10 February 2012

Dengar + Patuh

  3 Komen    
label: 
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat kepada semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati Allah Taala. Pada yang berjantina lelaki tu jangan lupa pulak tunaikan kewajipan berjemaah solat jumaat tengahari nanti tau.


Sebagai makhluk bergelar manusia yang dikurniakan nikmat pendengaran dan akal fikiran, sering kali jugak kita mendengar berbagai bagai nasihat, panduan, tatacara, teguran dan macam macam lagi kata panduan untuk kita menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Pengecualian bagi insan insan yang kurang bernasib baik yang tidak dapat nak menggunakan deria pendengaran dan penglihatan, buat insan insan sempurna yang takde cacat cela ni pulak boleh dikatakan selalu cuba memekakkan telinga membutakan mata dan mematikan akal fikiran.


Tiap kali kita diberikan nasihat, panduan, tatacara, teguran dan macam macam lagi kata panduan, senang sekali untuk kita mendengarnya tapi untuk taat dan patuh pada setiap kata kata tu belum tentu dapat kita laksanakan.

Sukarnya terdapat anak anak yang taat patuh pada butiran kata dari ibu bapanya, isteri yang taat patuh pada suaminya, pekerja yang taat patuh pada majikannya termasuklah hamba Allah yang taat patuh pada segala perintah dan suruhannya.


Selalu dah kita dengar bidalan "masuk telinga kanan keluar telinga kiri". Tu menunjukkan kita ni memang mudah mendengar tapi belum tentu mampu untuk taat dan patuh. 

Adakah mungkin kita terasa diri kita terlebih hebat dari hamba Allah yang bergelar Syaitan tu hinggakan sukar untuk kita taat dan patuh ? Apabila Allah memerintahkan Syaitan tunduk hormat kepada makhluk ciptaanNya yang bergelar manusia, Syaitan hanya mendengar tapi tak taat dan patuh pada perintah Allah malah dengan angkuhnya berkata, "Engkau menciptakan aku dari api dan Engkau menciptakan dia (Nabi Adam) dari tanah".


Tu sebab Syaitan terasa dirinya lebih hebat dari apa yang diciptakan Allah lantas enggan taat dan patuh pada suruhan dan perintah Allah. Jadi, andainya kita pun enggan taat dan patuh pada kebaikan adakah kita lebih hebat dari Syaitan ? 


Related Posts:

  • dunia dikejar akhirat ditinggalSalam mesra di hari jumaat yang mulia ni buat semua rakan pembaca. Pada penghulu segala hari ni mari la kita bersama sama membanyakkan istighfar semog… Read More
  • seminggu sekaliSalam di hari jumaat yang mulia buat semua rakan pembaca. Pantas betul masa berlalu rasa macam baru dua hari lepas je bersiap sedia untuk mendengar kh… Read More
  • cara mengurangkan pahala di masjidSelamat hari jumaat buat semua rakan pembaca. Apa kes tajuk entri hari ni lain macam je. Selalunya kalau dah ke masjid tu dah tentu la untuk menambahk… Read More
  • mulutSalam selasa buat semua rakan pembaca yang sudi menjengah. Alhamdulillah hari ni bandaraya Ipoh sedikit sejuk berikutan hujan yang turun sejak petang … Read More
  • jodoh pilihanSalam hari khamis buat semua rakan pembaca. Semalam takde entri ditulis disebabkan talian internet yang semacam je. Tambahan pula semalam agak sibuk d… Read More

3 comments: