02 March 2012

At Tahrim ayat 6

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat buat semua rakan rakan pengunjung. Di hari jumaat yang mulia ni marilah kita berdoa bersama sama agar mudah mudahan Allah memberkati kehidupan kita di atas muka bumi yang fana ni.

Dalam zaman teknologi maklumat yang serba canggih ni, bermacam macam jenis platform yang boleh kita manfaatkan dalam penyebaran apa jugak yang kita nak sebarkan. Sampaikan ajaran sesat sekalipun boleh disebarkan melalui kecanggihan teknologi zaman sekarang ni.


Tu tak termasuk lagi la dakyah dakyah sesat lagi menyesatkan yang semakin berleluasa melalui media sosial yang bagaikan tak terhalang perkembangannya walaupun ianya menyentuh sensitiviti agama.

Entri hari ni sebenarnya bukan nak berkongsi berkenaan sensitiviti beragama tu tapi tentang sedikit sikap kita dalam menghadapi krisis beragama tu sendiri. Minta maaf andainya ada yang terguris perasaan bukan niat nak menuding jari kepada sesiapa cuma sekadar peringatan untuk kita semua dalam memuhasabah diri.


Sering kali andai kita berhadapan dengan penyesat penyesat agama ni, antara reaksi pertama kita tak lain tak bukan menunjukkan kemarahan akibat agama di caci oleh penyesat penyesat agama. Seterusnya bersikap mendoakan dengan harapan Allah akan memberikan hidayah kepada penyesat penyesat agama tu sendiri.

Bukan la aku nak katakan reaksi sebegitu salah untuk diamalkan cuma terkadang tu kita ni ibarat terlebih kata pulak. Memang kita sebagai umat Islam wajib mempertahankan kesucian agama kita sendiri daripada apa apa anasir jahat tak kira di mana sekalipun.


Maaf kiranya aku terkasar bahasa, sebelum kita bertindak menegur penyesat penyesat agama yang berleluasa menyesatkan pemikiran kita semua tu adakah kita sendiri sudah menegur diri kita sendiri untuk benar benar menurut perintah dan meninggalkan segala larangan Allah ?

Kita marahkan penyesat penyesat agama tu memperkatakan sesuatu yang tidak sopan kepada agama kita tapi kadang kala kita tak sedar bahawa kita sendiri pun mempermainkan agama kita sendiri. Abai dalam menurut tuntutan syariah, lalai dalam solat, berlengah dalam memperbaiki amal ibadah.

Kita jugak beriya iya memohon doa kepada Allah agar memberikan hidayah Nya kepada penyesat penyesat agama tu dengan harapan mereka insaf dan bertaubat tapi seringkali jugak kita lupa nak berdoa untuk diri kita sendiri agar Allah memberikan cahaya keimanan dan memperkukuhkan ketaqwaan kita sehingga akhir hayat.


Alhamdulillah pada yang peka dalam mempertahankan agama suci kita ni tapi harus jugak kita sentiasa beringat agar kita tak menjadi orang yang menzalimi diri kita sendiri. Seperti firman Allah pada surah At Tahrim ayat ke 6  kat atas ni, marilah kita bersama sama menjaga diri kita dan ahli keluarga kita terlebih dahulu dari menjadi bahan bakar api neraka. 


Related Posts:

  • jika kamu bersyukur ...Salam hari jumaat yang mulia buat semua rakan pembaca. Semoga di hari yang digelar penghulu segala hari ni kita memperbanyakkan amal baik dengan penuh… Read More
  • lidahAssalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat buat semua rakan rakan pengunjung. Dihari yang mulia lagi bahagia ni aku mendoakan semoga sem… Read More
  • bazirAssalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat yang mulia diucapkan buat semua rakan pengunjung. Semoga di hari yang bahagia ni semuanya ber… Read More
  • Artis menyanyi dalam masjidSalam jumaat buat semua rakan pembaca yang sudi melawat blog ni. Hari ni hari terakhir persekolahan untuk penggal pertama, seronok sakan la bebudak se… Read More
  • infaq jariahSalam jumaat buat rakan pengunjung dan pembaca sekelian. Hari ni lewat sikit update entri sebab pagi tadi aku bawak wifey pergi ke klinik. Memang menc… Read More

9 comments:

  1. betul tu...kadang2 kita tak sedar kita lebih teruk mempersendakan agama sendiri

    ReplyDelete
  2. Ada yang menolak saranan di dalam islam dan tidak sedar secara langsung boleh terkeluar akidah.

    ReplyDelete
  3. betul2..kadang2 kite tak sedar bhw kita yg rosakkan agama sendri..huhu insaf2

    ReplyDelete