Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat bersantai di hujung bersama keluarga atau rakan rakan tak kira di mana juga anda semua berada mudah mudahan kita dirahmati Allah.
Buat adik adik yang bersekolah, jangan lupa mengulangkaji matapelajaran sekolah sebab insyaAllah esok dah mula ujian peperiksaan penggal pertama. Sebelum menjawab kertas soalan tu, tenang tenangkan dulu diri. Banyakkan berselawat dan usah terburu buru menjawab soalan peperiksaan. Selepas selesai menjawab kertas soalan tu, bertawakkal la kepada Allah mudah mudahan apa yang kita usahakan tu beroleh kejayaan cemerlang.
Entri perkongsian kali ni mungkin buat peminat peminat sukan hoki seluruh dunia. Buat julung kalinya, Ipoh sekali lagi menjadi tuan rumah bagi kejohanan hoki piala Sultan Azlan Shah untuk kali yang ke 21 pulak. Bakal berlansung mulai 24 Mei ini sehingga 3 Jun di Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh.
Juara bersama tahun 2010, pasukan India dan Korea Selatan juga bakal beraksi untuk kejuaraan kali ni. Selain itu, Pakistan, New Zealand, Argentina, Great Britain dan Malaysia juga bakal mempamirkan kehebatan masing masing bagi merebut gelaran juara kejohanan hoki piala Sultan Azlan Shah edisi ke 21 ni.
Bagaimanapun juara piala Sultan Azlan Shah edisi ke 20 bagi tahun lepas pula, pasukan Australia tidak dapat menyertai kejohanan edisi ke 21 ini. Bagi tujuh pasukan yang bertanding untuk kali ni, pastinya mereka tidak akan melepaskan peluang untuk bermain di atas padang turf biru bagi persediaan menghadapi sukan Olimpik di London nanti.
Dikatakan bahawa padang turf biru yang diperkenalkan ni berlainan dari padang turf hijau seperti yang selalu digunakan di padang padang hoki. Ianya lebih anjal, licin dan pantas berbanding padang turf hijau.
Setelah pasukan hoki remaja negara berjaya merangkul kejuaraan piala hoki asia di Melaka baru baru ni, diharapkan pasukan hoki senior negara juga dapat meraih semangat bagi menaikkan kembali nama negara di mata peminat peminat sukan hoki negara seterusnya di peringkat antarabangsa.
Kemasukan untuk menyaksikan kejohanan hoki yang akan berlansung mulai 24 Mei hingga 3 Jun ini ada percuma. Jadual perlawanan bagi setiap pasukan dan info terkini serta ulasan bagi kejohanan ini boleh dilihat melalui laman web rasmi www.azlanshahcup.com.
Dan diharap insiden yang berlaku ketika pasukan hoki remaja negara menjadi juara piala Hoki Asia baru baru ni tidak akan berulang pula di Ipoh nanti. Dilaporkan dalam meraikan pasukan negara kita di atas padang, ada pula insan insan yang mengambil kesempatan dalam ramai ramai tu mengambil beberapa kayu hoki milik pemain.
Mungkin nak dijadikan barang kenangan kot. Tapi tersangat la tak patut diperlakukan sebegitu. Kerana kebiasaannya kayu hoki milik pemain tu adalah hak milik peribadi mereka yang dibeli dengan wang mereka sendiri dan bukannya ditaja oleh mana mana pihak. Dan harga bagi sebatang kayu hoki bertaraf profesional camtu bukanlah murah malah boleh mencecah dari RM700 ke RM1000. [sumber]
Jadi kepada peminat peminat sukan hoki semua, jangan lepaskan peluang untuk bersama menyokong pasukan pasukan hoki yang bertanding. Tak perlu risau tentang penginapan kerana terdapat banyak hotel hotel selesa untuk dipilih seperti tune hotel, tower regency hotel, syuen hotel, regalodge hotel, excelsior hotel dan banyak lagi hotel hotel lain boleh menjadi pilihan.
Sambil tu jugak mungkin boleh membawa ahli keluarga dan anak anak meneroka keindahan negeri Perak ni bersempena tahun melawat Perak 2012 ni. Kebetulan juga minggu depan kan dah cuti sekolah, elok sangat la tu kalau nak melancong ke negeri Perak ni. Ape lagi weh, moh kite ke Perak !!
salam..
ReplyDeletemmg nak pergi kerja ada je nampk baner dia kt pekan heee sy keje kat greentown he,,,
sy tak amik port sb tak berapa suka sgt sukan ni hee..tahun melawat perak tapi cma tader apa2 aktiviti..,,tak nampak akan kemeriahan tu..cam kat melaka..kl..ternggganu yg sarat dg pelbagai aktiviti bagai..
ReplyDeletesbgt ada pergi ke perlawanan tu? sy dah dok ipoh nak 3 tahu tak pernah tgok hee.adui.
ReplyDeletesuri :
ReplyDeletepenginapan rasmi media ngan pasukan bertanding tu kat hotel impiana tu..tu yang banyak pasang banner kat sana..
tahun melawat perak ni event2 dia dibuat di merata perak..tak tertumpu kat ipoh je..leh tengok kat laman web dia kalo nak tau event yang akan dan sedang berlansung..
setiap tahun ada Sultan Azlan Shah Cup ni..sy ngan family pun jarang jugak pegi sebab nak kena bawak anak kecik ni yang tak reti nak duduk diam..sekali dua je pernah pergi..tak larat nak pegi hari hari tiap tahun..tapi masuk memang percuma..
aku tak tahu pula tahun ini tahun melawat perak.
ReplyDeleteSalam.. Tahun 2012 nie Tahun melawat Perak yer.. Kurang promosilahlah rasanya..
ReplyDeleteTuan mohon izin tuan untuk linkkn blog saya dengan blog tuan. Blog saya http://blogbualsukan.blogspot.com. Mohon izin untuk saya linkkn blog tuan ke blog saya juga.
Terima kasih.
ermm xpela...
ReplyDeletexminat sangat sukan sampai nak pergi jauh2 ni...
hihi
all d best utk skuad hoki kita.. moga berjaya lagi kali ni..
ReplyDeletealhamdulillah masuk stadium free, harap ramai penyokong negara menonton da n yg penting beri semangat
ReplyDeleteassalamualaikum pipoq...semoga skuad hoki negara kita akan berjaya hendaknya....
ReplyDeleteGK kurang minat sgt hoki nie..bola jaring GK minat la...tapi GK nak ucapkan syabas kat kelantan pasal menang bola sepak...
ReplyDeletepermainan hoki semakin dapat perhatian ramai kan..?
ReplyDeletekalau tak sebelum ni..tak bola sepak, badminton.... :)
ha mmg tahun2 ada sy mals nk pergi tahu ada baner adalah sukan tu he...
ReplyDeletetakat ni dok umh jer bro malas nk jln2 cuaca skrg panaskan...
Tahun 2012 adalah tahun melawat Perak.
ReplyDeleteonlajer :
ReplyDeletehehehe..kurang promosi kat media tu..
Bual Sukan :
ReplyDeletekekurangan promosi di media elektronik dan media cetak menyebabkan ramai yang tak sedar tahun 2012 adalah tahun melawat perak..
InsyaAllah tak jadi masalah untuk link..
iema ackles :
ReplyDeleteya..sy tahu..tapi kalo makan mesti mau ye tak ? hehehehe
fiezaradzi :
ReplyDeleteharap harap pasukan senior hoki negara boleh cemerlang macam skuad junior..sebab dari tahun lepas berada dalam kedudukan tercorot dalam kumpulan..
Denaihati :
ReplyDeletemungkin sebab sukan hoki kurang mendapat sambutan rakyat negara kita, tapi bagus juga dibuat secara percuma kemasukan stadium tu..selalu nampak ibubapa yang bawa anak anak menonton perlawanan hoki..mungkin untuk menanam semangat untuk menjadi pemain hoki juga rasanya..
maszull :
ReplyDeletewaalaikumsalam..
harap harap begitu la..lepas skuad junior berjaya merangkul gelaran juara Asia, semoga skuad senior pun boleh bangkit dari kekalahan..
Gadis Kampung :
ReplyDeleteramai yang berspekulasi kemenangan Kelantan adalah disebabkan konspirasi pengadil..
nabilah_2908 :
ReplyDeletemungkin sejak skuad hoki remaja berjaya menjadi juara Asia membuatkan semakin ramai meminati sukan hoki ni..
suri :
ReplyDeletememang panas sekarang ni..nampak awan mendung pun tak leh percaya sangat hujan nak turun..
akubiomed :
ReplyDeletememang banyak jugak acara2 yang diadakan sempena tahun melawat perak ni tapi kekurangan promosi menyebabkan ramai yang tak mengetahui program yang diadakan tu..
Never miss. . InsyaAllah hari ni pun turun lagi tengok malaysia vs india.
ReplyDeletenike air max
ReplyDeletechrome hearts jewelry
real madrid jersey
bulgari jewelry
brazil world cup jersey
kd shoes
longchamp bags
adidas outlet
chanel bags
abercrombie and fitch
2018.11.07zhouyanhua