24 January 2011

seribu tahun lagi

  15 Komen    
label: , ,
Bersemangat tak hari ni masuk kerja ? Kalo yang masih belajar tu, camne pulak mood melangkah masuk pagar sekolah tu ? Walau apa pun mood yang ada tu, ikhlaskan la niat dari bukak mata dari tidur lena malam tadi. Keluar rumah nak ke pejabat atau ke tempat kerja atau pusat menuntut ilmu, berniatlah kerana Allah. Baru la setiap langkah tu didoakan seluruh para malaikat dan makhluk lain yang bertebaran di muka bumi ni. 

Bila nak bercakap pasal ikhlas ni, bukan satu perkara yang mudah. Mungkin seawal buka mata tu kita boleh berniat ikhlas untuk memulakan hari. Keluar je dari rumah, terpaksa pulak menempuh kesesakan lalu lintas. Hati dah mula panas, terasa bengang dalam jiwa dan terasa tersangat menyusahkan nak pergi kerja dalam keadaan camni. 


Dah puas memaki hamun dalam hati, akhirnya sampai jugak ke tempat kerja walaupun hati rasa renyuk. Tu belum lagi duduk menghadap kerja yang tiba tiba diberi melambak lambak macam tak menyempat nak disiapkan.


Abis hilang segala niat ikhlas tadi tu. Siapkan kerja pun paksa rela je. Tambah pulak dengan tekanan kerja yang ada tu, rasa nak berhenti kerja pun ada. 

Dalam surah ke 67, Al Mulk ayat ke 15 di juzuk ke 29 pada mukasurat 563, Allah berfirman dengan maksudnya, 
"Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu, mudah digunakan, maka berjalanlah di merata rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan (ingatlah) kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula, (maka hargailah nikmat Nya dan takutilah kemurkaan Nya)"

Bila dihayati pengertian ayat Quran kat atas ni, haruskah kita menjadikan diri kita sebagai makhluk yang sombong ? Mungkin kita terlupa dari mana punca rezeki yang kita tuai setiap hari. Kita berbangga berjawatan besar dengan pendapatan mewah sehingga terlupa mengucap syukur kepada Nya. Jauh sekali tunduk sujud mengakui kelemahan kita sebagai hamba. 


Keikhlasan dalam berkerja kerana Allah mungkin lansung tidak terfikir. Apa yang ada dalam minda cuma bagaimana untuk meningkatkan kemewahan agar dapat menandingi orang lain. Lupakah kita ketika kecil kita diajar menghafal bait bait iftitah 
"Sesungguhnya solatku, segala perbuatan ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah, tuhan seluruh alam"
Betulkan niat, ikhlaskan hati. Mudah mudahan segala perbuatan yang kita lakukan tak kira apa pun ianya mendatangkan pahala dan dirahmati Allah. 

Kita mungkin pernah mendengar ungkapan "Berkerjalah kamu seolah olah kamu akan hidup seribu tahun lagi, dan beribadatlah seolah olah kamu akan mati pada esok hari". Mungkin ada yang tersilap tafsir ungkapan ni dengan maksud supaya berkerja gigih mengumpul hasil dari pekerjaan tu. 

Bukan tak boleh nak berkerja gigih. Tu memang dituntut. Tapi sebagai peringatan, ungkapan tu bermaksud memberitahu bahawa kerja yang kita buat sehari hari tidaklah sepenting ibadah kepada Allah kerana kita mungkin boleh mengumpul hasil kerja selama mana yang kita mahu tapi adakah kita mampu untuk mengumpul hasil ibadah dalam masa sesingkat mungkin.

Apa pun, jadikan la kerjaya kita tu sebagai satu dari ibadah. Niat kerana Allah. Ikhlaskan hati, jangan lupa sibukkan diri untuk mengingati Nya di kala kesibukan melayan kerja.
   
 



Related Posts:

  • jika kamu bersyukur ...Salam hari jumaat yang mulia buat semua rakan pembaca. Semoga di hari yang digelar penghulu segala hari ni kita memperbanyakkan amal baik dengan penuh… Read More
  • bazirAssalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat yang mulia diucapkan buat semua rakan pengunjung. Semoga di hari yang bahagia ni semuanya ber… Read More
  • infaq jariahSalam jumaat buat rakan pengunjung dan pembaca sekelian. Hari ni lewat sikit update entri sebab pagi tadi aku bawak wifey pergi ke klinik. Memang menc… Read More
  • tahniah....anda terpilih Salam isnin buat semua pembaca. Hari ni bersamaan 14 Februari agak kontroversi sikit gamaknya. Kononnya hari ni adalah hari untuk memperingati kekasi… Read More
  • mesej dalam laguSelamat hari selasa dan salam maulidurrasul buat semua rakan rakan pembaca yang dihormati. Kalau semalam agak panas dengan isu sambutan hari valentine… Read More

15 comments:

  1. kesimpulannya..
    semuanya bermula dgn niat..
    eheheee

    ReplyDelete
  2. mie :

    yup..dalam hadis 40 pun ada bagitau "setiap amal / pekerjaan bermula dengan niat"..

    kalo niat baik, pahala la..kalo niat tak baik, pepaham je la..hehehe

    ReplyDelete
  3. hee.lecturer alin punya dedikasi utk klas die,die gerak dr rumah pukul 7,padahal klas pukul 10.anak2 murid die slamber masuk lambat.caner?huhuh

    ReplyDelete
  4. taman dlm hati

    buat kerana Allah

    nescaya kita mendpt keberkatan...

    sebelum buat kerja baa doa

    lagi akan bertambah


    F
    U
    U
    U
    Y
    O
    O
    O

    =_=

    ReplyDelete
  5. pokok pangkal niat + keikhlasan hati...

    akn cuba memperbaiki diri lagi...thnks utk perkongsian ni.. ;)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    NATURE CALLS

    ReplyDelete
  6. aleen aiden :

    hehehe..anak2 murid kene la mencontohi guru tu..adab dalam belajar, murid yang kene tunggu guru tau..kalo tak susah la nak dapat keberkatan dalam belajar..

    ReplyDelete
  7. mr.syazwan :

    betul tu..mulakan apa pun dengan menyebut nama Nya pasti akan mendapat keberkatan..

    ReplyDelete
  8. nabilah_2908 :

    masa yang meninggalkan kita tak mungkin dapat lagi kita nak kembalikan..sentiasa la memperbaiki diri agar kita jadi manusia yang terbaik dalam dunia ni seterusnya kat akhirat sana nanti..

    ReplyDelete
  9. insyaallah kalau niat betul, Allah akan permudahkan apa yang kita hajatkan

    ReplyDelete
  10. Masa belajar dahulu selalu pensyarah berpesan mengenai pasang niat sebelum keluar rumah supaya dapat ketetapan hati apa yang hendak direncanakan hari tersebut

    ReplyDelete
  11. innama akmalul binniat...fainnam kuliamrima nawa...
    hehe

    ReplyDelete
  12. Fitrihadi.com :

    bukan dipermudahkan je, pahala pun melambak dapat..

    ReplyDelete
  13. akubiomed :

    kalo tak berniat dulu, tu yang jadi tak ketahuan ape nak dibuat..

    ReplyDelete
  14. E.d.Y :

    amboi..siap cakap arab lagi tu..hehe

    ReplyDelete