11 January 2012

Serak itik

  2 Komen    
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa diucapkan buat semua rakan rakan pengunjung. Nampaknya untuk awalan tahun 2012 ni macam lembab sikit pulak nak mengemaskini entri untuk blog.

Alhamdulillah kesihatan isteri tercinta setelah dilanda demam awal tahun baru sudah beransur pulih. Risau jugak bila ada 'makhluk halus' dalam badan tu pehtu demam demam pulak. Tapi nampak gayanya takde apa yang perlu dirisaukan sangat. 'Makhluk halus' dalam perut isteri aku tu pun aktif semacam je setiap hari macam tak sabar sabar nak keluar.

Tuan puteri kesayangan kami tu pun alhamdulillah dah kebah demamnya. Cuma sekarang ni dalam proses pemulihan dari selsema dan batuk. Seksi abis suara dia bila serak serak itik ni. Kalau dua minggu lepas memang kami berdua susah hati sebab macam tak nak kebah kebah demamnya. 

Bayangkan la dengan suhu badan yang tinggi sepanjang masa. Aku pun tak tau la berapa banyak kool fever yang ditempekkan kat dahi dia silih berganti. Tak cukup dengan rawatan kat klinik swasta, sambung bawak ke klinik kerajaan. 

Macam macam kaedah dan petua jugak diaplikasikan untuk memastikan anak kesayangan kami tu pulih segera. Sepanjang masa kami pastikan badannya dilap dengan kain basah agar turun suhu badannya. Tak cukup dengan tu, lumur pulak kepalanya dengan perahan air asam jawa.

Syukur alhamdulillah berkat doa dan tawakal yang tak putus putus akhirnya beransur sembuh jugak demamnya. Cuma sekarang ni nak meredakan batuk dan selsemanya. Kami cuma gunakan kaedah bancuh perahan limau nipis dicampur dengan madu lebah dan alhamdulillah nampak berkesan jugak. 

Bukan tak nak bagi ubat yang dibekalkan oleh doktor tapi kebiasaan ubat untuk batuk dan selsema ni kan ada kesan mengantuk jadi kesian pulak bila tengok anak kecik tu terkelepet je macam kain buruk walaupun mungkin tujuan ubat tu supaya penggunanya dapat merehatkan sistem tubuhnya.

Walau macam mana pun bagi setiap ibu bapa, bila ada anak anak yang jatuh sakit memang satu perkara yang boleh diibaratkan macam sebahagian kehidupan jadi tak sempurna selagi anak anak yang sakit tu sembuh kembali.


Related Posts:

  • Kontest untuk bapa bapa seMalaysia Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari rabu yang tanpa berkata kata buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan segala urusan kita di… Read More
  • Terima kasih Katak Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua dikurniakan taufiq dan hidayah se… Read More
  • Soalan bocor Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa diucapkan buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberka… Read More
  • malware cross-site warning Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. … Read More
  • Bukan milik kita Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat meraikan hari jumaat yang mulia ni dengan memperbanyakkan selawat serta zikir dan juga ibadat mudah mud… Read More

2 comments:

  1. Cubalah beri minum air kelapa cuma masalah ubat klinik yang diambil akan menjadi tawar.

    Tempoh hari saya bagi anak bongsu minum air kelapa selepas ubat klinik tidak berkesan.

    ReplyDelete
  2. akubiomed :

    terima kasih atas saranan..insyaAllah akan dicuba..

    ReplyDelete