27 February 2012

Tapis

  5 Komen    
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Dua hari tak bersiaran dengan entri terkini disebabkan sedikit perasaan kemalasan dan pengeluaran idea yang tersangkut sangkut membuatkan tersangat la malasnya nak menaip.


Untuk apa berblog kalau malas nak menaip entri sekurang kurangnya dua tiga kali seminggu. Untuk apa mengharapkan ramainya pengunjung kalau entri yang ada pun bertarikh tiga minggu lepas. Untuk apa pulak berkongsi sepuluh entri dimuatnaik sehari macam pengunjung yang ada hanya mengikuti blog dia je semata mata (lain la kalo sekali melawat dapat seposen). 

Tapi memang la tak dinafikan ada yang menjadikan aktiviti berblog ni sebagai hobi sebab tu pasti pengunjung dihidangkan dengan perkongsian terbaru hampir setiap hari. Ada jugak yang berblog sekadar suka suka nak ikut trend semasa kononnya tu sebab kadang kadang pengunjung hanya dihidangkan dengan perkongsian yang berusia lebih dari sebulan.


Ada yang agak serius tu menjadikan aktiviti blog ni sebagai kerjaya. Dalam bidang ape tu tak pasti la. Tu sebab ada yang kelihatan seperti tamakkan trafik dengan menghidangkan perkongsian semasa berkali kali sehari mengalahkan wartawan bilik berita dengan harapan mendapat rating tertinggi seterusnya membuatkan para pengiklan berminat untuk mendapatkan ruang niaga dilaman aktif camtu. 

Kalau ada yang serius camtu, suka hati la ye tak. Masing masing punya cara. Cuma yang cara agak menyampah tu bila agak lama ditinggalkan dan dibiarkan begitu saje. Apa susah sangat ye tak, padam je akaun blog tu kalau rasa malas nak berkongsi. 


Sebab apa aku cakap pasal bebenda camni ? Sebab hari ni aku sedang melakukan tapisan kepada blog rakan rakan yang aku ikuti. Rasa macam nak memperbaharui senarai pulak. PM pun cakap kalau ada calon yang tak dicalonkan tu, jangan kecik hati dan berhasrat nak mensabotaj parti pulak dah. Orang kita cakap, sendiri mau ingat la.


Related Posts:

  • Berani kerana benar Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan pengunjung yang dihormati mudah-mudahan kita mendapat keberkatan dan rahmat dari ALLAH dalam ap… Read More
  • anugerah bintang popular Salam hujung minggu buat semua rakan pembaca. Apa perancangan hari ni ? Bersantai di rumah atau menghabiskan waktu dan wang ringgit di pusat pusat m… Read More
  • Hargailah guru kita Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati ALLAH. Selamat hari guru b… Read More
  • Musafir dunia Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat buat semua rakan rakan pengunjung yang dikasihi lagi dihormati sekalian mudah mudahan kita … Read More
  • Pernah kena camni? Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat berhujung minggu buat rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Semalam ingatkan… Read More

5 comments:

  1. ramai yang busy la tu. aku pun same. ;D

    ReplyDelete
  2. skrg ramai yg berenti kerja semata2 nak jadi full time blogger...tp rasanya blogging ni xlama bertahan...mesti ada satu benda baru yg gantikan blog ni....percayalah

    ReplyDelete
  3. Harap blog saya masih didalam radar bro. :-)

    ReplyDelete
  4. mood org..berubah2 kan..?

    macam sy..minat berblogging tu masih ada...rasa jemu tu..belum lagi..

    cuba lately ni..berdepan dgn masalah kekeringan idea... huhu...

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum pipoq...yer la kekadang tu x ada masa terluangkan dan bila nak taip n3 tiba2 penyakit malas tu dtg lagilah terus x jadi nak menaip n3 ...:)

    ReplyDelete