24 February 2012

Tertekan ?

  2 Komen    
label: ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat yang mulia diucapkan kepada semua rakan rakan pengunjung yang dikasihi mudah mudahan kita semua berada dalam rahmat Allah.

Semalam sewaktu menyusuri perjalanan dalam renyai renyai hujan sambil membontoti sebuah bas sekolah, aku terbaca iklan maklumat yang ditampalkan dibelakang bas sekolah tu berkenaan tempat mengadu yang pastinya percuma dan sulit.


Kalau tak silap aku la dah menjangkau 42 tahun pertubuhan tu ditubuhkan sebagai salah satu platform bagi membantu dan membimbing individu individu yang bermasalah dengan emosi dan pelbagai tekanan.

Apa saje masalah boleh diadukan tanpa segan silu. Kiranya sebagai tempat melepaskan apa yang terpendam dalam hati la gitu. Cuma perlu hubungi talian yang disediakan atau email kepada diorang atau boleh membuat pertemuan secara empat mata.


Bagus jugak la bila ada pertubuhan yang menyediakan perkhidmatan macam ni tapi aku rasa tak la benar benar percuma dan sulit pun. Kalau nak hubungi melalui telefon dah tentu menggunakan wang ringgit kita jugak (tak tau la kot kot diorang boleh buat panggilan semula). Kalau nak guna email pun, siapa yang bayarkan penggunaan elektrik dan talian internet ? Kalau nak bertemu empat mata pun, kos pengadu nak ke tempat diorang tu rasanya ditanggung oleh siapa ?

Alhamdulillah kita sebagai orang yang beriman, kita ada tempat mengadu yang benar benar percuma dan sulit. Biar la apa masalah sekalipun, sepanjang masa boleh nak kita luahkan apa jugak yang terpendam dalam jiwa. 


Walaupun mungkin kita cuma dapat mengadu tanpa menerima apa apa reaksi namun andai kita benar benar percaya kepada Nya insyaAllah apa jugak permasalahan pasti akan ada penyelesaian. 

Hanya dengan mengadu dan ingat pada Nya, pasti akan membuatkan kita terfikir andai kita ni makhluk yang boleh berfikir la. Apa jugak masalah, andai kita kembali kepada Nya mungkin jugak tu semua adalah sekadar ujian untuk kita. 


Mungkin kerana kita telah lupa kepada Nya. Mungkin jugak kerana ada salah dan silap kita terhadap makhluk lain lalu diberikan 'balasan' kepada kita agar kita sedar akan kesalahan kita tu. Tertekan ? Jangan risau. InsyaAllah dengan mengadu dan mengingati Allah, pastinya hati dan jiwa akan menjadi tenang.


2 comments:

  1. Selamat hari Jumaat...

    Jgn lupa solat Jumaat

    heeee~

    ReplyDelete
  2. salam pipoq,

    betui ..dengan mengadu pada yang
    ESA..jiwa kan lebih tenang dan
    tenteram :)

    ReplyDelete