Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung. Semoga semuanya ceria hari ni. Kalau ada yang sedar, aku ada buat sedikit perubahan dalam blog ni. Hanya satu entri dipaparkan. Andainya perubahan ni menyukarkan rakan rakan, sudah pasti aku akan kembali kepada asal seperti sediakala.
Siapa dah tengok cerita dalam botol tu ? Aku tak tengok pun lagi, cuma nampak iklan cerita tu je dalam TV. Dan aku tak terasa macam nak tengok pun. Apa yang aku tau, cerita tu pasal lelaki yang nak bertukar kepada wanita kerana cintanya kepada kaum sejenis. Tu je yang aku tau.
Tapi walaupun tajuk entri aku ni serupa macam tajuk filem tu, aku nak berkongsi minda pasal perkara lain yang takde kena mengena dengan kes nak tukar jantina. Tak baik woo. Allah murka nanti.
Korang ingat tak suatu masa dulu botol kaca ni boleh dikatakan agak berharga la. Masa aku bebudak masih bersekolah rendah tahun 80-an dulu, suka tul aku bila terjumpa dengan botol kaca ni tak kesah la botol kicap ke botol sos ke mesti aku bawak balik rumah kumpul bebanyak.
Bila dah banyak berterabur botol kat belakang rumah tu, arwah mak aku mesti bising punya la tapi sebagai anak yang taat kepada ibunya aku akan pastikan tahap keteraburan tu terkawal.
Apa aku nak buat dengan botol bebanyak tu ? Hehehe..apa lagi kalo bukan untuk dijual. Sekarang ni aku tak jumpa dah orang kutip botol kaca ni. Kalo dulu, setiap bulan mesti ada apek cina datang dari rumah ke rumah bertanyakan pasal botol kaca terbuang ni.
Antara pelanggan tetapnya aku la tu. Memang boleh buat duit dengan botol kaca ni masa tu. Kalau harga biasa, satu botol dikira 2 atau 3 sen mengikut jenis botol tu sendiri. Tapi sebab aku ni rajin sikit, botol yang aku kutip dan kumpul tu aku siap cuci bersih maka harganya meningkat menjadi 4 atau 5 sen satu botol.
Bayangkan la kalo sebulan aku mampu untuk menjual 100 botol. Kaya raya jugak la masa aku bebudak dulu walaupun hanya kaya dengan duit syiling.
Botol kaca ni pulak banyak kegunaannya. Bila apek cina tu dah tak lagi menjalankan bisnes dia tu sebab harga botol kaca dipasaran semakin tidak mendapat sambutan akibat penggunaan botol plastik yang berleluasa, aktiviti pengumpulan aku pun semakin perlahan.
Tapi sebagai pencinta alam sekitar, aku tak membazirkan botol botol tu semua. Arwah mak aku dengan kreatifnya menjadikan botol botol tu sebagai pagar pokok bunga dia. Tak sia sia jugak la hasil usaha aku mengumpul botol kaca tu.
Lagi satu kalau budak kampung macam aku ni dulu dulu salah satu hobi mesti nak bela ikan laga ni. Pantang nampak buih kat dalam parit mesti nak tahan tin susu. Pehtu bila dah dapat tangkap, sumbat dalam botol pehtu tanam dalam tanah. Konon nak kasik 'jantan' sikit ikan laga tu.
Tapi sekarang ni, lansung takde nilai botol kaca ni. Walaupun ada banyak jenis dan bentuk tapi nak jual pun tak boleh. Hmmm..mungkin kalau botol tu unik boleh la nak jual kat eBay atau lelong.com.
Walaupun sekarang ni botol kaca dah takde nilai, jangan la pulak kita campak merata rata. Sayangi alam sekitar baik baik. Kadang kadang tu aku tengok ada je botol kaca yang dipecahkan kat pantai la, tepi sungai la. Kalau bebudak terpijak camne ? Tu belum lagi yang dicampak tepi jalan sesuka hati. Bila hujan, air pun bertakung dalam tu dah jadi tempat pembiakan nyamuk pulak.
Kalau rasa malas nak buang kat tong kitar semula tu atau buang dengan berhemah, apa kata cuba kreatifkan diri dengan botol botol kaca tu.
Boleh letak origami bintang buat hiasan meja atau rak kat rumah.
Boleh buat lampu gantung kat ruang tamu.
Buat pokok hiasan kat halaman rumah.
Buat seni arca pehtu boleh masuk pertandingan.
Nak buat dinding rumah pun boleh.
Ada idea kreatif yang lain ?
pergh...lampu tu giler nice..alin xtengok lg,tp mengikut ape yg d ceritakan kat alin,citer ni mcm sedap.isunye bukan psl laki transform jd pompuan je.tp isu lg besar bile die dah potong,patu die jatuh suke kat sorg pompuan.hu3
ReplyDeleteseronoknya zaman kanak2 En Pipoq..hehe..
ReplyDeleteerm...botol2 kaca recycle ni masih lagi dugunakan oleh pengeluar2 cincalok...budu...
jom ke APA KATA HATI pulak ;
NASI AYAM UNTUK IBU
salam pipoq,
ReplyDeleteteringat masa gi Genting Highland
last year...
banyak lampu2 yang cantik
bila lihat dekat2 baru tahu
lampu2 cantik tu dari botol2 plastik
terpakai tau :)
Samalah kita.. Dulu apek cina selalu dtg beli botol kicap sos hehehe Sekarang dah takde kan.. Banyk tin jer.. :)
ReplyDeleteperghh kalau kreatif macam2 boleh jadi..
ReplyDeletedsbbkan kreatif smua bnda yg dhasilkan nmpak unik kan :)
ReplyDeletePengunaan botol kaca sudah berkurangan dan telah digantikan dengan botol plastik. Masalah pengunaan botol plastik ia akan memberi kesan kepada manusia dan alam
ReplyDeleteoakland raiders
ReplyDeleteray ban outlet
ugg boots uk
pandora outlet
ugg boots
ugg outlet online
winter jackets
fred perry polo shirts
timberland shoes
mlb jerseys
black friday deals
chanel handbags outlet
ray-ban sunglasses
ugg outlet
coach handbags outlet
vans shoes
louis vuitton bags cheap
coach outlet store
cheap ugg boots
michael kors outlet online
1112minko