07 April 2012

Teh kangkang

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan rakan pengunjung yang dikasihi dan dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. 

Teh kangkang ? Rasanya kalau nasi kangkang tu mungkin kita pernah jugak mendengarnya tapi teh kangkang ni agaknya produk baru kot. Andainya dikatakan nasi kangkang tu adalah salah satu cabang ilmu sihir penunduk, teh kangkang ni pulak ramuan apa ?


Jangan panik dan jangan marah. Sebenarnya istilah teh kangkang ni aku sendiri yang ungkapkan. Rupanya selain dari dijadikan minuman, teh jugak boleh dijadikan sesuatu alat untuk menyembunyikan aroma yang tak enak ketika datang bulan. 

PureFresh Green Tea Odor Control. Begitulah diberikan namanya oleh Libresse, jenama global penjagaan kebersihan wanita keluaran SCA Hygiene Marketing Malaysia Sdn Bhd. Takkan tak kenal dengan Libresse ? Yuna, Adibah Noor, Pamela dan Vanessa Chong merupakan selebriti duta bagi jenama Libresse ni. Aku pasti peminat peminat setia Yuna, Adibah Noor, Pamela dan Vanessa Chong juga memilih untuk menggunakan produk jenama yang disarankan oleh artis kesayangan mereka. 


Dikatakan dengan produk yang baru ni, masalah bau yang tidak menyenangkan dapat diatasi dengan pati teh hijaunya membebaskan haruman menyegarkan dan ekstrak aloe veranya membantu mengatasi masalah kerengsaan dan menggalakkan kesuburan kulit. Seperti tuala tuala wanita lain dipasaran, produk Libresse juga memiliki berbagai varian bagi memenuhi keperluan setiap pengguna. 

Maaf, aku bukan duta produk. Cuma sekadar berkongsi sedikit maklumat buat yang terlepas pandang. Jangan pulak ada yang terfikir ciptaan produk sebegini seakan penghinaan terhadap makanan sebab letaknya dicelah kangkang tu. Begitulah indahnya ciptaan Allah dalam setiap kejadiannya. Setiap sesuatu yang diciptakan pasti ada kegunaannya untuk memberikan manfaat bagi setiap makhluk.


Cuma yang menjadi persoalannya setelah aku membaca rencana tentang produk terbaru dari Libresse ni, kenapa perlu ada corak berbunga kononnya untuk menampilkan daya tarikan yang secocok dengan golongan muda ? Kalau lampin pakai buang untuk bayi dan kanak kanak tu mungkin boleh diterima akal fikiran sebab kadang kadang bayi dan kanak kanak tu tak dipakaikan seluar. 

Aku tak faham. Kenapa harus bercorak bunga ? Bukankah pemakaiannya di dalam ? Siapakah yang akan melihatnya ? Boleh jawab ?



14 comments:

  1. assalamualaikum pipoq....hahahaha geli hati mama membacanya terkejut gak la pd mula2nya....

    betul la sape je yg nak tengok kan kalau yg dah kawin tu lain juga x payah dipersoalkn lagi....

    apa2 pun tahniah la pd jenama Libress tu sbb mencipta tuala wanita yg begitu...:)

    ReplyDelete
  2. maszull :

    w'salam..

    hehehe..kalau yang dah kahwin pun mane de suami yang nak tengok isteri dia pakai pad tu kat luar..hehehe

    ReplyDelete
  3. fuh!!
    ingatkan baru nak cuba teh kangkang..
    nasib baik lain..
    ehehehe

    ReplyDelete
  4. mie :

    hahaha..nak cuba pun boleh gak..

    ReplyDelete
  5. pena rozie :

    takde jawapan ? hehehe..hairan jugak ye

    ReplyDelete
  6. Ada juga terbaca produk Libresse mendedahkan rahsia agen yang digunakan iaitu teh hijau untuk mengurang bau darah haid.

    Macam-macam inovasi terbaru ITEX2012 tercipta lampin bayi dicipta mengesan penyakit tertentu melalui perubahan warna kepada lampin.

    ReplyDelete
  7. benda cantik2 ni membuatkan wanita rasa yakin diri. tak kira pakai di luar @ di dalam.. agaknyalah itu yg pihak Libresse fikirkan...

    ReplyDelete