12 May 2012

Mimpi si kecil

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Semenjak dah ada anak baru ni rutin harian pun dah tak seperti biasa. Bukan setakat nak menjaga anak yang baru lahir tu, tapi nak melayan karenah anak sulung lagi. Tu belum masuk nak membantu isteri yang masih dalam pantang. Tapi biarpun penat dan masa tak menentu, tu semua kan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh seorang yang bergelar suami dan ayah.


Semalam memang aku tak berkesempatan nak menaip entri baru. Hanya sempat mengunjung laman blog rakan rakan dan meninggalkan sedikit komen je. Tu pun hanya dengan menjengah di waktu berkesempatan. Lepas solat subuh pagi tadi memang aku tertidur sebab rasa terlalu mengantuk. Bila sedar je dah hampir jam 9 pagi.

Sepatutnya hari ni ada jururawat klinik datang ke rumah untuk pemeriksaan ke atas isteri dan anak aku tapi tunggu punya tunggu tak jugak datang. Tapi takde la risau sangat sebab keadaan isteri aku pun normal je manakala anak aku pun dah takde kesan kesan jaundis cuma anak sulung aku tu je yang agak kurang sihat diserang batuk dan sedikit selsema.


Lepas siap mandikan kedua dua anak aku tu, sidai pakaian yang baru dibasuh  dan buat apa yang patut, aku melayan kerja dapur pulak. Sekadar masakan yang ringkas buat menjamu selera makan tengahari. Kemudian pegi menunaikan solat fardu jumaat. Balik dari masjid langit kat Ipoh ni dah mendung je. Anak aku pun elok je tido kecuali yang sulung tu sibuk bermain game di komputer.

Sempat jugak la aku terlelap melayan mata. Kebetulan pulak hari ni aku memang takde kelas untuk diajar, terlajak jugak la tidurnya sampai jam 6 petang. Seusai bersolat asar, keluar sebentar ke kedai dengan anak sulung aku tu membeli bahan bahan untuk makan malam. Menu makan malam hari ni layan mee goreng ala ala kedai mamak punya. 


Dan sehingga entri ni ditaip, aku masih lagi melayan anak kecil aku ni. Sambil juga melayan video konsert Rock in Rio 2011 - Metallica kat YouTube. Tidurnya agak tak berapa nak lena. Sekejap sekejap terbangun minta didodoi dalam pangkuan. Layankan aje la cuma bila dia nak menyusu je aku terpaksa bangunkan isteri aku yang lena diulit mimpi. Terkadang tu bila terasa tak selesa dengan pampersnya yang dah tercemar, memang 'siren' akan berbunyi minta ditukar dengan kadar segera. 

Cuma yang agak menghairankan sikit, semalam masa aku tidur ketika anak aku ni tidur, masa tu jugak la dia nak bangun dan tak reti reti nak tidur. Tiba hari ni pulak dari siang tadi layan tidur kemudian bangun sebentar lalu tidur semula dan sekarang ni masih kelihatan lena je tidurnya walaupun terkadang macam terganggu dek mimpi mimpi yang entah apa apa je tu. 



5 comments:

  1. assalamualaikum pipoq....sentiasa akan menjadi seorang ayah yang baik terhadap anak2nya...:)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..anda bapa & suami yang bertanggungjawab..masa pantang ni isteri kena banyak berehat agar luka2 dalaman cepat sembuh..

    ReplyDelete
  3. dia nak bagi papa dia rehat...itu yg dia tido je... :)

    ReplyDelete
  4. bestnya isteri dpt rehat cukup2..

    ReplyDelete
  5. dari awal baca sampai habis.banyak je perkataan 'tidur". macamana boleh cakap tak cukup tidur ni..hehe

    layan anak tu baik2. anak itu anugerah.. =)

    ReplyDelete