Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat berhujung minggu buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati Allah.
Kalau pegi bersiar siar hari ni mesti kita nampak banyak benda benda berunsurkan sambutan hari valentine terjual di mana mana je terutama di sekitar pasaraya tumpuan awam. Penjual bunga la paling gembira rasanya sebab waktu ni je hasil jualan meningkat tak macam hari hari biasa.
Tapi bagi kita yang beragama Islam ni tak perlu la bersusah payah nak meraikan sama kononnya hari sambutan kekasih pada 14 Februari ni. Lagipun tak memberikan keuntungan pun kita nak meraikan hari kekasih ni. Pihak JAKIM pun dah lama mengeluarkan fatwa pasal sambutan hari valentine ni buat umat Islam.
Kalau yang bukan beragama Islam tu terpulang la pada mereka, cuma pada yang beragama Islam pulak tak payah la nak susah susah hati fikir kat mane nak sambut hari kekasih ni. Kalau rasa gian sangat nak sambut jugak, aku cadangkan buat je kenduri doa selamat pehtu doa banyak banyak semoga Allah memberkati hubungan kita semua.
Lupakan pasal hari valentine tu dulu. Bagi peminat peminat seni sedunia, dalam bulan Februari ni jugak berlansung di negeri Perak, Royal Belum World Drum Festival 2012. Kalau sebelum ni World Drum Festival kat Malaysia diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 2007 dan 2008 yang lalu, tahun ni pulak negeri Perak menjadi pilihan.
Malam gala festival drum sedunia ni akan diadakan di Dataran MBI, Ipoh pada 25 Februari bermula jam 8 malam. Seperti festival festival sebelumnya, tiada tiket masuk diperlukan untuk menghadiri festival drum ni.
Bagi yang takde perancangan pada tarikh tu boleh la sama sama menyaksikan festival ni. Sekali sekala kasi berdengung sikit lobang telinga dengan paluan drum dan gendang apa salahnya asalkan jangan terlalu leka sudah la.
kt selangor skrg ni.. tak dapat pegi..
ReplyDeleteJgn lupa memeriahkan festival ni nnti.. Jom kita pergi ramai2..
ReplyDeletejauh sngt..:(
ReplyDeleteMaklumat terkini "Royal Belum World Drums Festival 2012".. Festival yg dijadualkan akan berlangsung pd 26 Feb 2012 di Royal Belum Forest terpaksa diubah kerana terdapat beberapa masalah yg tidak dpt dielakkan disana.. Oleh itu, pihak Kilatan Unggul EZ Event beserta Tourism Perak sendiri meminta maaf diatas masalah yg berlaku tetapi tempat akan diubah ke Gerik Airstrip pd tarikh tersebut & akan berlangsung pd jam 8.45pm. Jadual terbaru program "Royal Belum Woirld Drums Festival 2012" spt dibawah :
ReplyDelete- Pocket Show -
21 Feb 2012 : Taiping Sentral Mall - 8pm
22 Feb 2012 : Dataran Putra, Lumut - 8.45pm
22 Feb 2012 : Laman Budaya, Kuala Kangsar - 4pm
- Gala Night -
25 Feb 2012 : MBI City Square - 8.45pm
26 Feb 2012 : Gerik Airstrip - 8.45pm
Ismi Ismail :
ReplyDeleteterima kasih atas maklumat terbaru..insyaAllah akan dikemaskini dalam entri lain
five finger shoes
ReplyDeletepandora jewelry
longchamp
michael kors outlet
michael kors handbags
michael kors outlet
lebron james shoes
hogan outlet online
adidas ultra boost
air max 2017