Salam mesra di hari jumaat yang mulia ni buat semua rakan pembaca. Pada penghulu segala hari ni mari la kita bersama sama membanyakkan istighfar semoga Allah mengampuni segala dosa dosa yang kita ada lakukan. Kemudian pula, perbanyakkan berselawat ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad SAW mudah mudahan kita beroleh syafaatnya di akhirat kelak.
Mungkin antara sedar atau tidak bahawa kehidupan kita di dunia ni hanyalah sementara je. Betapa singkatnya hidup yang kita lalui terisi dengan berbagai perkara. Waktu yang ditinggalkan terasa semakin cepat berlalu. Dalam pada itu, mudahnya kita menjadi alpa pada kehidupan yang lebih kekal abadi.
Sebagai makhluk yang diciptakan dengan cukup sempurna seharusnya kita mesti bersyukur dan tidak sekali kali melupakan pencipta kita. Walaupun mungkin kita terpegun melihat pada penciptaan haiwan kerana ketangkasan dan sifat sifat kehaiwanan yang ada pada haiwan haiwan tersebut, tapi tidaklah haiwan itu dikurniakan akal untuk berfikir sepertimana manusia.
Begitu juga pada penciptaan makhluk makhluk lain yang kita mampu lihat dengan mata kasar dan juga makhluk yang tidak dapat kita lihat. Tetapi sememangnya kita sebagai makhluk manusia ni jugak la yang diciptakan dengan sebaik baik kejadian.
Dan mungkin dalam sedar atau tidak, pada pengakhiran kehidupan dan setelah dihidupkan semula nanti untuk menjalani kehidupan yang lebih kekal abadi, kita melupakan destinasi dan matlamat sebagai makhluk terbaik ciptaan yang Maha Esa ni.
Aku sendiri pun tak terkecuali jugak. Kadang kadang tu kerana kesibukan dunia, kita tangguhkan akhirat. Terkadang gerun jugak bila memikirkan andai ketika penangguhan akhirat tu dilakukan ketika itu juga tanpa bertangguh nyawa kita disentap dari jasad pinjaman ni.
Bukan salah pun kalo nak mengejar dunia tapi jangan sesekali ditinggalkan akhirat. Nabi sendiri melarang kita untuk menjadi orang yang malas berusaha. Cuma kita perlu sedar segala yang kita usahakan di dunia ni kelak akan dipersoalkan ketika di sana nanti.
Segala wang ringgit yang kita kumpulkan, ke mana dibelanjakan? Kenderaan yang serba mewah, ke mana ditujukan? Anak anak yang ramai, bagaimana diasuhkan ? Tubuh badan yang sihat tegap sasa cantik menawan, apa tujuan ?
Tiada maknanya jika wang ringgit dikumpul setinggi gunung jika tiada memberi manfaat ketika di sana kelak. Walau bergadai harta untuk memiliki kenderaan terbaik tapi tidak pernah dibawa ke tempat ibadah tiada ertinya semua tu.
Takde maknanya anak yang ramai tapi tak seorang pun yang boleh mendoakan di kala kita tua dan selepas mati. Dan tiada maknanya tubuh yang sihat gagah perkasa cantik menawan jika segalanya tu hanya mendorong kita ke lembah neraka semata mata.
Dalam kehidupan yang singkat ni, bersama la kita memuhasabahkan diri saling ingat memperingati agar kita tidak terus terlupa. Tidak perlu pun untuk menjadi alim ulama dalam tegur menegur ingat mengingat ni. Kerana kita semua ni makhluk terhebat diciptakan Allah satu satunya mempunyai akal untuk berfikir. Jadi, fikir fikirkanlah.
Sama-samalah kita berusaha memperbaikin diri untuk menjadi yang terbaik pada pandangan Allah
ReplyDeleteitu lah yang terjadi skrg..
ReplyDeletesama2 la kita wasatiah dalam segalanya..
ehhhe
setiap hari lepas solat berdoa
ReplyDeleteuntuk jadi yang lebih baik dari
hari yang sebelumnya...
sharing is caring pipoq..terima kasih ye...
^___^
Jom baca: ULANG TAHUN KE-10
ya...muhasabah diri...sy pun selalu juga leka... :(
ReplyDeletesemoga alam ibadat kita di terima olehNYA.
ReplyDelete