19 June 2011

istimewa lelaki

  2 Komen    
label: 
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat berhujung minggu buat semua rakan rakan pengunjung. Kalau biasanya setiap hujung minggu ni aku masukkan entri pasal ulasan filem pilihan tapi hari ni aku tunda ke minggu hadapan la kot. Bukan sebab tak tengok filem malam tadi tapi sebab hari ni agak istimewa untuk kaum lelaki.


Apesal pulak istimewa untuk kaum lelaki ? Umum dah tau hari ni jatuhnya hari bapa dikebanyakan negera. Kalau bulan lepas kita meraikan hari ibu, bulan ni hari bapa la pulak. Kalau tak kot merajuk pulak bapa bapa yang ada kat bumi ni. Dengan itu aku mengucapkan selamat hari bapa kepada bapa bapa seluruh negara dan tak lupa kepada bakal bakal bapa yang mungkin bakal menimang cahaya mata pertama tak lama lagi dan tentunya ucapan ni bukan ditujukan untuk bapa ayam. 


Pengalaman pertama kali menjadi bapa ni memang satu pengalaman yang istimewa la. Bermula dengan dapat tau isteri tercinta mula menunjukkan tanda tanda kehamilan seterusnya penantian selama 9 bulan untuk melihat zuriat pertama memang mendebarkan.

Perasaan masa isteri dibawa masuk dalam dewan bersalin tu memang bercampur baur la. Masa mula mula isteri ditempatkan dalam wad sebelum bersalin pun dah macam macam perasaan menjelma. Kadang kadang tu rasa macam tak percaya pun ada tak lama lagi nak naik status.


Hanya doa dan harapan sepanjang penantian waktu menunggu isteri keluar dari dewan bersalin tu. Pastinya mendoakan agar Allah memelihara keselamatan isteri dan seterusnya anak yang bakal melihat dunia tu. 

Pertama kali melihat wajah anak pertama memang membuatkan perasaan teruja tu membuak buak. Dalam hati memang tak putus putus pujian dan kesyukuran kepada Allah kerana segalanya berjalan dengan lancar. Masa tu baru la terasa bermulanya satu lagi amanah dan tanggungjawab yang mesti ditanggung. Kalau sebelum tu cuma memikirkan tanggungjawab sebagai suami tapi bermula saat kelahiran anak pertama tu dah bertambah pulak tanggungjawab tu sebagai suami kepada isteri dan bapa kepada anak.


Dari hari ke hari melihat perkembangan anak sendiri kadang kadang sampai terlupa nak bagi perhatian pada isteri sendiri. Aku pun tak tau la apesal rasa teruja sangat masa memula dapat anak tu. Tapi tak bermakna isteri dilupakan pulak. Kasih sayang dan cinta tu sebenarnya semakin mendalam dengan kehadiran zuriat ni. Cuma biasa la, mungkin dah fitrah lelaki tak reti nak mempamerkan perasaan tu sangat.

Kadang kadang aku terfikir jugak bila terbaca atau mendengar berita tentang kes penderaan anak, pembuangan anak dan sebagainya tu, apa orang yang buat camtu takde perasaan ke ? Ada yang lari dari tanggungjawab, ada yang lupa tanggungjawab. Apa la salah dan dosa anak kecil tu nak didera atau dibuang.


Memang aku tak nafikan kadang kadang anak ni menguji kesabaran jugak. Melalak menangis tengah malam kala nak berehat tidur, mintak macam macam yang kadang kadang kita tak tau apa yang diorang nak, memberontak agar setiap perhatian tertumpu hanya pada diorang je. Tapi alhamdulillah walau cam anak aku tu kadang kadang buat aku sikit lagi nak jadi Hulk aku tak la sampai nak pukul pukul ke tangan tangan ke. 

Buat semua insan yang berjantina lelaki, ingat la bahawa Allah pertama kali menciptakan manusia ni berjantina lelaki. Tujuannya untuk menjadi khalifah atau pentadbir di dunia ni. Bukan jadi pegawai tadbir tapi untuk mentadbir segala apa saja urusan dunia. Kemudian baru la diciptakan manusia yang berjantina perempuan, sebagai teman dan melengkapi kehidupan tu. 


Untuk tu kena la kita yang lelaki ni sentiasa berfikiran rasional sikit. Fikirkan tanggungjawab dan amanah yang harus dipikul tu. Kalau gagah perkasa tu bukan untuk membelasah orang. Kalau dikurniakan rezeki melimpah ruah tu bukan untuk berfoya foya. Apa saja kelebihan yang ada tu gunakan la untuk kebaikan. 

Istimewa buat kaum lelaki, jalankan la amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh Allah tu dengan sebaiknya. Sekali lagi aku ucapkan selamat hari bapa untuk semua. 


2 comments:

  1. Selamat Hari Bapa tuk En Pipoq.. :)

    ini la agaknya perasaan setiap bapa apabila melihat anak mereka buat pertama kalinya...

    tp bagi yg tk peduli...sbnrnya hati mereka tu dah lama mati...


    jom ke APA KATA HATI pulak ;
    KISAH TELUR

    ReplyDelete
  2. Ouh!
    Selamat Hari Bapa Hencik Pipoq.. =D



    (daha lama aku nak tanya ni, ang x kisah ke ber'aku' 'kau' dengan aku ni? ye lah, taknak dikata kurang adab even ang yg mulakan..hehee..)

    ReplyDelete