12 December 2010

surat layang untuk Shah Rukh Khan

  3 Komen    

Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia buat encik Khan. Saya doakan semoga encik Khan gembira menerima surat yang tak seberapa ni. Diharapkan jugak encik Khan tidak bermasalah untuk membaca surat ini hingga ke barisan yang terakhir di mana letaknya tandatangan saya sebab kebiasaannya saya tahu orang ramai berebut untuk mendapatkan tandatangan encik Khan tapi kiranya encik Khan amat bertuah kerana berjaya mendapatkan tandatangan saya pula.


Maaf kalo pembukaan surat ni agak panjang tetapi saya harap encik Khan tidak akan jemu untuk menatap isi kandungan surat ini hingga ayat terakhir dan tidak melayan surat saya ni sepertimana encik Khan melayan surat surat peminat encik yang lain kerana saya bukanlah peminat encik Khan jadi sebab tu surat ini begitu istimewa untuk encik Khan.


Encik Khan jangan begitu terkejut dan teruja apabila menerima surat dari saya ni sebab saya memang jarang sekali menulis surat untuk dihantar kepada orang terkenal macam encik Khan ni sebab kebiasaannya mereka yang rajin menulis dan menghantar surat kepada saya meminta saya untuk menjadi peminat mereka walaupun saya tak minat.


Tujuan saya menulis surat kepada encik Khan ni adalah untuk bersoal jawab pasal apa yang best sangat encik Khan ni sehingga isteri saya mengatakan dia suka kepada encik Khan. Saya sungguh berasa hairan kerana bila saya tengok encik Khan ni tak ubah seperti saya melihat penebar roti canai di restoran 24 jam berdekatan rumah saya.


Bukan tujuan saya untuk menghina encik Khan tetapi jikalau encik Khan tidak percaya di sini saya meletakkan bukti yang mungkin encik Khan sendiri tidak mungkin dapat untuk menerima kenyataan bahawa apa yang saya perkatakan ni adalah benar setelah saya sendiri bertanya kepada individu tersebut.



Masihkah encik Khan meragui kata kata saya ? Saya harap setelah encik Khan selesai menghabiskan pembacaan surat saya ni janganlah pula encik Khan berniat untuk mendaftarkan diri ke rumah penjagaan sosial. Encik Khan amat di alu alukan untuk menyertai pasukan penebar roti canai di cawangan restoran 24 jam yang tumbuh bak cendawan di negara saya ni. Bolehlah encik Khan menambahkan pendapatan kasar negara saya dengan cara itu. 


Akhir sekali saya ingin menyatakan di sini bahawa saya bukanlah peminat encik Khan dan bukan juga penidakminat encik Khan. Cuma saya berasa tertekan kerana isteri saya menyukai encik Khan sehingga dia tidak mampu untuk menutup mulutnya apabila menonton rancangan yang disertai oleh encik Khan. Saya cuma risau jika satu hari nanti mulut isteri saya tidak mampu nak ditutup lagi jika berterusan melihat encik Khan ni. Lihat saja buktinya yang sempat saya rakamkan aksi beliau ketika melihatkan encik Khan di kaca TV.






Sekian dari saya yang menyayangi isteri saya.


Yang benar, 


[surat ini adalah cetakan elektronik dan tidak memerlukan tandatangan]



3 comments: