Apa lagi yang aku tak puas hati ni ? Semalam pasal harga ayam. Kelmarin pasal blog. Ada ada aje la aku ni. Asyik nak membebel je. Nanti orang ingat aku ni pembebel sepenuh masa lak. Hehehe..
Hari ni camne pun aku nak membebel lagi secara jujurnya berkenaan perjalanan aku merentasi blog blog blogger yang aku jenguk sepanjang hari samada blog rakan pengikut setia blog aku ni atau blog lainnya.
Dari perjalanan aku tu, selain dari masalah yang camni ada gak beberapa masalah lain yang aku sedikit berasa tekanan bila nak menghayati blog yang aku lawati tu.
Masalah yang aku rasa sebagai rakyat Malaysia yang tulin bila mencerminkan diri dan kewarganegaraan ialah masalah pengunaan bahasa. Aku tertarik pada luahan entri Luth Textile [dot] com berkenaan penggunaan bahasa dalam berblogging ni. Memang tak dinafikan blog persendirian cam blog aku ni terpulang la pada si empunya pemilik nak berbahasa camne pun. Tapi pernah tak kira terfikir adakah setiap pengunjung yang mengunjung blog kita tu boleh menerima apa yang kita tuliskan tu ?
Aku sebagai salah seorang antara pengunjung blog kadang kadang tu berasa amat menyampah bila terpaksa menterjemah kembali maksud perkataan yang kononnya moden kala ni. Bahasa yang selalunya aku nampak kat Facebook yang banyak digunapakai oleh kebanyakan remaja masa kini.
Kemudian lagi berkenaan entri basi yang berulat. Dah la basi dan berulat, pehtu ada hati lak tu nak mintak pengunjung mengikuti setiap perkembangan semasa blog tu. Ada ke patut camtu ? Nasihat aku, kalo rasa tak nak menyegarkan isi blog tu eloknya tutup je dan berhenti dari aktviti blogging.
Seterusnya pulak isi penulisan tu sendiri. Aku kurang menyokong isu plagiat ni. Walaupun memberikan kredit kepada pemilik asal artikel yang diplagiat tu. Biarpun ianya tentang isu terpanas, kalo sekadar tampalan dari hasil usaha orang lain baik tak payah. Ooh..menampal tu pun usaha gak ye ?
Jadi kesimpulannya sebagai seorang blogger, apa sebenarnya karakter diri kita tu ? Budak Botak pernah meletakkan entri pasal tujuan berblogging ni. Agak menarik tajuk yang diutarakan beliau. Eh, lagi lagi budak botak. Oops..jangan ingat aku ada skandel ngan dia lak.
Penutupnya, kalo ada yang terasa hati bila membaca entri aku ni aku susun sepuluh jari mohon maaf atas ketelanjuran kata kata. Bukan niat aku nak menghentam mane mane individu atau kumpulan, cuma sekadar pandangan peribadi untuk memotivasikan diri.
*Sumber gambar dari Google
caba bagi contoh sikit tntg perkataan Moden/ bahasa yg selalu nmpk kat FB..?
ReplyDeleteperktaan yang ada huruf 'w' kt belakang tu ke..?
or bahasa Manglinsh..campur BM & BI..?
jom ke APA KATA HATI pulak,
PANDANGAN ANDA DIPERLUKAN
nabilah_2908 :
ReplyDeletetak pernah jumpa ke ?
adik beradik yg camtu la..
kalo manglish tu leh terima lagi..
tapi kalo bahasa moden sekarang ni susah diterima pakai dalam dunia blogging la..
adakah perkataan moden tu macam :-
ReplyDelete"kenapew awaks shukew kacau shayew?"
kalau macam tu memang ku pun tak suka
hehehehe
P/S : Belia Benci Kuliah Minggu Pertama!
moden ke prkataan mcm tu??haha..rse meluat gak tp ntahlah..biarlh mereka..jauhi mereka tnpa perlu sakiti mereka..heheh
ReplyDeleteAda sebilangan blogger menulis seperti mereka menulis ketika sms memang masalah untuk orang yang dah berumur macam saya hendak menafsirkannya. Ha...ha..
ReplyDeleteblog2 yg macam tu kompem xkan baca punya
ReplyDeletegue rasa tau yang moden tu..
ReplyDeleteheheheee
hans :
ReplyDeletekira adik beradik penulisan camtu la..senak otak nak mentafsir maksud perkataan gitu..
TiKa LEh :
ReplyDeletehehehe..tu la pasal..nyampah gak kekadang bila nak baca penulisan bahasa camtu..
akubiomed :
ReplyDeleteserupa la kita..tak faham tul bahasa muda mudi zaman sekarang ni..
E.d.Y :
ReplyDeletekompom tak nak baca..
mie :
ReplyDeleteselalu sms guna bahasa camtu gak ek ?
ramai gak tertarik dgn bahasa moden tu...hehehe..(^_^)
ReplyDeleteberbelit lidah nk nyebutnya........
ReplyDelete