26 January 2011

jangan usik teloq aku !!

Apa yang marah sangat tu ? Siapa yang usik ? Apehal ni ? 


Pagi semalam masa tengah buat kerja, sambil tu telinga aku dok mendengar topik yang dibincangkan kat radio. Al kisahnya tentang keharusan mengambil tahu perihal orang lain atau menjaga tepi kain orang.

Macam mane kejiranan korang ? Saling bertegur sapa atau masing masing buat hal sendiri ? Kalo kat kejiranan aku, biasa biasa saje. Tegur menegur tu bila bersua muka. Borak sikit sikit dengan jiran sebelah rumah.

Bila hidup dan tinggal dalam masyarakat, mesti la nak kene menjaga tatasusila kejiranan tul tak ? Mane boleh nak menyendiri je. Kalo nak menyendiri je baik duduk dalam hutan, tak pun duduk kat planet lain.

Aku ingat lagi masa masih bersekolah dan duduk di kampung. Boleh kata satu kampung tu kenal aku ni anak siapa. Kadang kadang aku pun tak kenal diorang. Sampaikan kalo aku menjadi agresif nakal ngan kawan kawan aku pun mesti mak bapak aku leh tau. 

Bukan tu je, kekadang tu siap tegur lak. Bagi nasihat supaya jangan buat itu ini yang nakal, suruh pegi balik rumah sebab dah nak magrib la, kalo yang ganas sikit siap ugut nak bagitau kat mak bapak aku lagi tu padahal aku tak kenal pun siapa diorang tu.


Tapi bila dah dewasa ni baru aku tau hikmahnya apa lagi bila merenung keadaan masyarakat sekeliling sekarang ni. Aku ni suka meronda bila berpeluang. Ronda ngan wifey dan anak aku tu. Sambil tu tengok tengok la apa yang boleh ditengok. 

Mungkin bezanya, waktu aku budak dulu aku membesar kat kampung. Pergaulan masa budak budak dulu pun agak terbatas. Tapi sekarang ni aku tengok pergaulan tu dah macam takde batas lansung. Sampai ke tengah malam pun masih lagi boleh bercampur gaul mengekek depan rumah. Ya, depan rumah. Mak bapak diorang tak marah ke ?

Tu belum lagi kalo ada jiran yang menjengkelkan. Aku bukan nak memburukkan jiran lak tapi sepatutnya sebagai jiran kene la tak mementingkan diri sendiri ye tak ? Ade ke patut dikumpulnya sampah untuk dibuang kat pagar belakang rumah aku. Alasannya kalo letak kat depan rumah dia nanti diselongkar anjing. Kalo letak kat luar pintu belakang rumah dia pulak nanti takut semut.


Abis tu rumah aku ape ? Tempat pembuangan / pengumpulan sampah. Walaupun aku jarang menggunakan ruangan belakang rumah aku tu, tapi tetap berdekatan kawasan aku gak. Kenapa mesti bersikap pentingkan diri sendiri ? 

Macam macam perihal kejiranan ni kalo nak diperkatakan. Tambah lak kalo cam aku ni hidup dalam kejiranan majmuk. Lagi la macam macam perlu dijaga. Bukan bila menegur tu maknanya kita nak menyebok. Adab sesama jiran perlu la dipelihara. Kadang tu nak sedekah senyum pun susah. Tapi kalo jiran tu awek atau pakwe kacak, sengih sampai belakang kepala pun sanggup.

Camne pun, ingat la selalu. Bila hidup dalam kejiranan, kene la saling hormat menghormati dan jaga tatasusila. Perbaiki perhubungan. Kalo nampak kemungkaran tu, tegur la dengan berhikmah. Kalo ditegur tu, jangan la membenci pulak. 

Kat sini aku nak berkongsi doa untuk mengeratkan perhubungan ngan pembaca semua. Bukan je perhubungan sesama jiran, malah boleh juga untuk apa apa perhubungan pun. Kecuali la kalo perhubungan internet tidak berbayar tu terputus, jangan pulak baca doa ni mintak agar dapat disambungkan semula. Dah tentu kompom penyalahgunaan doa namanya tu. Amalkan la, insyaAllah mendapat keberkatan dari Allah.







27 comments:

  1. wow!!
    tajuk xleh blah..
    tapi gue suka doa ni..
    ehehee

    ReplyDelete
  2. homaigod,mane dapat gambar penuh dgn panties 2...hu3

    ReplyDelete
  3. ada jugaaak manusia sidai ehem2 tu mcm tu. haiyaa. yeah, marilah kita mengeratkan persahabatan. :)

    ReplyDelete
  4. aku skrg duk kat rmh apartment..tapi tak kenal pon jiran sape2 kat atas, bwh, tepi semua..huhu...eh tak tepi kenal lah...btol lain suasana nyer klu kat kg...syok habis..hehe..

    eh pipoq..begedil kat Perak org panggil ape?

    ReplyDelete
  5. sy lak...dok dlm kawasan pereumahan yg 99% melayu..

    sama juga peel nya..

    renovate rumah..sampai makan kawasan org...dh siap buat..kita nak bising pun tk guna...tkkn nk suh robohkan balik..tul tak..?

    budak2 lepak tu pun selalu..org2 lalu lalang pergi balik masjid..langsung mereka tak hiraukan...sikit pun xde rasa malu..padahal..time tu tgh bergema azan..

    pernh ada org tegur..tp mak bapak dia marah balik...

    payah...payah....



    jom ke APA KATA HATI pulak,
    SAYANGI PEMBACA ANDA

    ReplyDelete
  6. mak aii..pipoq
    pic jemur seluar kecik tu
    kat rmh hang ka?
    maluuuu...

    kejiranan kak ati ok
    yg tak ok..yg menyewa ni
    samalah bab sampah tak mau
    bersihkan..haru bau busuk segala..

    ReplyDelete
  7. cantik sotong2 itu

    haha

    ada gak jiran maki2 pembantu rumahnya

    sampai family pun leh dgr

    bukan maki sikit

    maki mmg tahap cipan

    dahsyat jiran sekarang kan

    ReplyDelete
  8. mie :

    boleh diamalkan selalu tu..kongsikan pun boleh jugak..

    ReplyDelete
  9. aleen aiden :

    hehehe..ko nak satu ke ?

    ReplyDelete
  10. asybedazzle :

    tu la kalo mementingkan diri je..malu pun hilang

    ReplyDelete
  11. man yusoef :

    bagedil gak kot..tapi aku pernah dengar orang sebut pagedil..

    ReplyDelete
  12. nabilah_2908 :

    tu la masalahnya..tegur kang kata kita menyebok lak..tak tegur kata kita sombong

    ReplyDelete
  13. Ati Masrif :

    sama la..kalo yang penyewa, sampah tak hingat punya

    ReplyDelete
  14. mr.syazwan :

    tu la..dah macam diorang je yang duduk kat situ sorang sorang..

    ReplyDelete
  15. zaman dah berubah..dulu masa anak2 kita main kat halaman rumah..main ramai2 tp skrg main ps2 dlm umah sorg2...
    p/s:gambar last tu kt mana tu???show gitu je erk huhu

    ReplyDelete
  16. betul tu bro
    den pun kadang2 tgok budak2 yang dalam darjah 6 sampai Form 3 pun boleh ramai2 lepak dekat kedai makan
    rasa cam pelik juga
    sebab kalau den jangan harap lah waktu2 malam boleh lepak2 macam tu masa dulu2

    yups
    konsep kejiranan tu ramai lagi orang Malaysia tak tahu atau tak cuba amalkan
    tu yang selalu kita tgok berlaku kes macam pengalaman bro sendiri tu
    diorang lebih pentingkan diri diorang jer

    Vote Hans Bernombor 10 Diruangan Komen

    ReplyDelete
  17. susah jugak ada jiran yang mementingkan diri sendiri kan

    ReplyDelete
  18. Zaman sekarang susah hendak dibandingkan dengan kampung dan bandar kerana anak-anak muda mempunyai perangai yang hampir sama.

    Kalau dibandar merempit dan dikampung pun ada merempit juga.

    Kalau dibandar anak-anak muda bandar bersidai dikawasan masuk perumahan dan anak-anak muda kampung pun bersidai di pintu masuk kampung

    Sudah tidak banyak beza

    ReplyDelete
  19. habis cuci mata sume blogger..huhu

    ReplyDelete
  20. suri solehah :

    zaman tetap akan berubah..tapi tak semestinya kita pun kene berubah sama sampai meninggalkan adat sopan dan tatasusila..

    hehehe..dasat kan pic last tu..pentingkan diri sendiri atau sengaja nak menggoda ?

    ReplyDelete
  21. hans :

    jangan kata kat bandar je, kat kampung sekarang ni pun macam mak bapak tak amik peduli tentang anak anak diorang..tu sebab masalah sosial makin menjadi jadi kot..

    ReplyDelete
  22. E.d.Y :

    harap harap kita tak tergolong dalam golongan yang mementingkan diri tu je la..

    ReplyDelete
  23. akubiomed :

    betul tu bro..mungkin kerana sikap parents yang semakin tak ambil peduli membuatkan bebudak sekarang jadi camtu...

    ReplyDelete
  24. ieMa ackLes :

    hahaha..bersih dah ke mata tu ?

    ReplyDelete
  25. kadang2 klu di pk kan susah jgk kan hidup berjiran kdg2 kala kita perlu jgk ambik tahu kang x ambk tahu kita nye sombong ambik tahu plk kang dia ckp buzy body..susah2

    ReplyDelete
  26. eja :

    kalo nak senang, bersederhana je la..
    maksudnya tidak terlalu mengambil berat dan tidak pula terlalu tak amik kesah lansung..

    ReplyDelete