10 May 2012

Pelindung api neraka

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah. Sehari dua ni kita dikejutkan dengan berita di media tempatan yang pertamanya berkenaan bayi yang ditinggalkan dicakar dan digigit anjing liar, mujur juga ditemui oleh orang dan bayi tu dapat diselamatkan.


Semalam pulak heboh berkenaan penyebaran video penderaan yang mana sebenarnya kes tersebut telah diselesaikan oleh pihak polis dan mahkamah juga telah menjatuhkan hukuman ke atas pelaku penderaan tu. Pengajaran yang boleh kita ambil dari apa yang kita tengok dan dengar tu, sayangilah anak anak kita kerana mereka itu adalah amanah dari Allah untuk kita tunaikan tanggungjawabnya.

Alhamdulillah seminggu yang lepas aku dikurniakan satu lagi amanah yang perlu aku tunaikan segala tuntutannya. Seorang bayi perempuan yang sudah semestinya comel. Maka dengan tu bertambah la populasi kaum wanita di muka bumi ni. Harap harap lepas ni andai ada rezeki, nak juga geng sejenis. Hehehe..


Tapi walaupun begitu aku dan isteri tetap bersyukur kerana dikurniakan harta yang tak boleh nak dijual beli walau berapa pun nilai harganya. Biar la walaupun ada pepatah mengatakan "menjaga lembu sekandang lebih mudah dari menjaga seorang anak perempuan", aku sikit pun tak merasa gentar untuk menghadapi apa juga cabaran dalam mendidik dan membesarkan anak anak sampai la akhir hayat aku.

Lagipun aku bangga sebab orang macam aku ni disebutkan oleh Nabi SAW di dalam hadis baginda dalam riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmidzi.
Daripada Aisyah r.a, dari Nabi S.A.W baginda telah bersabda yang maksudnya:
”Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka."

Nampak tu kelebihan yang Nabi SAW janjikan ? InsyaAllah dengan penuh rasa tanggungjawab, aku akan cuba memenuhi amanah yang Allah kurniakan kepada keluarga yang aku bina bersama isteri aku ni. Memang kalau nak difikirkan tentang masa depan terasa gerun juga bila terbayangkan perkara perkara yang kita tak nak berlaku tapi tu semua adalah cabaran dan dugaan dalam menguji tahap ketaqwaan dan keimanan kita sebagai hamba Nya. 




10 comments:

  1. assalamualaikum pipoq....kejamnya rasa nak sepak2 je muka mak budak ni...:)

    ReplyDelete
  2. maszull :

    w'salam..

    jangan kata mama sorang je yang geram, kami pun rasa geram betul bila tengok video tu..

    ReplyDelete
  3. rasa nak rejam sampai mati je pompuan tu

    ReplyDelete
  4. GK menangsi tengok video tue...sedih sgt...

    ReplyDelete
  5. nasib baek dah kena tangkap..

    cukur jambul nnt jangan lupa jemput aku.... aku nak datang makan...
    haha

    ReplyDelete
  6. mmg meruntum jiwa..ada..ternyata malaysia punyai rakyat yg perihatin

    ReplyDelete
  7. Aku tak sampai hati lah nak tengok video ni,dengar cerita je dari kawan2.

    ReplyDelete
  8. kejam...
    xberperikemanusiaan langsung..
    aduhai...

    ReplyDelete
  9. memang kejam, apa sebenarnya masalah ibu budak tu.

    ReplyDelete