Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat rakan rakan pengunjung semua. Dua tiga hari ni cuaca kat Ipoh sedikit menduga dan menguji kesabaran. Kalau hari tu hujan turun setiap petang membawa ke malam, sekarang ni pulak dah musim panas. Jadi, kalau keluar tu pastikan ada bawak air minuman sebaik baiknya air mineral.
Bukan sebab apa, maklum la panas panas ni peluh banyak keluar nanti air dalam badan pun cepat je tersejat. Bila badan kurang air, tu yang boleh jadi demam tak tentu pasal pulak. Pehtu kalau boleh kurangkan aktiviti luaran yang menyebabkan kulit terdedah kepada sinaran matahari tu terlalu lama. Kalau tak kena kanser kulit, kang gelap pulak kulit tu nanti.
Hari ni aku nak berkongsi entri ni dengan rakan rakan semua pasal Ipoh. Apa yang hebat sangat Ipoh ni ? Best ke ?
Kalau ada yang tak tau lagi tu, nama Ipoh ni sebenarnya diambil dari nama sejenis pokok yang bernama pokok 'epu' yang dulunya banyak ditemui disekitar bandar ni. Getah pokok yang beracun ni digunakan oleh masyarakat orang asli sebagai racun sumpitan mereka.
Ipoh kini bertaraf bandaraya dan merupakan bandaraya ke empat terbesar selepas Kuala Lumpur, Georgetown dan Johor Baharu. Terletak lebih kurang 200 kilometer ke utara dari Kuala Lumpur dan juga merupakan bandaraya pentadbiran kerajaan negeri Perak.
Apa yang seronok sangat kalau datang Ipoh ni ? Aku selalu dengar kawan kawan aku cakap Ipoh tak la best sangat sebab kalau malam je 'mati'. Tu la pasal. Siapa suruh jadik batman, asyik nak keluar waktu malam je.
Sebenarnya banyak jugak tempat tempat menarik yang boleh dikunjungi sekitar bandaraya Ipoh ni lebih lebih lagi bagi pencinta fotografi. Tak percaya ? Jom kita tengok apa yang rasa rasa macam menarik tu.
Kalau kita tengok betul betul, kebanyakan bangunan yang terdapat kat bandaraya Ipoh ni masih lagi bercirikan dan mengekalkan seni rekabentuk bangunan lama. Contoh macam bangunan Dewan Majlis Bandaraya Ipoh ni, Stesen Keretapi Ipoh, Mahkamah Tinggi Ipoh dan kebanyakan bangunan kedai.
Mungkin jugak ramai yang tak menyedari kat bandar Ipoh ni terdapat sebuah masjid pertama yang dibina di bandar ni. Diberikan nama Masjid Panglima Kinta sempena menghargai jasa Dato' Panglima Kinta Mohamed Yusof pada tahun 1898. Masjid ni pulak dibina oleh Dato' Panglima Kinta sempena memperingati kematian isterinya ke rahmatullah.
Terletak ditebing Sungai Kinta dalam kawasan bandar Ipoh. Kalau nak cari memang susah sikit la sebab kedudukan masjid ni yang agak terlindung oleh bangunan kedai disebelah hadapannya. Selain dari Masjid Panglima Kinta ni, terdapat jugak Masjid Kampong Paloh (1912) dan Masjid India Muslim (1908) antara binaan warisan yang terdapat kat Ipoh ni.
Selain dari tu, kat Ipoh ni banyak terdapat rangkaian gua gua batu kapur. Tapi kebanyakannya dah diubahsuai menjadi tokong. Namun camtu, keaslian semulajadi gua batu kapur yang ada kat sekitar Ipoh masih lagi terpelihara keunikannya.
Antara gua batu kapur yang terkenal dan selalu menjadi tarikan pelancong kat Ipoh ni macam Sam Poh Tong dan Kek Look Tong. Ataupun kita boleh ke kawasan Tambun berhampiran dengan Lost World of Tambun tu terdapat kat situ 'The Banjaran'. Ianya antara rangkaian gua batu kapur yang boleh diterokai untuk mendapatkan pengalaman berharga ketika berada kat Ipoh.
Camne nak sampai kat bandar Ipoh ni ? Sekarang ni terdapat berbagai kemudahan untuk datang ke bandar Ipoh. Kalau memandu kenderaan sendiri, boleh la menggunakan kemudahan laluan lebuhraya PLUS. Terdapat jugak kemudahan pengangkutan awam seperti bas, teksi dan keretapi disediakan. Selain tu jugak, anak syarikat MAS iaitu FireFlyz juga ada menyediakan kemudahan penerbangan dua kali sehari dari Singapura ke Ipoh.
Dengan kerja menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh ni, mungkin lepas ni lebih banyak penerbangan ke Ipoh akan disediakan. Kalau bab nak makan, jangan risau. Terdapat banyak kedai kedai makanan yang boleh dipilih mengikut selera masing masing.
Aku rasa cukup dulu untuk kali ni. InsyaAllah minggu depan di hari yang sama, kita kongsi lagi apa yang ada kat Ipoh ni sama sama.
wah bagus info ni..xtau pun pasal sejarah Ipoh ni, kalau p pun pasal keja je huhu
ReplyDeleteowh ok..baru tau klo badan xcukup air bley bawak demam jugak.hu3
ReplyDeletepernh sampai perak...tp area lumut jer la..time tu nk ke pangkor.. :)
ReplyDeletekt ipoh ada taman tasik yg cantik kn..?
jom ke APA KATA HATI pulak ;
PLAYGIRL
kak ati pernah ke perak..
ReplyDeletebanyak tempat..taiping, gopeng,
lumut dll tapi ipoh tak pernah
sampai lagi...kelakarkan :)
saye selalu pi ipoh....seronok..mendamaikan...
ReplyDeleteassalamualaikum pipoq,
ReplyDeleteopismate org Ipoh...tapi kami x pernah diajak gi kg dia...mungkin jauh.
selalu melalui pembacaan je tahu tenang ipoh ni...'ipoh mali'
qemaishak :
ReplyDeletehehehe..kena tau gak sesikit sejarah tempat kita duduk..
aleen aiden :
ReplyDeleteya semestinya..sebab badan yang tak cukup air nanti suhu badan pun jadi tak teratur..
nabilah_2908 :
ReplyDeleteinsyaAllah akan dikongsikan entri seterusnya minggu hadapan
Ati Masrif :
ReplyDeletememang kelakar tul kak..gopeng nak ke Ipoh tu punya la dekat..hehehe..
Chempaka Sari :
ReplyDeletehehehe..so far ok lagi la..dalam pesat membangun ada gak port leh nak lepak lepak dengan aman damai
zue :
ReplyDeletenantikan entri minggu hadapan pasal ipoh lagi..
makasih infonya.. salam kenal yaaa
ReplyDeletedah lama x pergi ipoh..
ReplyDeletelast masa sekolah kat sana..
ehehehe
wuish.. aku blom pernah jalan2 kat bandar ipoh..
ReplyDeletewauu memang betul2 berinfomasi....
ReplyDeletejoommm ipoh mali
dah lama gila tak jejak Ipoh..rasanya kalau jejak pon sesat..
ReplyDeleteSaya suka melihat rekabentuk binaan bangunan lama. Biasanya Ipoh terkenal buah bali
ReplyDeletelepak bawah pokok kat padang polo smbil makan laksa. superb!
ReplyDelete