18 June 2011

zingiber officinale

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan rakan pengunjung. Alhamdulillah berkesempatan lagi kita untuk bertemu di dunia maya ni. Semalam menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim cakap sehingga empat hari lepas sebanyak 198 laman web rasmi telah digodam oleh penggodam internet yang beridentitikan anonymous. 


Aku pun tak tau la ape ke tujuan diorang tu nak buat camtu. Kalau bencikan pihak tertentu pun, jangan la sampai menyusahkan orang lain. Bayangkan la kalau adik kita ke, anak kita ke atau kita sendiri ke nak semak apa apa benda yang agak penting kat laman laman web tertentu tu tapi tak dapat nak bukak. 

Kalau rasa dah hebat sangat nak godam menggodam ni, pegi la godam laman web Obama ke, Benjamin Netanyahu ke, facebook ke, yahoo.com ke atau mane mane laman web yang agak agak kebal macam laman blog aku ni. Ahahaha..kang tak pasal pasal je blog aku lak kena godam peh ni.

Lupakan la pasal tu dulu. Cuma fikir la sikit, kalau marahkan nyamuk sekalipun jangan la sampai dibakar kelambu tu. Kalau ada kepakaran tu, gunakan la dengan baik dengan tujuan yang baik. 

Sebenarnya hari ni aku bukan nak cakap pasal godam menggodam ni. Tapi aku nak berkongsi info pasal zingiber officinale atau dalam bahasa tempatan kita ni halia. Susah benor nak menyebutnya tu. 


Halia ni dikatakan berasal dari sebelah dataran asia tropika meliputi negara India dan China. Malah negara China dikatakan dah menggunakan halia ni dalam amalan perubatan diorang sejak 2500 tahun yang dulu. 

Makna zingiber tu sesuatu yang berbentuk tanduk. Tumbuhan purba ni memang banyak kegunaan dan khasiatnya. Penggunaan halia ni pulak boleh dikatakan sangat meluas zaman sekarang ni.


Selain dari dijadikan sebagai salah satu bahan dalam masakan, halia ni jugak meluas penggunaannya dalam industri perubatan, minuman dan haruman. Dengan rasa yang sedikit pedas berangin dan bau yang tak berapa menyengat memang sesuai sangat la halia ni dijadikan bahan untuk semua industri tu.

Halia ni terkandung berbagai nutrisi macam kalium, fosforus, niacin, kalori, vitamin c, protin, karbohidrat dan serat. Halia jugak dikatakan sangat bagus untuk memanaskan dan mengeluarkan angin dalam badan. Kandungan aktif yang terdapat dalam halia tu, gingeroles dikatakan memberi kesan segera bila meresap dalam badan.


Selain dari memanas dan membuang angin dalam badan, halia jugak sesuai untuk mengubati penyakit sendi, keracunan, lelah, masalah darah, cirit birit, kurang tenaga, demam panas, mabuk kenderaan, menghilangkan kahak dan mulut berbau.

Dan jangan tak tau pulak, halia ni turut ada disebutkan dalam Al Quran tau dengan nama zanjabiil. Sebab tu dalam kitab perubatan islam macam Al Qanun fi al tib, Tibbun Nabawi, Sidliyah al A'tor dan Sidliyah al I'syab pun ada menyebut pasal halia ni. Dalam Al Quran tu, di mukasurat 579 surah ke 76 Al Insan pada juzuk ke 29 ayat ke 17, 

"Dan mereka di dalam Syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari Zanjabiil"
Maknanya kalau dah sampai disebut dan diabadikan dalam Al Quran, bukan calang calang halia ni. Sampai ke syurga lagi tu. Apa pun, yakin la kita bahawa tak ada satu pun ciptaan yang diciptakan Allah sebagai sia sia. Pasti setiap sesuatu tu ada rahsia yang boleh dimanfaatkan. 


2 comments:

  1. suka teh halia, hilangkan angin

    ReplyDelete
  2. Eno halia.. teh halia.. mmg utk buang angin dlm badan.. hehehe :)

    ReplyDelete