Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Sejuk je pagi ni berikutan hujan yang turun sejak awal sebelum subuh lagi membasahi bumi Ipoh dengan lebatnya.
Bagi penduduk kawasan Gugusan Manjoi yang terlibat dalam bencana banjir kilat akibat hujan yang berterusan sejak awal pagi tadi diharap tabah dan bersabar dengan ujian Allah ni.
Apa agaknya yang bermain dalam fikiran kita bila baca tajuk entri hari ni ? Ada unsur unsur kelucahan ? Kebiasaannya camtu la ye tak ? Asalkan ada perkataan 'batin' je mesti nak terfikir ke situ ye tak ?
Nafkah batin yang aku nak perkongsikan hari ni lebih menjurus kepada hubungan antara pasangan suami isteri tapi bagi yang bakal bakal pun boleh je nak jadikan panduan akan datang.
Bila membicarakan berkenaan nafkah batin, biasanya keutamaan ni ditujukan kepada kaum lelaki yang bergelar suami la. Sebab antara kewajipan suami tu adalah memberikan nafkah zahir dan batin kepada isterinya.
Kalau yang nafkah zahir tu insyaAllah dah faham bebenor kot. Sediakan pakaian, tempat tinggal, makanan dan belanja mengikut kemampuan untuk isteri. Tapi yang bab nafkah batin ni adapun bukan la setakat memberikan hubungan kelamin semata mata bahkan banyak lagi sebenarnya.
Kasih sayang terhadap pasangan pun dikira sebagai nafkah batin yang wajib diberikan oleh suami kepada isterinya. Layanan yang adil, membahagiakan isteri pun sebahagian dari nafkah batin yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri.
Namun camtu, nafkah batin yang terpenting sekali adalah pengisian rohani dari suami untuk isteri. Sebagai suami adalah wajib untuk memastikan isteri memahami segala tuntutan fardu ain seperti kepentingan bersuci, keutamaan solat, ibadah puasa dan lain lain.
Sebagai ketua keluarga, wajib bagi pihak suami untuk memastikan isteri dan anak anaknya melaksanakan segala tuntutan agama dengan betul. Dalam bab bersuci, suami kena pastikan isteri dan anak anaknya mengetahui cara menyucikan najis, mandi hadas dan berwudhu dengan sempurna.
Dalam bab ibadah pulak, suami kena pastikan isteri dan anak anaknya mematuhi setiap kewajipan. Kalau dalam perkara solat, kena pastikan bacaan dan tuntutan rukun solat tu benar benar sempurna. Begitu jugak dalam perkara perkara tuntutan syariah yang lain.
Camne pulak kalau suami sendiri pun tak cukup ilmu di dada ? InsyaAllah andai ada la suami suami yang belum cukup ilmu di dada ni, jangan malu untuk menuntut ilmu demi keluarga jagaan kita. Kalau rasa tak tau atau malu nak ajarkan isteri tentang perkara fardu ain yang kita sendiri pun baru nak bertatih, belikan je buku rujukan agama supaya sama sama boleh merujuk andai ada perkara yang dimushkilkan.
Begitu jugak andainya ada kursus kursus atau kelas kelas agama, jangan malu untuk sama sama menyertainya. Jangan pulak menghalang andai isteri dan anak anak kita tu nak menyertai kelas pengajian seumpama tu kalau kita sendiri tak mampu nak mencukupkan ilmu kepada mereka.
Jadi jangan la fikir nafkah batin tu hanya perkara dalam selimut je. InsyaAllah andai kita mampu untuk menyediakan segala tuntutan 'batin' dalam melayari kehidupan berumahtangga mudah mudahan hubungan rumahtangga yang kita semua dirikan tu pastinya berkekalan dalam rahmat Allah.
Bagus entri ini. Perkahwinan itu satu tangungjawab, bukan suka suka sahaja. Patutnya 3-4 tahun sekali, pasangan berkahwin patut pergi refresh balik tentang hukum hakam/tanggungjawab melalui kursus/seminar
ReplyDeleteperigatan berguna. :)
ReplyDelete2015-9-30 linlei
ReplyDeleteMichael Kors Outlet Online Deals Huge
Michael Kors Factory Outlet Online Official
Outlet Michael Kors Sale Online
Coach Outlet Handbags With Factory Price
Michael Kors Handbags Clearance Outlet
Christian Louboutin Outlet Sale Cheap Online
Gucci Outlet Store Locations
Montblanc Pen Refills Outlet
hollister uk sale
michael kors bags
nike trainers
michael kors uk
ralph lauren
michael kors handbags
canada goose jackets
michael kors handbags
ReplyDeletefit flops
oakley sunglasses
coach outlet store
true religion jeans
fitflops sale clearance
true religion
michael kors outlet clearance
ugg canada
ugg boots
20161226
http://www.kobeshoes.uk
ReplyDeletehogan outlet online
lacoste outlet
true religion outlet
air force 1
michael kors outlet
adidas yeezy boost
tory burch shoes
adidas tubular shadow
yeezys