22 June 2011

kurang lebih

  1 komen    
label: ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari rabu buat semua rakan rakan pengunjung yang sudi mengunjungi blog aku ni. Cuaca pagi ni kat Ipoh sedikit mendung berbanding semalam yang agak panas terik. Alhamdulillah pagi ni jugak talian siputband ni sedikit memberansangkan tapi tak tau la berapa lama dapat nak bertahan. 


Mungkin dah jadi lumrah manusia bila menilai orang lain, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran kebanyakannya tentang keburukan dan kekurangan orang tu. Jarang jarang sangat terlintas tentang kelebihan dan kebaikan orang yang dinilai tu. 


Mungkin jugak memang lumrah kehidupan camtu asalnya. Bilamana Allah nak menciptakan Adam sebagai khalifah di muka bumi ni, para malaikat menyatakan kerisauan sikap buruk manusia yang bakal diciptakan terhadap Allah. Dan dari situ jugak fitrahnya manusia ni berbekalkan sikap buruk sebelum lagi diciptakan.


Dan apa juga yang dikhuatiri oleh para malaikat sebelum penciptaan manusia tu benar benar berlaku. Banyaknya kerosakan yang dilakukan di muka bumi. Banyaknya berlaku pertumpahan darah. Namun bukanlah Allah tersalah percaturan.


Diciptakan manusia dibekalkan dengan nafsu untuk ada perasaan mengembangkan diri dan dibekalkan juga dengan akal untuk mengimbangi segala keputusan yang dilakukan. 

Apa yang tinggal hanya kita sebagai manusia untuk mempergunakan apa yang dikurniakan dengan sebaik mungkin. Menjadi manusia yang baik atau sebaliknya. 


Bila memandang kekurangan dan keburukan orang lain, jangan la mencemuh tapi jadikan la kekurangan dan keburukan orang lain tu sebagai kebaikan untuk diri kita. Jadikan contoh agar tidak menjangkiti diri kita sendiri. 


Related Posts:

  • kadang-kadangAssalamualaikum, salah sejahtera dan selamat hari isnin diucapkan kepada semua rakan rakan pengunjung yang sudi singgah ke sini. Sepanjang dua minggu … Read More
  • kurang lebihAssalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari rabu buat semua rakan rakan pengunjung yang sudi mengunjungi blog aku ni. Cuaca pagi ni kat Ipoh sed… Read More
  • jaga diriAssalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati sekalian. Buat adik adik yang bersekolah tu,… Read More
  • lidahAssalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat buat semua rakan rakan pengunjung. Dihari yang mulia lagi bahagia ni aku mendoakan semoga sem… Read More
  • umpatAssalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung. Sambil pekena neslo air yang menyegarkan tekak yang gatal g… Read More

1 comment:

  1. hmm...tanggapan negatif mmg sukar sngt nk buang....

    bila dah terlajak..cpt2 muhasabah diri...huhu...

    ReplyDelete