11 January 2012

Serak itik

  2 Komen    
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa diucapkan buat semua rakan rakan pengunjung. Nampaknya untuk awalan tahun 2012 ni macam lembab sikit pulak nak mengemaskini entri untuk blog.

Alhamdulillah kesihatan isteri tercinta setelah dilanda demam awal tahun baru sudah beransur pulih. Risau jugak bila ada 'makhluk halus' dalam badan tu pehtu demam demam pulak. Tapi nampak gayanya takde apa yang perlu dirisaukan sangat. 'Makhluk halus' dalam perut isteri aku tu pun aktif semacam je setiap hari macam tak sabar sabar nak keluar.

Tuan puteri kesayangan kami tu pun alhamdulillah dah kebah demamnya. Cuma sekarang ni dalam proses pemulihan dari selsema dan batuk. Seksi abis suara dia bila serak serak itik ni. Kalau dua minggu lepas memang kami berdua susah hati sebab macam tak nak kebah kebah demamnya. 

Bayangkan la dengan suhu badan yang tinggi sepanjang masa. Aku pun tak tau la berapa banyak kool fever yang ditempekkan kat dahi dia silih berganti. Tak cukup dengan rawatan kat klinik swasta, sambung bawak ke klinik kerajaan. 

Macam macam kaedah dan petua jugak diaplikasikan untuk memastikan anak kesayangan kami tu pulih segera. Sepanjang masa kami pastikan badannya dilap dengan kain basah agar turun suhu badannya. Tak cukup dengan tu, lumur pulak kepalanya dengan perahan air asam jawa.

Syukur alhamdulillah berkat doa dan tawakal yang tak putus putus akhirnya beransur sembuh jugak demamnya. Cuma sekarang ni nak meredakan batuk dan selsemanya. Kami cuma gunakan kaedah bancuh perahan limau nipis dicampur dengan madu lebah dan alhamdulillah nampak berkesan jugak. 

Bukan tak nak bagi ubat yang dibekalkan oleh doktor tapi kebiasaan ubat untuk batuk dan selsema ni kan ada kesan mengantuk jadi kesian pulak bila tengok anak kecik tu terkelepet je macam kain buruk walaupun mungkin tujuan ubat tu supaya penggunanya dapat merehatkan sistem tubuhnya.

Walau macam mana pun bagi setiap ibu bapa, bila ada anak anak yang jatuh sakit memang satu perkara yang boleh diibaratkan macam sebahagian kehidupan jadi tak sempurna selagi anak anak yang sakit tu sembuh kembali.


Related Posts:

  • sumber halal hasilnya haramSelamat hari isnin dan selamat kembali bekerja setelah penat bercuti di hujung minggu. Apa mood hari ni ? Ada baik ? Tension sebab kerja menimbun ? Te… Read More
  • tak tahan, jangan di tahanBoleh tahan ke ? Ada perkara yang boleh nak ditahan tapi ada jugak perkara yang tidak seharusnya ditahan tahan. Contoh perkara yang boleh ditahan cam … Read More
  • itu yang terbaikSempena hari jumaat yang mulia ni aku nak ajak korang semua berfikir sejenak. Maklum la enam hari sebelum ni mungkin kita asyik bercakap tentang perka… Read More
  • nafsu hilang, hati pun sakitBagi orang yang ada anak kecik macam aku ni, kadang kadang nak jugak bawak anak pegi main kat taman permainan awam. Maklum la, boleh jugak dibiar berc… Read More
  • gian nak main lahTajuk macam panas hangat sensasi je tapi adakah isi entri ni sehangat tajuk kat atas ni ? Maklum saje la zaman sekarang ni agak berlainan sikit dengan… Read More

2 comments:

  1. Cubalah beri minum air kelapa cuma masalah ubat klinik yang diambil akan menjadi tawar.

    Tempoh hari saya bagi anak bongsu minum air kelapa selepas ubat klinik tidak berkesan.

    ReplyDelete
  2. akubiomed :

    terima kasih atas saranan..insyaAllah akan dicuba..

    ReplyDelete