Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua dikurniakan taufiq dan hidayah serta diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.
"Hujan oh hujan, kenapa engkau turun ?"
"Macam mana aku tak turun, katak panggil aku"
"Katak oh katak, kenapa kau panggil hujan ?"
"Macam mana aku tak panggil, ular nak makan aku"
"Ular oh ular, kenapa nak makan katak ?"
"Macam mana aku tak makan, memang makanan aku"
Korang semua pernah dengar seloka rakyat ni ? Aku tak berapa pasti maksud sebenar seloka ni tapi apa yang pasti terkandungnya sindiran dan sifat sifat menyalahkan orang lain tanpa mahu mengaku kesilapan diri di situ.
Dan pastinya sewaktu aku kanak kanak, aku telah ditanamkan kepercayaan sedikit karut melalui sumber sumber seloka sebegini. Asalkan katak berbunyi, itu tandanya hujan akan turun dan apabila hujan turun, sang ular tidak dapat untuk memakan katak tersebut. Cuma terkadang tu, irama sang katak tu sangat membuatkan malam kita terganggu.
Kak Kujie mungkin ada jawapannya kenapa sang katak berbunyi. Dan dari hasil pengamatan yang aku lakukan sejak dua hari yang lepas, rupanya ianya bukanlah irama untuk menggamit hujan turun setelah bumi Ipoh disinari terik mentari. Bukan juga kerana diintai sang ular yang kelaparan.
Dua malam tidur anak kecil aku terganggu dengan teriakan sang katak yang bersahutan terasa teramat hampir. Punca dikesan dari sebuah kolam kecil yang diletakkan dihadapan rumah sebagai habitat flora air dan seekor ikan milik anak sulung aku tu.
Awalnya aku berseloroh dengan isteri mengatakan bahawa kemungkinan hujan akan turun dikegelapan malam setelah bertalu talu teriakan sang katak bersahutan. Namun di langit lansung tiada tanda tanda hujan akan turun. Terbentang luas dengan bintang bertaburan sesekali terlihat pesawat penumpang tinggi melintas.
Tak tahan dengan raungan dan pekikan sang katak, aku segera menyiasat. Bertemu jua dengan pemilik suara nyaring tu. Bukannya solo dan bukan berduet, rupanya persembahan berkumpulan. Ada yang berlansung dari tebing kolam. Ada juga yang berlansung dicelah rimbunan flora renek penghias laman.
Setelah berjaya aku membubarkan perhimpunan okestra sang katak dengan menghambat seekor demi seekor keluar dari kawasan laman rumah aku agar mereka mencari kawasan lain yang lebih sesuai tanpa menggangu tidur anak anak kecil, barulah tenang lena anak aku tu.
Dan semalam kami dikejutkan lagi dengan jeritan sang katak. Masih lagi kedengaran dari kolam kecil dihadapan laman rumah. Namun tanpa sebarang sahutan. Persis penyanyi solo yang membuat persembahan tanpa disaksikan oleh penonton.
Segera aku bertemu mata dengan sang katak, dengan penuh rasa hormat kepada makhluk kecil yang kegersangan mencari pasangan aku katakan padanya bahawa di kolam kecil itu tidak sesuai untuknya mencari jodoh dan menyambung zuriat. Malah teman temannya juga sudah aku khabarkan meninggalkan kolam kecil itu.
Mungkin akur dengan ketentuan dan mengerti alasan yang aku katakan, sang katak menerima takdirnya. Aku izinkan dia bermalam di kolam kecil, mungkin untuk kali yang terakhir namun haruslah tanpa sebarang teriakan menggoda sang katak betina untuk beradu bersama. Mengerti maksud, dan malam tadi hanya sang cengkerik je bersahutan. Terima kasih sang katak.
Info :
Setiap spesis katak memiliki bunyi dan irama mereka yang tersendiri bagi memudahkan mereka berkomunikasi sesama sendiri mengikut jenis masing masing. Malahan, antara katak jantan dan katak betina juga memiliki bunyi yang berlainan. Bunyi katak biasanya terhasil dari getaran yang dikeluarkan melalui kantung dibawah mulutnya yang dikembangkan dengan angin. Dan sang katak berbunyi bukanlah kerana memanggil hujan ataupun takut dimakan sang ular, tetapi ianya adalah irama kurniaan Allah untuk mereka dalam proses mencari pasangan bagi menyambung zuriat. Ala ala lawan pantun orang nak kawin tu jugak la kot.
assalamualaikum pipoq...kesian nyer bunyi bising katak tu membuatkan tak lena tido anak pipoq...tapi biarkanlah katak tu die pun nak meneruskan kehidupan nyer juga...:)
ReplyDeletemaszull :
ReplyDeletewaalaikumsalam..
terlalu kuat sangat bunyinya sampai asyik terkejut je baby tido malam malam..
Anak-anak saya kalau nampak katak akan menjerit-jerit. :-)
ReplyDeleteakubiomed :
ReplyDeletesy sendiri pun sebenarnya geli jugak dengan katak ni..guna kayu yg panjang untuk halau katak tu..hehehe
Geli klau jumpa katak..
ReplyDeleteTp katak ni dia mmg suka tempat yg berair dan lembab supay srnang mereka nk mnymbung zuriat.
Srbab tu kbiasaanya lepas hujan katak memang galak berbunyi.
dah lama tak dengar bunyi katak..hehe..kalau kat kampung tu selalu lah
ReplyDeletemencari kwn rupanya heee
ReplyDeleteanak kecil ssuh nk tdo bunyi asli ni hee.sabar...dia tgh cri pasangn tu heee
ReplyDeletebuat masa ini..
ReplyDeletemengharapkan katak memanggil hujan..
hihihii
Myra Jay :
ReplyDeletehehehe..kalo kat kampung dulu time lepas hujan memang meriah keliling rumah dengan pesta katak ni..
cikgu Naman :
ReplyDeletekalau di bandar hanya tinggal bunyi cicak..kalau bernasib baik mungkin ada cengkerik..
suri :
ReplyDeletejangan kata anak kecil je..bapak anak kecil ni pun susah nak tidur jugak dibuatnya..hehehe
mie :
ReplyDeleteutara pun panaih jugak ka ? sini dah seminggu tak kehujanan..
malam tadi pun dgr bunyi katak kat area rumah kami. huhu.. besar jugak katak tu.. uih, geli, masa blajar bedh juga katak ni.. lau hidup2, tak dpat den..
ReplyDeletekuat bunyinya sampai baby tak leh tidur ye..
Ya Allah...meremang bulu roma tgk katak ijo tu...geli geleman jadinya...huhuhu...
ReplyDeleteagaknya katak tu merasakan ada satu tarikan kot kat umah pipoq..
ReplyDeletechii plak..bleh katakan hari2 gak katak dok tunggu dlm toilet..maka sblm mandi..kena halau dulu..krg x pasal2 bertukar jd putera..susah plak..ehehe
fiezaradzi :
ReplyDeletesampai sekarang pun student medic masih membelah katak sebagai eksperimen ye ?
memang kuat benor bunyinya sebab dekat sangat dengan tingkap bilik tidur..
nabilah_2908 :
ReplyDeletehehehe..macam kacak je dia duduk camtu..
chii :
ReplyDeletekalo nak kasi tukar jadi putera katak bukan ke nak kena kiss dulu katak tu ? hehehe..nak pegang pun rasa geli geleman, ni pulak nak dikucup katak tu..hehehehe
air jordan shoes for sale, http://www.airjordanshoes.us.org/
ReplyDeleteralph lauren outlet, http://www.ralphlaurenoutlet.in.net/
ray-ban sunglasses, http://www.rayban-sunglassess.us.com/
louis vuitton outlet online, http://www.louisvuittonus.us.com/
toms shoes, http://www.toms.us.com/
longchamp outlet, http://www.longchampoutlet.name/
michael kors outlet, http://www.michaelkorsoutletonlinestores.us.com/
michael kors outlet, http://www.michaelkorsfactoryoutlet.us.org/
thomas sabo, http://www.thomassabos.co.uk/
nike outlet store, http://www.nikeoutletstore.us/
mont blanc outlet, http://www.montblancpensoutlets.com/
true religion jeans, http://www.truereligionjeansoutlet.com/
michael kors canada, http://www.michaelkorsoutletcanada.in.net/
the north face outlet store, http://www.thenorthfaceoutletstores.org/
prada handbags, http://www.pradahandbagsoutlet.co.uk/
vikings jerseys, http://www.minnesotavikingsjersey.us/
chanel handbags, http://www.chanelhandbags-outlet.us.com/
replica watches, http://www.replicawatchesforsale.us.com/
oakley outlet store, http://www.oakleyoutlet.in.net/
wedding dresses, http://www.weddingdressesoutlet.co.uk/
chicago blackhawks jersey, http://www.chicagoblackhawksjersey.us/
ralph lauren polo, http://www.ralphlaurenoutlet.in.net/
toms outlet store, http://www.tomsoutlet-stores.com/
nike air force 1, http://www.airforce1.us.com/
chanel handbags outlet, http://www.chanelhandbags-outlet.us.com/
2015912caihuali
wizards jerseys
ReplyDeletelouis vuitton usa
coach factory outlet
christian louboutin sale
le coq sportif pas cher
louis vuitton outlet
louis vuitton
michael kors outlet online
cheap oakley sunglasses
coach outlet
20172.27chenjinyan