21 June 2011

kuala kangsar

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung. Kebelakangan ni susah betul aku nak bersiaran sebab masalah talian siputband yang semakin macam menjadi jadi pulak. Rasa macam tinggal diceruk hutan belantara je. Nak menaip entri pun aku terpaksa taip diluar talian dulu sebelum menantikan talian pulih sebentar sementara aku cepat cepat masukkan dalam blog. Leceh giler. Nak mengunjung dan bertegur sapa pun jenuh. Kenyataannya kalau tak berapa nak nampak kemunculan aku tu harap maaf la ye. 


Hari ni kita teruskan lagi sesi jalan jalan tu tapi aku ingat kali ni kita pegi jauh sikit keluar dari Ipoh ni. Cuma yang pastinya masih lagi di dalam negeri Perak ni. Untuk hari ni jom kita ronda ronda ke Kuala Kangsar atau lebih dikenali dengan bandar Di Raja negeri Perak. 


Asal usul nama Kuala Kangsar ni bersempena dengan pokok kangsar yang tumbuh kat tebing sungai Perak ni ada jugak yang mengatakan zaman dulu masa beberapa peneroka untuk membukak tempat penempatan baru diorang mengharungi sungai sambil mencari tebing yang sesuai untuk mendarat. Sampai la ke satu kuala sungai yang tebingnya rendah, tanah dia subur dan permandangan yang sangat indah. Dalam kiraan pencarian diorang tu, kuala sungai yang diorang jumpa tu yang ke seratus kurang satu. Maka disebutkan la nama tempat tu kuala kurang sa dan kemudiannya disebut sebagai Kuala Kangsar je.


Nama bandar di raja tu pulak di ambil sempena dengan terbinanya istana Sultan Perak yang dibina oleh Raja Idris Murshidul Adzam Shah yang ketika itu ditabalkan menjadi Sultan Pemerintah negeri Perak yang ke 28 pada tahun 1877. Sebelum tu kebanyakan istana dibina di tepi Sungai Perak je. Baginda sultan telah mendirikan istana kat atas sebuah bukit dekat dengan Batang Hari yang kemudiannya bukit tu dinamakan sebagai Bukit Chandan. 


Asalnya nama Chandan tu pulak dari nama seekor gajah milik Sultan Yusuf yang namanya Kulup Chandan. Ceritanya satu hari gajah tu lari lalu Raja Idris yang ketika tu memegang tampuk sebagai Raja Muda bersama dengan pengawal pengawalnya keluar menjejaki gajah tu sampai la ke kaki Gunung Bubu. Masa baginda Raja Muda Idris sampai kat situ, bertembung la dengan seorang tua yang berjanggut panjang memakai jubah putih dan tiba tiba orang tua tu datang menyembah lalu berkata kepada Raja Muda Idris, 

"Tuanku adalah bakal menjadi Sultan Perak dan manakala Tuanku telah ditabalkan menjadi Sultan kelak, janganlah bersemayam di Sayong lagi tetapi hendaklah Tuanku membuat istana di atas bukit yang dipinggir Batang Hari. Maka gajah yang bernama Kulup Chandan itu hendaklah Tuanku bebaskan tujuh hari selepas dari pertabalan Tuanku itu.."

Maka dengan pertabalan Raja Idris sebagai Sultan Perak yang ke 28 tu, segala pesanan orang tua tu ditunaikan oleh baginda sultan. Dan sejak dari tu kekal la Bukit Chandan sebagai tempat letaknya istana rasmi Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak.

Tu serba sikit pembukaan tempat yang akan kita lawati lepas ni. Keseluruhannya memang banyak jugak tempat menarik yang ada kat Kuala Kangsar ni. Nak tau apa yang menarik kat Kuala kangsar ? Tunggu sambungan sesi jalan jalan kita ni pada minggu hadapan insyaAllah. 

1 comment:

  1. salam pipoq,

    line ni klau prob
    mmg buleh jadi sewel
    nak wat n3 n jln2...

    sabaq aja lah no...

    ReplyDelete