14 April 2011

jawapan soalan

  13 Komen    
label: , , ,
Salam hari khamis kepada semua rakan yang mengunjungi blog aku ni. Ada ke yang ambik kesempatan berpuasa sunat hari ni ? Selamat beribadah diucapkan kepada yang mengambil bahagian dalam ibadat sunat ni.

Hari ni aku nak berkongsi tentang pendidikan pulak. Dan aku harap kalau ada antara rakan pengunjung blog aku ni berkerjaya sebagai warga pendidik mungkin boleh memberi maklum balas sikit kot.


Aku ni bukan la seorang guru secara formal walaupun aku terlibat sama dalam menyampaikan ilmu ni. Aku berkongsi ilmu dengan beberapa murid secara peribadi sebagaimana diamanahkan oleh mak bapak diorang. Nak cakap aku ni mengajar tuisyen pun bukan jugak. Cuma aku sebagai membantu untuk memperkembangkan ilmu yang aku ada je.

Seringkali jugak dalam masa aku meluangkan masa dengan murid aku tu kekadang diorang akan mintak aku ulangkaji pelajaran sekolah diorang tu. Kekadang mintak aku bantu dalam menyiapkan tugasan sekolah.

Sebab aku ni fleksibel, tak jadi masalah pun untuk aku bantu diorang tu dalam apa subjek sekalipun. Cuma kekadang tu ada jugak la antara soalan yang aku sendiri susah nak jawab. 

Bila sampaikan aku pun susah nak jawab, penyelesaiannya mudah je. Bukak je mukasurat belakang buku latihan tu maka tersedia dah jawapannya. Tapi aku tak buat camtu. Murid aku tu yang buat. Bila aku tanya kenapa tengok jawapan belakang ? Diorang cakap senang tak payah nak fikir fikir kalo susah sangat.


Macam tu punya senang belajar zaman sekarang ni. Lalu aku bagitau kalo camtu apa yang dipelajari hanyalah kosong dan tak bermakna. Sebab tanpa berfikir apa pun boleh menjawab semua soalan yang ada dalam buku latihan tu. Tapi bebudak zaman sekarang ni mana nak dengor sangat. Kalau aku ni guru besar, dah lama aku pecat bebudak camtu. Hehehe..

Berbeza tul aku rasa pembelajaran zaman sekarang ni dengan pembelajaran zaman aku dulu tu. Susah jugak nak memperakui kualiti kebijaksanaan bebudak zaman sekarang ni. Kalo dah asyik menjawab tengok jawapan je bila nak pandai betul ye tak ?


Lagi satu yang aku rasa cam pelik bila diorang ni selalu merungut. Merungut sebab cikgu suruh salin dalam buku tulis apa yang ada dalam buku teks tu. Aku pun tak pasti apa tujuannya untuk menyalin semula apa yang ada dalam buku teks tu. 

Zaman aku dulu, kalau cikgu malas sangat nak mengajar pasti dia akan suruh bukak muka surat sekian sekian pehtu baca. Kemudian keesokan harinya akan diadakan sesi bersoal jawab mengenai apa yang dah dibaca tu. Tak pernah pulak menyalin buku teks tu. 

Dan pada murid aku tu pulak aku bagi pandangan aku. Kalau aku jadi guru kat sekolah dia tu, aku akan suruh setiap murid dalam kelas tu koyakkan mukasurat jawapan yang ada dalam buku latihan tu sebelum digunakan. Biar bila nak jawab soalan yang ada dalam buku tu kena ingat balik apa yang dah dipelajari dalam kelas atau semak semula dalam buku teks.

Nak tau apa dia jawab ? 

"Ala, beli la lagi buku lain pehtu boleh tengok jawapan kat belakang tu. Cikgu bukan tau pun."

Owh..aku lupa lak kebanyakan diorang ni anak orang berada. Hehehe..tapi cikgu dengar tak tu ? Cikgu bukan tau pun.


13 comments:

  1. kiranya En Pipoq ni private tutor la eh...? fokus pada sorang dua pelajar je...;)

    hmm..bab cikgu suh salin balik tu..time sy pun ada...esoknya cikgu suh hantar...

    myb la..dalam kita salin..secara tak langsung kita baca juga apa yg ada dalam buku teks tu.. ;)

    jom ke APA KATA HATI pulak ;
    BLOGGING..SAMPAI BILA ??

    ReplyDelete
  2. Sy pendidik gk..tp utk student besar le..

    Bagi saya, cikgu suh salin semula dari buku teks ke buku latihan sebab bila menyalin, budak akan ingat..taktik ni juga dipraktikkan oleh pelajar-pelajar sekolah aliran cina..diorang salin karangan yang ada dalam buku contoh karangan banyak-banyak..ye la, diorang skola cina, mana nk tau buat karangan sangat..as a result, they got an A dlm penulisan..

    Sy pun praktikkan juga bila dh msuk uni..and it helps me a lot tau!Belajar kan banyak kaedah..so ini salah satu la..ikut orang gak nk guna kaedah mane =)

    Tapi zaman sy dlu xde la salin menyalin ni..hehe~

    ReplyDelete
  3. saya pengajar jugak.. tapi ajar adik2 je kat umah..

    hihihi..

    semua atas budak tu.. kalu dah malas, guna kaedah ape pun xguna..

    kalu rajin, semua akan berjaya..

    kan??

    ReplyDelete
  4. ingat lg dlu ms skolah rendah agama, kalau markah rendah dr expectation ustaz/ustazah, diorang akan babap pakai pembaris panjang yg 1 meter tu, then kalau x hafal apa yg disuruh, maunya kena cubit kat perot (sakit ooo) or bediri atas kusi..
    kalau skang cikgu2 buat mcm ni, rs2 nya apa akan jadi ea? maybe parents dtg skolah or masok paper/ tv or maybe cikgu masok jail? heh~ ;)

    ReplyDelete
  5. tutor yg ajar kat rumah ke..

    kat sini payah nk cari tutorlah

    kalau ada kak ati pun nk
    utk anak kak ati :)

    ReplyDelete
  6. mybe bak cikgu nak bagi anak murid baca ape yang ad dalam buku texs sebab 2 cikgu suruh salin balik..
    kalau x jngan harap la budak2 ni nak buka buku texs...

    ReplyDelete
  7. nabilah_2908 :

    private tutor ye namanya ? hehehe

    ooo..camtu ka..baru la ai tau ngape diorang kena salin balik buku teks tu..

    ReplyDelete
  8. Surie :

    tu la..zaman aku dulu pun takde nak kena salin buku teks ni..mungkin masa zaman dulu kebanyakan bebudak ni lebih rajin membaca dan menghafal kot..hehehe..

    ReplyDelete
  9. cik hani :

    ye la..kalo salin bebanyak tapi malas jugak nak dibaca apa yang disalin tu tak guna gak..wat abis dakwat pensil ngan pen je la..

    ReplyDelete
  10. h A n Y S :

    ko memang selalu jadi mangsa denda ye dulu ? hehehe

    sekarang ni cikgu cikgi takde wat denda fizikal cam dulu..diorang lebih kepada denda mental je..hehehe

    ReplyDelete
  11. Ati Masrif :

    yup..mentutor di rumah klien..hehehe..

    sy pun kira rezeki gak ni..sejak dari abis amik diploma dulu terus bersambung sambung orang panggil datang berkhidmat untuk anak anak diorang..

    ReplyDelete
  12. ïêmå å¢klê§ :

    diorang baca ke sambil menyalin tu ? heheh..aku tanya anak murid aku tu ape yang diorang tulis pun diorang cakap "ntah" je..

    ReplyDelete
  13. Saya ada buat semakan kerja sekolah tapi kadang-kadang tidak faham kerana ada aktiviti perlu buat secara berkumpulan di kelas tapi cikgu suruh dijadikan kerja rumah.

    Jawapan banyak berkaitan dengan aktiviti berkumpulan kelas bukannya di rumah.

    Ada beberapa teknik saya cuba terap kepada anak dapat memberi pemhaman tapi di tentang oleh cikgu. Saya bukan hendak tunjuk pandai tapi ingin melihat anak saya tidak tertinggal didalam kelas. Saya mengunakan teknik problem solving yang biasa digunakan didalam engineering.

    Ntahlah. Zaman sudah berubah. Dah masuk darjah 2 masih merangkak membaca walaupun ada latih tubi dirumah kerana teknik saya dan teknik cikgu tidak sama. Anak makin keliru.

    Sekali lagi saya ingin katakan saya tidak mempunyai sijil untuk mengajar dan mendidik.

    ReplyDelete