Aku ni seorang yang tersangat la jarang nak membaca akhbar tak kira la secara online atau membeli di kedai. Selalunya aku cuma membaca akhbar kalau akhbar tu ada di depan mata. Terasa macam jauh ketinggalan pulak dalam mengikuti arus perkembangan semasa.
Dan secara kebetulan jugak beberapa hari lepas aku terbaca satu akhbar tabliod tempatan yang dah berlalu dua tiga hari kat rumah DSZ. Kira dah macam cerita hampir basi la jugak. Sambil membelek helaian demi helaian, aku tertarik pada satu berita utama di bahagian hiburan tentang seorang artis ni yang mendapat satu tawaran untuk berlakon di bumi Mekah.
Apa yang menarik sangat ? Aku tertarik pada kata kata pelakon tu yang mengatakan tentang kesediaan diri beliau untuk memakai tudung suatu hari kelak. Katanya niat tu dah ada cuma tunggu masa menentukan.
Aku tak nak la mengulas pasal artis ni, tapi secara umumnya berapa ramai antara kita yang masih dalam penantian untuk berubah ke arah yang lebih baik dan menghampiri taqwa ?
Dalam Al Quran juzuk ke 13 mukasurat 250 petikan ayat ke 11 dari surah yang ke 13, Ar-Ra'd yang bermaksud,
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri"
Jelas dari pengertian kalam Allah ni bahawa untuk berubah itu perlu datang dari dalam diri kita sendiri dan bukannya perlu menunggu saat tibanya rasa nak berubah.
Kalau nak menunggu pun, adakah kita yakin sempat untuk kita mengubah diri kita tu ? Kita ni bukan la sehebat nabi Musa yang boleh selamba menempeleng malaikat maut tu tatkala datang untuk mencabut nyawa dia.
Kalau ada niat baik untuk berubah dan merubah diri tu, bersegeralah. Jangan ditangguh lama lama. Tak perlu menunggu datangnya hidayah dari Allah sebab hidayah dari Allah tu dah lama datang. Rujuk saja pada mukjizat agung yang diwariskan pada kita dan pada sabda Nabi junjungan kita tu.
Biarlah kita menerima pandangan sinis atau kutukan kerana perubahan yang kita lakukan kerana bila di sana kelak, tiada siapa pun yang dapat untuk membantu kita kecuali amalan dan tingkah hidup kita di dunia yang fana ni. Semoga kita semua mendapat manfaat dan dirahmati Allah dari apa jua yang kita lakukan.
*****************************
Dikesempatan yang ada ni aku nak buat sikit promosi bagi sesiapa yang berminat untuk beramal dengan membeli lot wakaf tanah berharga RM30 untuk satu lot bagi membangunkan sebuah perkampungan ilmu bertempat di Taman Meru, Ipoh.
Untuk keterangan lanjut dan maklumat lanjut, korang boleh la melayari blog Pusat Motivasi At Taqwa.
yup.. stuju sgt2 ngan entri ni.
ReplyDeleteHidayah akn dtg bila seseorng mnusia tu brsungguh2 utk mnggapai taufiq yg di anugerahkn..
Bila trase jer nk brubah.. grab trus!!
tanx krn brkongsi..^_^
fuh!!
ReplyDeletegue pun jarang baca paper..
ehheheee
salam pipoq,
ReplyDeletenk tanya sikit rmah DSZ tu apa?
mmg ramai yg kata niat je..
tp tak berubah2 pun..hairan kan
sama2lah kita berubah kearah kebaikan!
slalu jugak berniat nak mengubah diri kpd yg lebih baek 2,tp effort slalunya mesti sekerat jalan je.huhuh
ReplyDeleteHafriz el-Muhammady :
ReplyDeletepokok pangkalnya ada dalam diri sendiri..bak kata orang, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih..
semoga perkongsian ni bermanfaat untuk kita semua..
mie :
ReplyDeletehehehe..bis tu ko baca ape ?
Ati Masrif :
ReplyDeleteDSZ tu Datuk Seri Zambry..MB perak..
saya ngajo anak dia tution..
camtu la manusia ni..kalo dalam hati tu masih bersisa kotoran dunia memang susah nak berubah..kecuali bagi yang betul betul bertekad..
aleen aiden :
ReplyDeletenak berubah ke arah kebaikan ni memang bukan sikit harga yang nak kene bayar..bersungguh + istiqomah tu aset penting dalam merubah diri..
memang ada setengah human yang konon-kononnya cakap tak dapat hidayah lagi bila buat maksiat
ReplyDeleteperubahan yg membawa kebaikan amat2
ReplyDeletedi harapkan
tpi biarlah dia ikhlas tkt nnt mnjd 1 peyeksaan dan tidak mendapat keberkatan tul ke??
huhu
usalha bertangguh dalam membuat satu2 perkara(ke arah kebaikkan)..
ReplyDeletetak perlu bnyk alasan... :)
peringatan tuk sy juga.. ;)
jom ke APA KATA HATI pulak,
AYAT 1000 DINAR
touya :
ReplyDeletetu cuma alasan semata mata..padahal hidayah tu sejak dari penciptaan nabi Adam lagi dah diberikan..
mr.syazwan :
ReplyDeletejika untuk berubah ke arah kebaikan tak perlu menunggu datang ikhlas atau apa pun..takut pada Yang Esa lebih utama dari takut pada makhluk..
nabilah_2908 :
ReplyDeletealasan yang banyak tu la menjadikan kita sentiasa berlengah..selalunya alasan tu datang dari bisikan syaitan la..
pokok pangkal hati. ye tak?
ReplyDeletebighagenjo :
ReplyDeleteya..hati mesti mau yakin ikhlas
benda yg elok baik kite dahulukan.
ReplyDeletetak baik lengah2kan. takkan bila da tua baru nak brubah.. ;)
info yang bagus untuk kita saling ingat mengingati..thanks yer..:)
ReplyDelete♥cik cahya♥ :
ReplyDeletetu pun kalo sempat tua la..hehehe
LiFe KaMi :
ReplyDeletesama sama la kita pesan berpesan ke arah kebaikan..
michael kors bags
ReplyDeleteadidas yeezy uk
ray ban wayfarer sunglasses
polo ralph lauren outlet
adidas yeezy boost
longchamp handbags
coach outlet online
tory burch outlet online
nike roshe run shoes
louboutin pas cher
20172.27chenjinyan
ralph lauren polo shirts
ReplyDeletemichael kors
nike jordan shoes
michael kors outlet
kate spade sale
coach factory online
nike roshe run
air force 1 shoes
instyler curling iron
ray ban eyeglasses
hzx20170311
air max
ReplyDeletelinks of london
hermes belts for men
fitflops
chrome hearts online
air force 1
jordan shoes
michael kors outlet online
fitflops
yeezys
nike hyperdunk
ReplyDeletekate spade handbags
kobe shoes
longchamp
michael kors outlet store
russell westbrook shoes
balenciaga sneakers
adidas superstar
huarache shoes
longchamp