Salam jumaat buat rakan pengunjung dan pembaca sekelian. Hari ni lewat sikit update entri sebab pagi tadi aku bawak wifey pergi ke klinik. Memang mencabar keimanan tul duduk kat klinik pagi tadi tu. Bayangkan la, bilangan pelanggan yang menunggu boleh dikira dengan sebelah tangan tapi nak menunggu giliran tu makan sampai hampir dua jam. Sabor aje la.
Untuk hari ni aku nak berkongsi sedikit tentang infaq jariah atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami iaitu sedekah.
Di dalam Al Quran Allah ada menyatakan berkenaan sedekah ni dalam banyak ayat. Antaranya di awal surah Al Baqarah ayat yang ke 3,
"...dan dari apa yang Kami (Allah) beri rezeki kepada mereka, mereka infaq / sedekahkan."
Aku ingat lagi sewaktu masa bebudak dulu, setiap jumaat sebelum pergi ke masjid mesti arwah mak aku akan bekalkan aku dengan duit syiling 20 sen untuk dimasukkan dalam tabung yang sediakan kat masjid tu. Aku heran jugak sebab untuk apa aku kena bersusah payah nak bawak duit syiling tu semata mata untuk masukkan dalam tabung jumaat tu sedangkan bapak aku sendiri adalah bendahari masjid tu dan duit kutipan jumaat tu pulak akan disimpan oleh bapak aku kat rumah jugak. Jadi aku fikir baik aku bagi je kat bapak aku masa kat rumah.
Rupanya ada jugak hikmah kenapa arwah mak aku suruh aku buat camtu. Supaya menjadi amalan sepanjang hidup. Alhamdulillah sampai sekarang pun aku dapat meneruskan amalan baik yang arwah mak aku didikkan ni.
Selalu jugak aku terfikir, kalau nak bersedekah ni sebenarnya tak perlu menunggu bila jadi kaya raya terlebih dahulu. Aku pernah jugak dengar satu tazkirah pasal sedekah ni dimana ustaz yang menyampaikan tu cakap nabi S.A.W pernah berkata kepada para sahabat baginda, jika mereka mengetahui ganjaran dari apa yang disedekahkan tu pasti kalau hanya ada sebelah buah tamar pun pasti akan mereka sedekahkan.
Sedekah ni umpama kita menanam sebiji benih. Di mana benih itu nanti akan menjadi sebatang pokok yang mengeluarkan tujuh dahan. Manakala dari tujuh dahan tu pulak akan tumbuh seratus buah.
"Bandingan (sedekah) orang orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji buah. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia Nya lagi meliputi ilmu pengetahuan Nya."
Surah Al-Baqarah ayat ke 261 juzuk ke 3 muka surat 44.
Tu sebab Nabi S.A.W sendiri mengatakan kalau la kita umatnya ni tahu apa kelebihan bersedekah tu, separuh buah tamar yang kita ada pun pasti akan kita sedekahkan.
Tak perlu malu sebenarnya bila hanya nak masukkan walau 10 sen dalam tabung sedekah tu. Dari pengamatan dan pengalaman aku sendiri, selalunya akan terasa malu bila nak masukkan duit syiling dalam tabung tu sedangkan orang lain paling koman pun masukkan duit kertas seringgit.
Aku sendiri pun pernah mengalami perasaan camtu. Tapi ada satu kejadian yang mengingatkan aku bila nak bersedekah ni bukan kerana orang sekeliling, tapi adalah kerana Allah. Masa tu aku duduk sebelah jemaah berwarganegara Bangladesh. Jemaah tu bersama dua tiga rakan senegara yang lain ketika melihat tabung jumaat tu menghampiri lalu diorang pakat pakat kumpulkan duit syiling sorang sikit untuk dimasukkan dalam tabung tu.
Bila aku terpandang gelagat diorang tu, aku jadi malu untuk diri sendiri dan insaf terasa. Sedangkan diorang yang mencari rezeki jauh dari negara kelahiran diorang sendiri yang mana lebih memerlukan duit tapi tetap jugak dengan amalan sedekah tu walaupun tak banyak jumlahnya. Ni pulak aku yang bertaraf warganegara, tak perlu risau pasal duit tapi berkira kira nak bersedekah.
Segala pesan arwah mak aku kembali terngiang dan bermain dalam fikiran. Alhamdulillah dari apa yang aku saksikan tu mengingatkan aku tentang keutamaan bersedekah. Rezeki tu ada dimana mana. Duit takde boleh dicari. Kalau kita berkira kira dengan Allah, pasti Allah jugak akan berkira kira dengan kita nak meluaskan rezeki kita tu.
InsyaAllah amalan mulia ni akan aku perturunkan kepada seluruh generasi mendatang. Pada anak anak murid aku pun selalu aku ingatkan tentang perkara sedekah ni. Semoga perkongsian hari ni bermanfaat untuk kita semua.
Mak pun slalu ajar supaya sedekah kat tabung masjid..
ReplyDeleteBetul tu,kalau kita menginfakkan harta kita, tak akan berkurang..malah akan bertambah-tambah lagi harta kita..
p/s: Wifey demam ke?bgusnya slalu teman wifey g klinik..jeles..huhu~
Surie :
ReplyDeletebukan demam..tapi buat ujian pap smear..hehehe
En Pipoq ada smart fon tak..? masa2 tunggu tu..boleh on9...huhu...
ReplyDeletetkpun buat macam sy...tmn ibu g klink buat checkup bulanan...sambil2 tunggu tu bawa lappy dgn bb..xde la boring... :)
tangan yg memberi tu lebih baik dr yg menerima kan..?
kalau tk dpt sedekah kat surau.masjid..sedekah kat budak2 kecil..pun ok... ;)
pokok pangkalnya niat kita kan..? :)
jom ke APA KATA HATI pulak ;
KIAMAT SEMAKIN HAMPIR
nabilah_2908 :
ReplyDeletememang kebosanan waktu menunggu tu..tapi sib baik la ada anak leh menghiburkan hati..hehehe..dok main ngan dia je la kat klinik tu..
Tidak susah hendak buat amal jariah di masjid. Boleh buat 4 kali didalam sebulan
ReplyDeleteakubiomed :
ReplyDeletetul tu..atau setiap kali singgah mana mana masjid pun boleh jugak..lebih yakin untuk bersedekah dari bersedekah pada pengemis jalanan..
kalau kita xsedar kita terbagi 50rgt...
ReplyDeletepas2 kita amek balik duit 2 xpe kan???
bagi duit 1rgt plk...
sebab pernah terbagi 50rgt xsedar time 2....
saya pun amalkan sedekah setiap x pergi masjid..adakala anak2 berebut utk dptkan duit untuk dimasukkan dlm tabung masjid..insyallah amalan itu akan berterusan sejajar dgn apa yg kita dpt nanti.
ReplyDeletepandora charms sale clearance
ReplyDeletecheap rolex replica watches
coach factory outlet online
timberland boots outle
michael kors outlet online
nike outlet
michael kors outlet store
curry shoes
coach factory outlet
cheap oakley sunglasses
170624yueqin