Salam hari sabtu buat semua rakan pembaca. Semoga korang semua sihat dan ceria selalu. Maklum saja la, cam kat Ipoh ni cuaca agak tak menentu sikit. Pagi ke tengahari panas je, tapi bila menjelang petang bawa ke malam dah hujan pulak.
Sebenarnya aku terfikirkan untuk entri ni bila aku terbaca satu komen pada blog penghulu pojie dalam entri dia tu. Walaupun komen tu takde kena mengena dengan aku tapi sebagai salah seorang pembaca dan pengunjung blog rakan rakan ni, sedikit sebanyak terasa juga tempiasnya.
Aku pun tak tau la apa maksud dan masalah pengomen tu. Tapi yang pastinya ada berkaitan dengan politik.
Aku bukan la seorang penganalisa politik di Malaysia ni. Bukan jugak seorang yang aktif berpolitik. Dan aku jugak bukan penyokong tegar mana mana parti politik yang ada kat Malaysia ni.
Kalo nak cakap pasal politik ni, aku tak reti pun. Sikit sikit boleh la. Walaupun kehidupan aku ni disekelilingi dengan orang orang politik. Bapak mertua aku seorang bekas ADUN dari parti kerajaan. Bapak aku sendiri salah seorang penyokong kuat parti pembangkang. Abang ipar aku pulak ahli pemuda parti kerajaan. Dan aku sendiri mempunyai hubungan yang baik dengan menteri besar Perak ni.
Tapi aku tetap tak berminat dengan politik ape semua ni. Tak perlu la sampai nak memporak perandakan keadaan ye tak ? Taksub dan jumud sampai sesama sendiri pun nak pijak pijak. Biar je la parti parti tu memperjuangkan perjuangan diorang masing masing dengan cara yang lebih mulia.
Ni ape hal kalo kerana terlalu taksub sangat, sampai nak memperlekehkan orang lain. Nabi Muhammad SAW pun tak pernah memperlekehkan jiran Yahudi dia yang tersangat la anti kat baginda. Kita ni siapa la nak merendah rendahkan orang lain yang tak sekepala ngan kita.
Pada aku la, kita ni dah la negara kecik je. Hidup berbilang bangsa dan agama. Bukan salah nak memperjuangkan politik parti masing masing, cuma berpada pada la. Buat apa nak kutuk mengutuk camtu sampai bangsa sendiri pun dikutuk sama. Ibarat meludah ke muka sendiri pulak rasanya camtu.
Kat sekolah rendah pun dah selalu cikgu sebut, muafakat membawa berkat. Takkan tak faham faham lagi maksud muafakat tu. Jangan buat malu bangsa sendiri owh. Kalau tak suka, diam je.
Cukup la aku bangga menjadi seorang yang beragama islam. Bukan tak bangga dengan bangsa sendiri. Tapi kalo bangsa pun macam bangsat, baik diam je ye tak ? Kang kalo keluar penyataan lelebih, boleh kene masuk lokap lak.
Semalam aku tengok raja lawak 5 kat astro. Sebelum sebelum ni aku tak pernah tengok pun dan tak sekali pun mengikuti apa apa perkembangan raja lawak ni. Cuma baru baru ni je aku tak lepas setiap jumaat jam 9 malam duduk depan TV tu layan rancangan raja lawak ni.
Kadang kadang tu aku tengok takde la lawak mana pun walaupun cuba dilawakkan oleh peserta peserta yang bertanding tu. Tengok Zizan ngan Johan berceloteh tu aku rasa lagi lawak. David Teoh pun boleh tahan menggelikan hati dengan komen komen yang diberikan tu.
Tapi pada malam semalam tu, masa penyingkiran tu diumumkan aku rasa agak menjengkelkan pulak. Ntah atas sebab apa, bila nama Leman diumumkan tersingkir pada minggu ni, serta merta dia kelihatan begitu bersemangat dan gembira pulak dengan penyingkiran tu.
Kalau peserta peserta sebelum ni, semuanya berwajah sedih akibat tersingkir. Dia ni pulak seperti layak masuk top 3 je gayanya. Kenapa ? Sebab dah kehabisan idea untuk berlawak ?
Aku kesian pada penyokong penyokong dan orang orang yang mengundi dia saban minggu je. Ye la, berhabisan kredit dan duit semata mata untuk mengekalkan dia ni untuk minggu minggu mendatang. Tapi dengan reaksi yang menjengkelkan tu, apa agaknya penyokong dan pengundi dia tu rasa ye ? Ala, selama aku tengok aksi aksi yang dia persembahkan setiap minggu tu takde lawak mana pun. Dan kekadang aku pun tak faham apa maksud yang cuba dia nak sampaikan. Elok la tu dah keluar. Hehehe..
haha.. tak paham ape yg leman cube nak sampaikan. kekadang tak sanggup tengok sbb tak sanggup tengok bile org tak gelak..kesian tul..xpe2,rezeki die tempat lain la kot..huhu..
ReplyDeleteraja lawak xtgk pun sebab xrasa hati ni gembira pun tgk raja lawak 2...
ReplyDeletekalau xde program ni pun xpe....
emm pasal politik 2 mmg setuju..
semata2 nak menang parti masing2 snggup bergaduh sesama sendiri....
klo ko letak printscreen komen 2 pon membantu jugak sbnarnye.sbb aku xbaper nak grab.hu3
ReplyDeletexlayan pun raja lawak ni..macam xbest je
ReplyDeleteSaya pun tidak berapa menonton Raja Lawak dan berpendapt pengacara Raja Lawak Zizan dan Johan lagi lawaknya :-)
ReplyDeleteMungkin pusingan akhir baru saya tonton.
1. Komen yang mana weh ?
ReplyDelete2. Memang ada orang taksub dengan politik sampai jadi racist
3. Aku tak tengok pun raja lawak .
komen yg mana..?
ReplyDeletehmm..bab politik...mmg takkan sudah kalau nk diperkatakan..
adakalanya sy sndiri keliru..mana 1 betul..huhu...
aku tak layan sgt 2 2 isu yg ang kluarkan ni, heh heh~
ReplyDeletepolitik? hmmmm.. -_-
raja lawak?hmmm..aku rasa lawak dorang mcm x syok je, heh heh heh..tp ntah nape aku suke zizan,eh? haih..
hehhee
gue kurang melayan raja lawak ni..
ReplyDeleteeheheee