11 July 2011

diari bapa tunggal [hari pertama]

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung yang dirahmati Allah sekalian. Dua hari tak bersiaran. Malah hari ni aku terpaksa mengambil cuti kecemasan sebab badan rasa macam tak berapa nak sihat akibat kekurangan rehat.


Masuk hari ni dah cukup 24 jam aku jadi bapa tunggal. Awal pagi ahad baru ni jam dua pagi kami menerima panggilan kecemasan, bapa mertua aku diserang strok dan terpaksa dikejarkan ke hospital bagi menerima rawatan lanjut.


Tengahari semalam hanya wifey aku yang pulang ke Sabah. Jadik tinggal la aku dengan anak kesayangan kami ni. Sedih jugak rasanya sebab tak pernah kami anak beranak berpisah dalam jangka waktu lama camni. Tapi disebabkan beberapa masalah yang tak dapat nak dielakkan, terpaksa la wifey aku pulang berseorangan kali ni. 

Berita terakhir yang diterima hari ni, bapa mertua aku dah selamat dibedah bagi mengeluarkan pendarahan di otak beliau, pendarahan pun dah berhenti, otak pun dah rilek dan doktor kini hanya menunggu keputusan untuk melihat tahap kerosakan yang berlaku.


Anak aku ni pulak sib baik la tak banyak sangat ragamnya. Cuma bila dengan aku je tahap kemanjaan dia tu meningkat berkali ganda berbanding kalau dia dengan wifey aku. Sampaikan kalau aku ada kat rumah je, pasti macam dilanda ribut taufan dalam rumah sebab dengan segala barang mainan dia bersepah disetiap penjuru rumah.

Semalam lepas hantar wifey aku pun, entah berapa kali aku terpaksa berulang bawak anak aku ni pegi kedai. Mulanya nak beli air minuman. Lepas tu bila aku tanya apa lagi yang dia nak, tak pulak teringin apa apa. Bila dah sampai depan pagar rumah, tiba tiba nak aiskrim pulak. Kali ketiga sampai depan pagar rumah, nak mintak mainan pulak. 


Tapi tu la, kalau dah namanya kaki shopping [atau lebih mesra dipanggil penghabis duit papa] memang rambang mata je bila masuk kedai. Dari nak beli mainan, ternampak majalah komik Upin & Ipin, itu pulak yang naknya. Aku tawarkan nak belikan aiskrim termahal tak nak, mainan termahal pun tak nak. 

Dan sehingga tengah malam tadi asyik melayan anak aku main je. Dalam fikiran dia mungkin tak lama lagi mama dia akan balik. Tapi ternyata dia masih tak mengerti mama dia terpaksa berpisah sementara waktu pulang ke kampung melawat atuk yang sakit. 


Bila tiba waktu aku nak tidurkan dia, baru la dia mencari cari mamanya. Jenuh jugak aku menerangkan untuk beberapa hari ni mama tak tidur dengan dia. Dan keputusannya, jeritan dan tangisan berkumandang ditengah malam sepi. Tapi sebab mungkin akibat keletihan, sekejap je dah terlena dalam sedu.

Sedih jugak aku tengok. Sebab memang tak pernah lagi anak aku ni tidur tanpa wifey aku. Aku pun heran, dah nak usia tiga tahun tapi masih lagi bila nak tidur mintak menyusu badan dengan wifey aku. Tapi semalam dalam sejarah pertama kalinya terpaksa tidur tanpa menyusu. Dua tiga kali jugak dia bangun tengah malam menangis panggil mama dia. 



Seronok jugak jadi bapa tunggal ni. Tapi penat jugak dibuli anak sendiri. Hehehe.. Esok pastinya lebih menarik bila aku bawak anak aku ni ikut ke tempat kerja. Cuma masalah yang berlegar dalam minda aku ni, macam mana pulak nak menghadapi tidur malam nanti.


7 comments:

  1. seronok la dia di layan sehabis baik oleh papanya...hehe.. :)

    esk cite la lagi...apa dia buat masa ikut papa dia pergi kerja... ;)

    *** moga bapa mertua En Pipoq selamat hendaknya...

    ReplyDelete
  2. BAGUS PAPA MCM NI ye..

    moga bapa mentua sembuh cpt

    amin

    ReplyDelete
  3. Harap bapa mertua akan pulih dan menunjukkan perkembangan positif. Orang saya anak layan sahajalah nasib baik tidak minta iPhone ker Ipad ker letih bapa nak korek duit :-)

    ReplyDelete
  4. amboi seronok ker..
    nanti jangan selamanya udah la...
    hakhak....

    ReplyDelete
  5. baguslah allah rahmati

    ReplyDelete
  6. cheap jordans for sale, http://www.cheapjordans.us.org/
    camisetas futbol baratas, http://www.futbol-baratas.com/
    ray ban sunglasses, http://www.raybansunglass.com.au/
    celine outlet, http://www.celineoutletus.com/
    supra shoes, http://www.suprashoes.us.com/
    iphone cases, http://www.iphonecase.name/
    ray ban outlet, http://www.raybansunglassesonline.in.net/
    beats headphones, http://www.beats-headphones.in.net/
    cowboys jerseys, http://www.dallascowboysjersey.us/
    north face outlet, http://www.northface-outlet.cc/
    nike roshe, http://www.nikerosherunshoes.co.uk/
    cheap nhl jerseys, http://www.nhljerseys.us.com/
    true religion jeans, http://www.truereligionoutletstore.us.com/
    basketball shoes,basketball sneakers,lebron james shoes,sports shoes,kobe bryant shoes,kobe sneakers,nike basketball shoes,running shoes,mens sport shoes,nike shoes
    cheap oakley sunglasses, http://www.oakleysunglasses-outlet.us.com/
    mcm outlet, http://www.mcm.in.net/
    celine outlet online, http://www.celineoutletus.com/
    oakland raiders jerseys, http://www.oaklandraidersjerseys.us/
    boston celtics jersey, http://www.celticsjersey.com/
    coach outlet online, http://www.coachoutletstores.com.co/
    tods shoes,tods shoes sale,tods sale,tods outlet online,tods outlet store,tods factory outlet
    ugg uk, http://www.cheapuggboots.me.uk/
    oakley sunglasses, http://www.oakleysunglassesonline.us.com/
    tiffany and co, http://www.tiffanyandco.in.net/
    michael kors outlet online, http://michaelkors.outletonlinestores.us.com/
    2015912caihuali

    ReplyDelete