25 January 2011

budak kampung

  29 Komen    
label: 
Kampung korang kat mane ? Apa ada kat kampung korang ? Kalau masa sekolah rendah dulu bila cikgu suruh lukis gambar permandangan kampung mesti lukis gambar latar tu ada gunung, pehtu ada rumah bertiang, pokok kelapa, sawah padi, matahari baru nak keluar, dan macam macam la lagi.


Kampung aku pun ala ala macam dalam gambar ni la jugak. Cuma bab gunung tu takde la sampai nampak dekat camtu. Masa aku nak masuk darjah dua, keluarga aku berpindah ke negeri Perak dan terus menetap kat sini. Lagipun sedara mara ramai kat kampung ni. Rumah nenek aku pun dekat je.

Kawasan kampung aku ni berlatarkan sawah padi. Kalo zaman aku budak budak dulu memang seronok berabis. Masa dulu tu padi dituai setahun sekali je tak macam sekarang ni dua kali setahun. 


Waktu tu memang guna tenaga kudrat yang ada je. Disebabkan sawah pun berjiran, biasanya pemilik kejiranan sawah ni akan bergotong royong la untuk menuai padi tu. Meriah macam ada pesta je kalo tengok. Tapi sekarang ni dah takde lagi permandangan camtu kat kampung aku sebab dah guna teknoloji moden. Dah pakai mesin padi lak.


Aku ingat lagi kalo lepas je musim menuai ni biasanya sawah tu akan dibiarkan kering sementara menunggu sawah yang lain habis dituai semuanya. Waktu tu kalo nak tengok kampung berasap memang sesuai sangat la sebab masa lepas dah dituai padi tu segala sisa tunggul dan pokok padi tu akan dibakar sekaligus boleh mematikan rumpai rumpai yang ada.

Kalo budak macam aku ni ape yang seronoknya bila tiba musim menuai ni ? Maklum saje la kalo dulu biasanya musim menuai ni akan berakhir hampir hujung tahun. Cuti sekolah la tu. Aktivitinya memang banyak tul.


Tokei kedai yang ada jual menda ni mesti seronok berabis. Dari pagi bawak ke petang melayan guli je. Siap buat koleksi lagi tu. Poket seluar kalo tak kembung dengan guli ni memang tak sah la. Kadang tu sampai londeh seluar sebab dah terlampau banyak sangat gulinya. 

Bila dah penuh tong milo dengan koleksi guli kemenangan sampai dah bersepah sepah kat rumah, mesti mak marah ye tak ? Oleh kerana tu, terpaksa la bertukar aktiviti lain lak. Kalo aktiviti yang ni bukan mak aku yang marah, tapi nenek aku lak yang marah.


Apesal lak nenek aku nak marah main gasing ni ? Hahaha..mane tak nye, abis pokok jambu batu dia kene tebang sebab nak buat gasing sendiri. Tak main la gi beli kat kedai. Kalo buat sendiri dah semestinya berkualiti. Pakcik aku la yang mengajar semua ni. Tapi memang seronok kalo dapat kasik gasing kawan lain sorompeh atau sampai tebelah dua. Hahaha..siapa suruh main guna gasing beli. 


Bila kat sawah tu dah abis aktiviti bakar membakar, tukar pulak permainan lain. Budak kampung mane ada duit banyak nak beli layang layang plastik kat kedai, jadi kalo nak main layang layang kene mintak duit kat mak pehtu beli kertas kajang banyak banyak. 

Semuanya buat sendiri. Masa tu pakcik aku ngan kawan kawan dia layan buat wau, aku pulak sebab budak lagi dan kepakaran tak berapa nak baligh buat layang layang empat segi tu je la. Pernah aku buat layang layang tu sebesar pintu rumah. Memang dasat tul. Tali dia pun nak kene guna tali nilon buat pukat tu. 

Satu lagi aktiviti lepas menuai padi yang aku paling suka, menggagau ikan kat dalam parit atau kolam tengah sawah. Budak mane yang tak suka nak main lumpur ye tak ? Masa ni mak nak marah pun tak boleh sebab nenek aku pun join sekali.



Prosesnya nak kene menimba dulu air tu bagi agak kering pehtu baru la seluk sana sini. Macam macam ikan ada. Haruan, keli, puyu, sepat. Segar bugar je semuanya. Ikan haruan yang saiz sebesar betis orang dewasa pun ada. Tapi sekarang ni susah dah nak dapat, kalo ada pun dari kolam yang orang bela je.

Bila dah nak tiba musim membajak sawah, air pun dah masuk balik sikit sikit. Masa ni kalo nampak aku ngan kawan kawan aku tertonggeng tonggeng kat atas batas sawah kat tepi parit sebelah rumah tu jangan pelik lak. 


Buat ape tu ? Hehehe..pancing belut la. Walaupun aku bukan peminat belut sangat, tapi aku suka betul nak memancing belut ni. Kalo dapat yang bapak belut tu lagi best sebab masa tu la nak beradu tenaga dengan belut. Bukan senang nak tarik dia keluar dari lubang dia tu. Silap aribulan, mata kail pun boleh jadi lurus. 

Tapi tu semua masa zaman aku budak budak dulu la. Sekarang ni aku dah tak nampak ada budak budak buat aktiviti yang aku buat satu masa dulu. Sawah padi pun dah tak macam dulu. Segalanya ekspres. Sebelah tu baru nak tuai, sebelah ni dah kene bajak. Nak memancing kat parit pun dah takde ikan. Nak tengok layang layang pun takde. Guli pun dah takde jual kat kedai. Gasing pun yang plastik punya. 

Kat kampung korang camne pulak ? Dah hilang jugak ke kemeriahan yang ada satu masa dulu ? Atau masih lagi tak hilang serinya.





29 comments:

  1. same la, klau lukis kg mesti ad gunung ngn sawah padi walaupun kg aku xde sume 2.....

    ReplyDelete
  2. gue kalo gi sawah..
    suka cari ikan sepat..
    ehehheeee

    ReplyDelete
  3. sy tk merasa la main kt sawah macam tu...huhu...

    bab sawah di bakar..kat Melaka ni..masih ada yg amalkan...masa sy sekolah dulu pun...nk ke sekolah lalu tepi sawah..tp jalan dh siap tar la...kete pun selamat bila berselisih.. ;)

    sempt juga menyaksikan upacara membakar sawah..sampai x nmpk jalan...tiba kt rumah...baju sekolah hapak bau asap...(^_^)

    tp kalau buat layang2 tu selalu juga...lepas tu bawa kt padang..main..kdg2 kt dpn rumah jadi gak... ;)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    SI PENGGEMAR NASI GORENG

    ReplyDelete
  4. ieMa ackLes :

    maknanya minda kanak kanak memang camtu kot..hehehe

    ReplyDelete
  5. mie :

    ikan sepat ? kalo yang kecik kecik tu jemur buat ikan sepat masin perghh..makan tak hingat punya..

    ReplyDelete
  6. Ati Masrif :

    salam kak..harap bersabar ye..

    ReplyDelete
  7. nabilah_2908 :

    syiok giler owh main dalam sawah ni..

    ReplyDelete
  8. Adem and Cats :

    kalo dua dua takde, Adem berada kat mane ? hehehe

    ReplyDelete
  9. best ekk masa kekecik .. seronok tak hengat

    ReplyDelete
  10. hehehehee...teringat zaman muda-muda maen guli....sape kalah guli kena rampas....hehehee....
    kalau wau pulak...snggup menangis nak pergi pantai sbb nak maen wau...kenangan-kenangan...

    ReplyDelete
  11. Jijahh @ f.k :

    kadang kadang dah besor ni teringin lagi nak main cam masa bebudak dulu..tapi kang ape lak orang cakap..hehehe

    ReplyDelete
  12. wan xde kampung kat area2 sawah

    best gile kot kg dekat sawah

    leh la nnt tumpang tido uma ye

    =_=

    ReplyDelete
  13. Farhan Zulhusmi :

    sekarang ni nak nampak bebudak main guli pun dah takde..

    ReplyDelete
  14. mr.syazwan :

    kalo dulu best la..sekarang ni dah tak berapa nak best..tak banyak aktiviti leh buat..

    ReplyDelete
  15. belut tu licin2 ek? susah tak nak pegang??

    ReplyDelete
  16. aku xlukis sawah padi sbb xde sawah padi kat kampung aku..huhu


    tiba2 rindu kampung

    ReplyDelete
  17. aku rasa umur ko mesti 25 keatas

    ReplyDelete
  18. kau dok perak area mane? kampung belah arwah abah aku pon kat perak, tp jarang balik..hee
    btw, ms aku kecik selalu je lukis gunung/bukit cenggitu ghupe then MESTI ada matahari kat belakang, then MESTI ada sawah padi!
    haha!

    ReplyDelete
  19. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Kajang Pak Malau kajang berlipat,
    Kajang hamba mengkuang layu,
    Dagang Pak Malau dagang bertempat,
    Dagang hamba Tumpang lalu

    mesti lahhh aku masa time kecik dulu suka main parit cari ikan puyu

    ReplyDelete
  20. AesyaZealous :

    yup..belut memang licin..kalo nak pegang kene genggam kuat kuat kalo tak pun cekup dengan daun daun ke ape ke yang kering2..

    ReplyDelete
  21. touya :

    hahaha..memang ke atas pun..awal 30-an dah..

    ReplyDelete
  22. h A n Y S :

    kampung aku kat Sg Manik, Teluk Intan..sekampung ke kita ?

    ReplyDelete
  23. Afzainizam :

    kalo dulu nak cari ikan puyu gemuk2 banyak je..sekarang ni dah terbantut lak ikan puyunya..aku suka pancing je ikan puyu ni..sebab dia ganas kalo dah makan umpan tu..

    ReplyDelete
  24. Seronok dilahirkan dikampung berbanding dilahirkan di bandar berpeluang balik kampung pada cuti sekolah dan sambutan perayaan.

    Apa yang perhatikan anak-anak kampung lebih ketahanan dari anak-anak bandar

    ReplyDelete