13 December 2010

pencuri itu adalah aku ?

  14 Komen    

Dari hari ke hari yang lain berganti minggu pehtu bertukar bulan dan tak lama lagi dah bersalin tahun lak, pernah tak walau seminit kita mengmuhasabah diri sendiri ? 

Kekadang aku terpikir gak dalam arus kemodenan yang semakin meningkat dari segi komunikasi ni camne kedudukan kita agaknya. Ye la, kalo sepuluh tahun dulu penggunaan internet belum melebar luas lagi. Kalo ada penggunaan pun hanya untuk melayari laman laman web pehtu penggunaan email pehtu kalo nak bersosial pun melalui aplikasi mIRC.

Pehtu berkembang biak lak laman laman sosial cam myspace, tagged, friendster dan lenlain lagi dan sekarang ni fenomena facebook dan yang seangkatan dengannya lak.

Kalo bab laman web sendiri ni lak cam blogging ni, dulu punya la susah nak buat jurnal atau blog tapi sekarang ni dah memacam platform yang disediakan secara percuma tak termasuk yang berbayar.

Dan masakini lak, penggunaan perkhidmatan internet ni dah jadi satu kewajipan kat mane mane institusi pun tak kira la pejabat ke, sekolah ke, pusat pengajian ke mesti ada perkhidmatan internet disediakan.

Masalahnya pulak bila dah tersedia segala kemudahan ni, adakah kita betul betul mempergunakan atau dengan bijak menggunakannya ?

Aku sendiri, kalo aku tak online kat rumah pastinya aku online kat tempat kerja. Tapi bukan dengan menggunakan aset syarikat. Laptop sendiri punya, line broadband pun sendiri punya. Cuma mungkin aku hanya mencuri masa dari syarikat je tu pun bukan sambil bekerja hanya dalam jangkamasa bekerja je. Maklum la, kerja aku ni memang banyak masa luang. Bila ada kerja nak kene buat tu aku takde la mengadap laptop ni untuk mengisi masa luang tu.

Bukan nak mengata lak tapi kalo ada yang terasa tu, pepaham sendiri je la. Bebaru ni ada kawan aku borak cakap kat opis dia dah tak boleh nak masuk ke laman facebook. Kalo tak dulu sambil buat kerja sambil layan facebook. Sib baik nak layan blogging tak kene sekat kata dia.

Jadi aku terfikir sedalam dalamnya. Kat mane rasionalnya kalo bekerja camtu ? Untuk apa orang sebegitu dibayar gaji setiap bulan ? Adakah untuk membahagikan masanya ditempat kerja untuk berkhidmat kepada orang awam dan mempergunakan perkhidmatan yang ada untuk diri sendiri ? Macam syampu la pulak, dua dalam satu.


Aku pernah terbaca pasal pekerja yang tidak berhemah telah menggunakan aset syarikat untuk keseronokan diri sendiri. Sepatutnya buat kerja tapi sambil tu dok melayan keinginan diri lak. 


Tu belum lagi menyelam kehidupan para pelajar yang kebanyakan dapat sambungan internet percuma di kolej masing masing. Kemudahan yang disediakan untuk diorang mudah mencari bahan rujukan belajar dah bertukar menjadi kemudahan untuk mempergunakan ke arah yang lain yang lebih individual lak.


Aku tak nak komen panjang panjang sangat la. Terfikir tentang perkara ni pun sebab ada kawan aku bertanya, "Ko kerja kat dapur pun camne ko boleh online internet selalu?" Hahaha..aku balas, "Kitorang nak order gas pun guna facebook tau".


 

14 comments:

  1. huhu..terasa lak bila baca n3 ni..sbb sambil bekerja..sambil tu blogging...

    kalau tak boleh mati kutu...sbb kerja sy..bila ada keje..mmg banyk..sampai nk pndg kiri kanan pun tk smpat...bila tkde keje...mmg tkde la..

    tu pun sy cari2 juga kerja..apa2 yg perlu di update...

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    IKAN BAKAR

    ReplyDelete
  2. bc entri ni,tringat masa hanys studi dulu,
    depan mata ada buku and mukabuka, tp lbh fokus pd mukabuka, haih..lagha2.. ;D

    ReplyDelete
  3. nabilah_2908 : ape pun utamakan niat. jangan sampai tersalahgunakan amanah yang kita tanggung tu je.

    ReplyDelete
  4. hAnYS : hehehe..tu la. dulu pernah lepak ngan kawan kat MMU, ingatkan diorang study, rupanya sibuk download anime je.

    ReplyDelete
  5. aku kerja dulu bos kedekut gila.. dia sengaja xpasang intenet kat komputer aku. susahnya bila nak berurusan (email) terpaksa guna komputer dia. dia pasang intenet tp xtau guna. adeh~~

    entri baru:
    maaf kawan, jangan cari aku!!

    ReplyDelete
  6. huhu kalau xde internet era ni, kita akan ketinggalan la.. byk maklumat terkini disebarkan melalui internet

    ReplyDelete
  7. ooooooooo

    curi2 masa kerja ye??

    kan ke curi tu da menunjukkan benda negatif??

    haaaa takut2..

    hahaha

    bagi tahu bosh!

    ah x kira bg tahu...

    haha

    ReplyDelete
  8. macam ni la bila dah ketagih...huhu

    ReplyDelete
  9. miya : sib baik sekarang ni takde lagi bos yang camtu..cuma kalo ada pun setiap penggunaan kene pantau je..

    ReplyDelete
  10. nana cHan : kene batang idung ke ? hehehe..betulkan semula niat tu..

    ReplyDelete
  11. Izamir Ridzwan : betul tu tapi berpada pada la kalo nak 'melencong' tul tak ?

    ReplyDelete
  12. mr.syazwan : curi masa yang takde apa nak diisi la..asyik isi dengan tido je kang kembang lak..hehehe

    ReplyDelete
  13. E.d.Y : hahaha..kalo dah ketagih, buat camne pun sanggup ye tak ?

    ReplyDelete