekolah.. :)

    ReplyDelete