05 April 2012

Jangan lupa

  18 Komen    
label: ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis diucapkan buat semua rakan rakan pengunjung tak kira di mana juga anda semua berada mudah mudahan kita semua dirahmati Allah.

Seorang rakyat Malaysia yang ditahan di China kerana terlibat dalam kes penyeludupan dadah dikenakan hukuman mati dengan penangguhan selama dua tahun hanya disebabkan terperdaya menjadi keldai dadah. Bagaimana nasib seterusnya tu tak pasti la.

Bukan nak mengeruhkan keadaan atau mengaibkan mana mana pihak, tapi begitu la mudahnya makhluk yang bernama manusia ni dikaburi dengan sedikit keuntungan dunia. 


Dah selalu kita dengar dan baca tentang kes keldai dadah ni dan modus operandinya kebanyakannya serupa dan sama je. Berkenalan dengan seseorang yang berada di luar negara melalui laman rangkaian sosial kemudian ditawarkan perkerjaan membawakan sesuatu untuknya dengan upah yang lumayan. 

Andai terjebak, siapa yang harus dipersalahkan ? Pemangsa atau mangsa ? Pemangsa mungkin mempunyai cara tersendiri untuk melindungi identiti sebenarnya agar tidak mudah dihidu oleh pihak berkuasa andainya perancangan tidak berjaya.

Mangsa pulak apabila dikaburi dengan penyelesaian mudah untuk menjana duit yang banyak terus menerus akal fikirannya tak mampu lagi untuk berfikir akibat dan kesan yang mungkin bakal berlaku terhadap dirinya. Mungkin juga kerana termakan pujuk rayu dari pemangsa atau dibutakan dengan sedikit duit pendahuluan untuk membuktikan ketelusan pemangsa tersebut.

Atau adakah mangsa telah diugut setelah diberikan sedikit duit pendahuluan tu sehingga seluruh ahli keluarga mangsa terancam lalu menyebabkan mangsa tiada pilihan lain selain dari mengikut telunjuk dan arahan pemangsa walaupun risikonya nyawa menjadi taruhan ?


Kita manusia ni seringkali apabila sudah tersungkur akibat perbuatan zalim kita sendiri baru la terfikir untuk mengulangi kembali masa agar kononnya dapat dielakkan sejak dari awal lagi. Apa yang kita tak sedar, perasaan tu datang apabila syaitan yang memperdaya dan mengaburkan akal fikiran kita dengan keduniaan pergi meninggalkan kita dengan hilai tawanya yang berdekah dekah. 

Semoga kita semua terhindar dari perkara yang keji dan munkar. Walaupun benar dalam setiap jiwa kita terdapatnya nafsu yang seringkali mengaburkan mata kita dengan keuntungan dunia yang sedikit, namun jangan kita lupa bahawa Allah juga menciptakan untuk kita akal fikiran untuk menjadi penyuluh dalam menjalani kehidupan di dunia yang sementara ni. 



Related Posts:

  • Cobaan Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alam yang luas ini sudah tentu ada yang mentadbirnya dengan begitu teliti sekali. Setiap detik dan saat terhada… Read More
  • 5 perkara meraih syurga Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah kita sudah selesai melalui fasa 10 yang pertama dalam bulan Ramadan dan kini menempuh fasa 10 yan… Read More
  • Hanyut dalam konspirasi Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah kita semua sudah melepasi suku pertama tahun 2014 yang penuh dengan kisah dan hikayat samada yang… Read More
  • Al-Quran : Kawan atau Lawan Assalamualaikum dan salam sejahtera. ALLAH Taala berfirman di dalam Al-Quran pada ayat 185 surah Al-Baqarah yang bermaksud, "Bulan Ramadan itu yang … Read More
  • Sedekah orang kedekut Assalamualaikum dan salam sejahtera. Umumnya kita semua maklum bulan Ramadan ini sebagai penghulu segala bulan. Didalamnya penuh dengan keberkatan.&… Read More

18 comments:

  1. salam pipoq,

    semoga kita dan keluarga kita
    di jauhkan dari tipu muslihat hantu tu kan...

    ReplyDelete
  2. Ati Masrif :

    w'salam..

    hairannya, dah tau tapi nak jugak tertipu..

    ReplyDelete
  3. Saya rasa masalah keldai dadah tidak akan berhenti macam kes penipuan penipuan gores dan menang ada sahaja kes yang dilaporkan. Cuma sekarang ini berkurangan kerana orang diluar sana mulai sedar penipuan gores dan menang. Kalau tidak gores kereta pula dijadikan mangsa gores.

    Sudah ada usaha daripada pihak kerajaan memberi kesedaran mengenai keldai dadah di media elektronik.

    ReplyDelete
  4. Thanks for the blog visit and comment. :)

    ReplyDelete
  5. itu la, harap dapat dijauhi benda macam ni...
    sengsara tu..
    hanya pernah rasa dapat mengetahui..
    ehegehe

    ReplyDelete
  6. akubiomed :

    kesedaran diri sendiri yang paling penting tu..tapi tu la, bila dikaburi dengan wang ringgit, apa pun bedal..

    ReplyDelete
  7. Jolly Princess :

    np..and thanks for commenting here too..

    ReplyDelete
  8. mie :

    kalau ikut jalan laut selamat tak ? ahahahaha..

    bila tak kena cekup, seronok la..tapi kalo dah kena cekup, baru la cakap tak sedor la, itu la, ini la..

    ReplyDelete
  9. bagi saya , yg salahnya budak2 yg jadi keldai tu..mustahil, amat mustahil tak boleh syak apa tugasnya kalau dah disuruh bawa barang, bayaran nya lumayan! sebab dah rambang mata nampak $$$$,lepas tu bila kena tangkap, buat cerita ' di perdaya'...

    ReplyDelete
  10. Daddy Ziyyad :

    tu la pasalnya..ayat 'TER'perdaya tu yang lansung tak leh nak diterima akal..bila dah kena cekup, baru la teringat nak meraih simpati berbagai pihak..

    ReplyDelete