01 March 2012

Seru

  8 Komen    
label: 
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis diucapkan buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Seronok 'melompat' semalam ? Bagi yang menyambut apa ulangtahun pun pada tarikh semalam (29 Feb), selamat berulangtahun.


Semalam jugak masa menonton rancangan wanita hari ini agak menarik tajuk perbincangan antara hos dan tetamu jemputan tu yang mengutarakan tentang kahwin lambat. Antara alasan yang selalu kita dengar, belum sampai seru.

Perkongsian entri hari ni bukan la nak berkongsi tentang masalah kahwin lambat tu tapi tentang alasan seru tu yang bukan berkenaan nikah kahwin je yang selalu kita dengar, malah pada perkara lain pun ada digunakan alasan belum sampai seru ni.


Kadang kadang bila ditegur dinasihat sampai berbuih buih mulut untuk berubah menjadi baik, ibarat mencurah air ke daun keladi je. Hingga akhirnya diberikan alasan belum sampai seru atau belum menerima hidayah untuk berubah.

Bab nikah kahwin pulak dah memang biasa sangat kita dengar alasan belum sampai seru. Tapi yang agak menghairankan tu, bertukar tukar kekasih boleh kata saban tahun. Tak laku atau terlalu memilih ?


Kemudian pulak perihal penutupan aurat pun sama jugak. Entah umat mana yang terkadang tu memberikan alasan belum sampai seru untuk menutup aurat mengikut kehendak syariat (bukan mengikut fesyen terkini).

Apa ke seru yang belum sampai sampai yang ditunggu tunggu tu agaknya ? Nak berubah ke arah kebaikan perlukan hidayah sampai camne ? Nak tunggu jodoh yang sesuai tu menantikan seru yang serupa apa ? Nak hidup mengikut syariat tu pulak tunggu seruan dari nabi mana pulak ?


Padahal sejak lebih 1400 tahun dulu lagi pun nabi Muhammad SAW dah seru umat umat baginda untuk berubah ke arah kebaikan dan hidup mengikut syariat terutamanya melalui Al Quran dan Sunnahnya. Termasuk jugak la saranan untuk bernikah dan sebagainya. Jadi, seru siapa yang belum sampai lagi tu ye ?

8 comments:

  1. Saya boleh terima bab 'sampai seru' utk kawin, tapi bukan 'sampai seru utk tutup aurat/atau buat apa apa amal kebaikkan'

    ReplyDelete
  2. Kalau tunggu "seru" sampai ke tua terlajak.

    Bagi yang sambut Hari Lahir pada 29hb jangan lupa awak tidak muda 4 tahun. :-)

    ReplyDelete
  3. bab tutup aurat tu lah
    yang membuatkan kak ati ni
    dah semakin kurengg minat kat
    CT nurhaliza....dia kan bagi
    pengaruh yang banyak pada peminat...

    ReplyDelete
  4. tak ingat nak mati...tu yg mudah je bagi alasan belum sampai seru.. :)

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum...insyaAllah mudah-mudahankan......:)

    ReplyDelete
  6. Suka post ni. Memang betul tu. Tentang kahwin tu pun. Entah la kenapa orang banyak bagi alasan tapi kapel mahu pula.

    ReplyDelete


  7. Mexico won the match, and from there, the rivalry could have taken an ugly turn. Fox Sports had given the game a xenophobic tint with a promotional ad that relied on then presidential candidate Donald Trump's anti Mexican bigotry, and the next meeting between the two sides was a World Cup qualifier that fell on a precipitous date: Nov. 12, 2016, just best friend t shirts four days after Trump won the presidency.

    Trail dinosaur shirt is a very interesting microcosm of life. Can imagine going home with a perfect stranger somewhere else, Gerry mused afterward, the chemistry felt right. Gerry reworked her plans and kept going through the unique t shirts White Mountains. There's no point going in jeans because they are too rigid to move around in. For men I would recommend jogging bottoms or something loose and baggy to wear. Hope this helped! (: (MORE).

    Fran F.: "It was my ballet teacher attack on titan shirt who told me to get a bra, a strapless one for an upcoming dance recital. This required a practice run and a dress rehearsal of sorts. My fifth grade class was going on a field trip to see the opera "Joan of Arc" at the Civic Opera House.

    It will not be Locksley's first stop on campus in College Park, Md. Locksley, whose work with Alabama just earned him the 2018 Broyles Award as college football's top assistant coach, has already served two stints as an assistant at Maryland. After then coach Randy Edsall was fired, Locksley also acted as the Terrapins' interim head coach for part of the 2015 season before leaving to join the Crimson Tide the next year..


    ReplyDelete