06 April 2012

Cinta

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan dihari yang mulia ni kita semua mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah dalam apa juga yang kita lakukan.

Bila membicarakan tentang cinta, apakah persoalan utama yang sering bermain dalam minda kita ? Antara yang pasti, jalan jalan membuktikan betapa mendalamnya cinta kita tu terhadap yang kita cintai.


Bercinta atau menyintai tidak menjadi kesalahan kerana fitrahnya manusia itu lahir bersama cinta. Cuma kita sebagai pembawa cinta itu sajalah yang menentukan hala tuju dan kebenaran cinta tu sendiri. Dan yang sering kali juga kita ungkapkan bahawa cinta kepada Allah itulah cinta yang agung atau terlebih utama.

Sememangnya cinta kepada Allah itu harus ditanam dalam jiwa setiap insan dan harus juga dijadikan cinta yang utama mengatasi cinta sesama makhluk. Namun seringkali kita menjadi alpa dan leka dengan keindahan cinta sesama makhluk yang hanya sementara kita kecapi selama hidup di muka bumi yang bakal hancur musnah ni.

Betapa bersemangatnya kita melangkahkan kaki menuju ke panggung wayang, taman rekreasi atau seumpamanya demi bertemu dan menghabiskan masa dengan insan yang kita cintai. Sebaliknya terasa kekok apabila melangkahkan kaki untuk pergi mengerjakan ibadah apabila tiba waktu yang ditetapkan.


Betapa bersegeranya kita menunaikan setiap permintaan insan insan yang kita cintai hinggakan lautan api pun sanggup untuk direnangi kononnya demi membuktikan kecintaan kita tu namun lalai dan longlainya kita dalam memenuhi tuntutan dan perintah dari Allah yang menciptakan cinta tu untuk kita semua.

Marilah kita tanyakan pada diri, layakkah kita menjadi hamba Nya andai kita sendiri hidup seumpama tuan ? Kita mengakui cinta utama itu hanyalah kepada Nya yang menjadikan kita sesempurna kejadian namun sudahkah kita membuktikan kecintaan kita dengan sebenar benarnya ?

Tak salah kiranya kita menyintai sesama makhluk. Cinta kepada pasangan antara suami isteri. Cinta kepada ibu bapa. Cinta kepada anak anak. Namun jadikanlah cinta itu sebagai jambatan cinta kepada Allah dengan mempereratkan hubungan insan insan yang kita cintai tu dengan pencipta cinta tu sendiri. 


Andai kita cintakan pasangan kita, anak anak kita, ibu bapa kita, malah sesiapa saja pun yang kita cintai, bawalah diri kita dan mereka menuju keredhoan Allah. Patuhi segala suruhan dan perintah Nya bersama sama, dan jauhi segala tegahan dan larangan Nya bersama sama jugak. InsyaAllah dengan sebegitu, dapatlah kita membuktikan nilai cinta kita terhadap Allah melalui cinta kepada makhluk Nya.



6 comments:

  1. salam pipoq,

    cinta buat manusia jadi buta

    ReplyDelete
  2. Ati Masrif :

    w'salam..

    manusia tu sendiri yang membutakan cinta..tapi selalunya menyalahkan cinta kerana membuatkan mereka menjadi buta..

    ReplyDelete
  3. akubiomed :

    memang mengasyikkan..

    ReplyDelete
  4. memang betul kadang kala kerana cinta kite akan jadi lalai...

    ReplyDelete
  5. pena rozie :

    kerana tu kita kena sandarkan cinta tu kepada Allah..biar sampai lalai dan mabuk cinta kepada Allah takpe..

    ReplyDelete