29 January 2011

ayam goreng berempah

  10 Komen    
label: 
Kalau tengok pada tajuk entri ni macam biasa je kan. Memang biasa pun. Tapi walaupun biasa, mungkin ada yang luar biasa dalam kebiasaan tu. Eh, berapa banyak perkataan biasa daa.

Aku ingat lagi masa aku berkerja dengan satu syarikat katering kat Ipoh ni. Biasanya bila ada tempahan je salah satu menu wajib mesti ada ayam goreng berempah ni. Aku pun tak tau la kenapa orang suka sangat ngan ayam. Sampaikan kekadang tu aku punya tangan pun melekat ngan bau rempah tu dua tiga hari baru nak hilang.

Tapi seronok jugak la sebab aku ni suka nak menokok tambah. Dari resipi asal yang cam biasa, abis aku edit jadi sesuka hati aku je. Nak kata sedap sangat tak la jugak. Tetap rasa macam ayam goreng berempah. Hehehe..

Biasanya bila ada tempahan untuk ayam goreng berempah ni aku akan beli ayam bersaiz sederhana yang tak terlalu gemuk atau kurus sangat, pehtu di potong 16 bahagian seekor. Maknanya tak terlalu besar dan tak jadi terlalu kecik.


Lepas ayam tu dicuci bersih, toskan airnya supaya mudah untuk digaul dengan rempah tu nanti. Untuk bahan rempah tu aku guna bahan bahan biasa je. Takde resipi rahsia pun. Biasanya aku guna serbuk kari babas, serbuk cili babas, sos tiram, cili kering yang dikisar kering, jintan manis, jintan putih, bawang merah sikit, bawang putih sikit, halia sikit, serai sikit, ketumbar sikit dan garam secukup rasa.


Rahsia ayam goreng berempah ni ialah pada bahan bahan dia tu je. Biasanya orang akan kisar sampai halus kekonon nak bagi terserap dalam ayam tu. Kalo buat camtu maknanya tersilap la tu. Selain dari serbuk kari, serbuk cili, sos tiram ngan garam tu, korang kisar je bahan bahan tu jangan terlalu halus. Biar nampak kasar je kisaran tu.

Lepas dah siap mengisar, boleh la digaulkan sebati dengan ayam tu tadi. Masuk je semua bahan tu sambil tangan diramas ramaskan ke setiap penjuru tubuh ayam yang pasrah tu. Rasa la sikit, kalo tak cukup masin tambahkan je sikit garam. Dah sebati semua tu nak kasik ibu jari naik ke atas, perapkan sekurang kurangnya 3 ke 4 jam. Kalo aku dulu, hampir 24 jam aku perap dalam cold room. Hehehe..

Seterusnya untuk menggoreng, pastikan korang menggoreng dengan minyak yang banyak. Maknanya bila menggoreng tu ayam tu akan tenggelam la. Sebelum ayam tu tadi digoreng, biasanya aku akan gaul lagi sekali dan kali ni dengan daun kari, tepung gandum dan telur ayam. Baru la ala ala bersalut sikit.


Panaskan minyak dulu, pehtu sebelum dimasukkan ayam tu kecikkan sikit apinya biar sederhana supaya ayam tu nanti tak meloncat terkejut masak terkejut. Biar dia masak dengan tenang hati dan jiwa. Ada satu tips kalo nak cepat masak tapi takut ayam tu nanti tak cukup masak kat sebelah dalam.

Kalo korang nak menggoreng ayam tak kira la ayam apa pun, kekadang suri rumah ni nak cepat sebab baru balik dari opis nak kene masak lagi, nak tengok anak lagi, suami dah kehijauan sebab lambat sangat tunggu nak makan. Caranya ialah dengan memasukkan sedikit air perahan limau nipis dalam minyak masak tu. InsyaAllah ayam yang digoreng tu mudah digoreng, masak hingga ke bahagian dalam dan boleh menjadi lebih garing. Tapi berhati hati ye, minyak panas kalo dimasukkan air memang minyak tu akan marah. Hehehe..

Okay, bila ayam tadi tu dah siap digaulkan dengan segala bahan yang ada tu boleh la mula digoreng. Pastikan ayam tu tenggelam. Kalo korang ada periuk goreng tekanan tu lagi syok. Api jangan besar sangat ye, kang hangus lak.

Bila ayam tu dah mula 'timbul' dan kelihatan agak garing boleh la diangkat. Dah habis menggoreng tu, korang akan nampak betapa serabutnya minyak gorengan tu dengan ntah ape serdak. Tapis semua serdak tu, toskan minyaknya pehtu taburkan atas ayam tu tadi. Dan begitulah rupanya ayam goreng berempah mendapat nama.


Potongan ayam tu sebenarnya terpulang la nak potong berapa pun. Kalo suka besar, potong 10 pun boleh. Tapi cam aku ni, aku suka potong kecik je kalo ayam berempah ni. Lagipun bila potongan tu kecik, ayam akan lebih terasa rempahnya, lebih mudah menggorengnya dan risiko ayam tak cukup masak tu kurang. Maklum la, kalo katering kan nak kene masak untuk ratus ribu orang. Kalo ada seketul yang tak cukup masak pehtu kene komplen, mau gulung tikar nanti bos aku tu.

Tu je dulu untuk minggu ni. Selamat mencuba dan menjamu selera. Kalo korang rasa nak jadi lebih kreatif lagi, ikut suka hati la nak edit bahan bahan tu. Memasak ni memang kene banyak edit baru sedap.





10 comments:

  1. hrumm..belum pernh try...tp suka makan.. :)

    ada org buat..ayam goreng berempah ni keras...dh jadi tk bape best..huhu..

    boleh try.. :)

    terer la En Pipoq masak... ;)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    CONTEST LAGI

    ReplyDelete
  2. F
    U
    U
    U
    Y
    O
    O
    O
    O

    pos sini sikit

    nak tau sdp ke tak..

    =_=

    ReplyDelete
  3. salam pipoq..bagus pipoq..sudi kongsi petua..saya selalupun blend sampai halus..tak pendai gitu lah jadinya..tq ye..nanti nak kena ikut petu2 yg diberikan tuk buat ayam berempah tu

    ReplyDelete
  4. aku reti makan je...malas nak masak sendiri..haha

    ReplyDelete
  5. nabilah_2908 :

    mane de terer sangat..bakat semulajadi kot..hehehe..

    ReplyDelete
  6. mr.syazwan :

    nak pos ? tak sedap la kalo dah sejuk..

    ReplyDelete
  7. suri solehah :

    bahan bahan tu memang kene blend kasar je kak..kalo halus sangat tu yang tak jadi banyak serdak rempah tu..

    ReplyDelete
  8. E.d.Y :

    hehe..kne blaja gak bro..sok2 dah kawen kot bini mogok tak nak masak, takde la jenuh cari kedai lak..

    ReplyDelete
  9. weh, awat kau tak jadi chef ke ea?
    haha~
    btw, ayam berempah n ayam goreng tepung, 2 2 terbaik bg aku! pergh~ratah gitu je best!

    ReplyDelete
  10. h A n Y S :

    chef ? tak nak la aku..nanti chef wan gulung tikar lak..hahaha

    ReplyDelete