Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat buat semua rakan rakan pengunjung. Semakin lama semakin panas isu 'bersih' tu. Tak tau la esok camne perihalnya. Sib baik aku tak duduk Kuala Lumpur. Kalau tak jenuh jugak la sebab banyak jalan yang tutup.
Bersempena hari jumaat yang mulia ni, aku nak berkongsi sikit pasal solat jumaat. Kalau ada yang tak tau, solat jumaat ni hanya didirikan pada waktu zohor dihari jumaat sahaja. Takde pulak orang bersolat jumaat masa waktu asar atau isya ye.
Hukumnya wajib ke atas setiap orang lelaki yang beragama Islam. Syarat syaratnya pulak orang lelaki tu mestilah dah akil baligh. Kalau belum akil baligh walaupun usia dah mencecah 40 tahun, mungkin kena segera berjumpa doktor pakar lelaki.
Kemudian dah tentu la beragama Islam. Kemudian lagi mestilah orang lelaki tu waras akal fikirannya. Kalau yang duduk dalam hospital mental tu tak wajib kecuali la petugas kat hospital bahagia tu ye. Lepas tu pulak orang lelaki tu mesti seorang yang merdeka. Apa kalau lahir sebelum Malaysia merdeka tak wajib ke ?
Bukan camtu bang, tapi maksud merdeka tu orang lelaki tu bukan la hamba abdi. Kalau rasa macam diri tu hamba abdi, tak pegi solat jumaat pun takpe. Kemudian lagi orang lelaki tu mestilah seorang yang sihat. Takde keuzuran yang menghalang dia dari menghadirkan diri ke masjid untuk berjemaah solat jumaat.
Dan lagi syaratnya orang lelaki tu mestilah bukan orang yang musafir. Kalau musafir tak wajib pun tapi dengan kemudahan yang ada pada zaman sekarang ni, apa la salahnya singgah menyertai jemaah solat jumaat tu. Dan yang paling penting sekali seorang lelaki tu mestilah seorang lelaki. Pondan, bapok, dua alam, mak nyah, khunsa dan sealam dengannya tak wajib solat jumaat. Jadik kalau nampak ada yang tak bersolat jumaat tu mungkin diorang tergolong dalam golongan tu kot.
Tu baru hukum dan syaratnya. Kita tengok pulak apa perkara yang boleh membuatkan seseorang lelaki tu meninggalkan solat jumaat. Pertamanya kalau dia tu sakit yang sangat teruk. Sakit sampai tak larat nak bangun ke, sakit yang berjangkit ke. Sakit perut tercirit birit yang tak leh nak tahan tahan ke. Kalau sakit tangan terluka sikit kena pisau tu tak yah la ngengada nak ponteng solat jumaat lak.
Keduanya kalau hujan. Bukan hujan rintik rintik pun dah tak nak pegi masjid solat jumaat. Lagipun sekarang ni dah ada payung, baju hujan, kereta. Takkan macam kambing kot kena hujan sikit pun tak boleh. Lain la kalau hujan yang tersangat lebat sampai jalan nak menuju ke masjid tu pun banjir tak leh nak lalu.
Ketiganya pulak takut dizalimi. Ada lagi ke zaman sekarang ni orang yang takut dizalimi ? Apesal nak menyorok pulak ? Buat jenayah ye ? Kalau duduk kat negara yang zalim mungkin jugak la. Asal beragama Islam je kena tembak. Kalau camtu boleh la nak tinggalkan solat jumaat.
Keempatnya kalau bermusafir. Kalau setakat bermusafir dalam negara je tak jadi masalah kalau nak singgah berjemaah solat jumaat. Tapi kalau bermusafir tu sebab ada perkara penting, tak mengapa kalau tak bersolat jumaat. Atau bermusafir jauh sikit yang menyukarkan untuk menemui masjid atau tempat orang mengerjakan solat jumaat.
Kelimanya kalau berada dalam peperangan. Malaysia berperang ke sampai tak dapat nak pegi masjid bersolat jumaat tu ? Kalau aman damai tu, rela relakan la diri tu berjemaah seminggu sekali dengar khutbah jumaat tu. Bukan nak kena bayar yuran apa pun. Percuma je malah akan mendapat ganjaran misteri dari Allah lagi tu.
Tapi zaman sekarang ni kadang kadang tu ramai je yang kita tengok orang lelaki ni tak tau la nak kategorikan camne yang endah tak endah je dengan solat jumaat ni. Nak kata pondan, ada misai. Nak kata sakit, segar bugar je. Nak kata musafir, dari tahun lepas setiap hari nampak muka dia je. Jadi apa alasannya ?
Memang la semuanya atas diri sendiri masing masing punya iman. Tapi tu la, sepertimana sabda Nabi SAW dalam hadis riwayat Abu Daud yang bermaksud,
"Sesiapa yang meninggalkan solat jumaat dengan sengaja sebanyak tiga kali, maka Allah SWT akan menutup hatinya dari menerima petunjuk"
Jangan sombong lak nak kata zaman sekarang ni dah ada kemudahan GPS. Tu petunjuk apa beb. Cuba masukkan arah pahala atau syurga kat GPS tu tengok. Tak tau la pulak aku kalau ada arah jalannya dalam GPS tu. Memang canggih betul kalau macam tu.
Susah ke nak hadir seminggu sekali berjemaah tu ? Bukan lama sangat pun. Paling lama pun dalam satu jam je. Tu pun kadang kadang tak sampai satu jam. Duduk dengar khutbah pehtu solat fardhu jumaat dua rakaat. Duit tak yah nak keluar, pahala leh dapat. Ala, kalau duduk dalam panggung wayang tu tengok transformer 3 sampai dua jam lebih tak pulak merungut.
yang wajib tu kena buat la kan..
ReplyDeletesekejap je pun. yang kerja pun dah dibagi kelonggaran waktu solat jumaat ni, jgn balik tidur pulak hihi
tanpa segan silu nak bagitau, hari ni aku tak solat jumaat...sbb musafir atas kapal terbang...huhu
ReplyDeleteyang aku pelik, ada jugak tanpa segan silu tunjuk muka depan public masa2 solat jumaat ni, maybe lah dia musafir kan, TAPI masalahnya dia owner kedai, siyes.. dulu kat U, aku suka bli lunch hari jumaat time2 solat jumaat, ye lah, x ramai, lelaki pon xde, so xde lah berebut-rebut dgn budak laki, tacing2 ke kan.. tapi pakcik sorang ni, adeh..
ReplyDeletesesetgh lelaki zaman skrg..x segan pun berlegar2 kt tempt awam waktu solat Jumaat...
ReplyDeleteada yg siap berjalan dgn isteri dan anak2 lagi..masjid tk jauh pun dari shopping complex tu...hmmmm...
aku xsolat jumaat..
ReplyDeletetapi ad je member2 laki aku xsolat jumaat..
siap g dating lagi
edy nak gtau dia pergi Aussie la tu..haha
ReplyDeletetulah..aku pon pelik...kadang2 yg dah tua2 tu, org sebok pergi solat JUmaat...dia relex lagi kat warung..
ade yg dtg pon duk lepak2 luar masjid je.dlu skola agama sbelah masjid,memg dpt tgkla yg pesen berlonggok kt luar 2.
ReplyDeleteBukan tidak mahu pergi bro tetap uzur :-)
ReplyDeleteAda yang datang solat lewat dan balik lewat. Kalau tidak menyusahkan orang tidak apa ini kena maki hamun dan sumpah. Datang lewat letak kenderaan berlapis sampai laluan menjadi sempit dan balik lambat kenderaan pula ditengah-tengah jalan
ReplyDeletemont blanc pen
ReplyDeleteair max outlet
pandora charms outlet
coach factory outlet
michael kors outlet canada
oakley sunglasses wholesale
hermes bags
nfl jerseys wholesale
ray bans
birkin handbags
170624yueqin