santapan percuma buat si comel
Hari ni dengan bermurah hatinya aku mengadakan majlis santapan percuma untuk si comel. Nampak gambar kat atas ni ? Haa..tu la santapannya. Enak je kan ?
Aku bukan sengaja tak nak jamu si comel sejak dari awal aku berpindah ke rumah ni cuma baru dua tiga hari lepas aku menyedari kehadiran si comel dan kawan kawannya dekat bilik belakang yang aku jadikan bilik simpanan barang.
Aku tak bermaksud bertindak kejam kepada si comel dan kawan kawannya tapi aku rasa tak seronok la sebab aku sorang je yang membayar sewa bulanan rumah ni sedangkan si comel dan kawan kawannya pulak bergumbira menumpang secara percuma.
Aku mintak maaf la kalo si comel dan kawan kawannya ni memang dah menetap lebih awal dari aku. Aku tau la baru berapa bulan je aku pindah masuk rumah ni tapi kalo si comel dan kawan kawannya nak tau, aku siap tandatangan surat perjanjian dengan tuan rumah ni tau tak ? Jadi aku rasa, aku lebih berhak ke atas rumah ni walaupun si comel dan kawan kawannya mungkin tinggal lebih lama sebelum aku masuk pindah sini.
Aku harap si comel dan kawan kawannya tak la terasa hati sangat dengan jamuan yang aku buat ni. Bukan selalu pun aku nak belanja si comel ngan kawan kawannya. Aku cadang mulanya nak buat jamuan besar besaran tapi nanti kot si comel ajak lagi ramai kawan kawannya datang, tak larat lak aku nak menjamu lagi.
Lepas ni, mungkin aku leh masukkan gambar si comel atau kawan kawannya dalam blog aku ni untuk menglamerkan lagi si comel dan kawan kawannya. Nak ke si comel tu ? Kita tunggu aje la.
apa tu??
ReplyDeletePipoq,
ReplyDeleteSinggah membaca kisah si comel - kalau ramai2 mereka serbu tentu 'menarik' mereka terlekat kat keliling bulatan. Huhuhu.
Dah tak suka apesal panggil dema 'si comel'?
Haha.
Salam Khamis drpd,
Zai
E.d.Y : hehehe..ni boleh buat peraduan teka gambar rasanya.
ReplyDeletetu la kombinasi kadbod + ikan bawal goreng + gam tikuih. hehehe..
norzailina : memula nak panggil cik siti, tapi pengurus peribadi [wife aku laa] cakap macam nama dia pulak..hehehe..
ReplyDeletemende ape tu?
ReplyDeletepolo2 belog kamoo
ape benda tu??..tapi aku rasa ia adalah suatu perangkap melekat...benda comel tu ape???..tikus mondok??..hahahaha
ReplyDeletehahahahaha
ReplyDeletetikus comel ker?
ekekekeke
nanti upload ahh
nak tgok berapa ekor
P/S : Kenapa Nama Awak Macam Nama Perempuan?
za petrelli : tak tau gak ape menda tu ?
ReplyDeletehehehe..
man yusoef : tu la pasal. suatu hari aku membongkar kotak di bilik belakang rumah aku tu melompat si comel tu sampai buat aku pun melompat sama
ReplyDeletehans : insyaAllah nanti kalo ada hasilnya pasti akan diglamerkan. tapi pagi tadi check takde pulak. diorang puasa kot.
ReplyDeletetrue religion jeans
ReplyDeletegiuseppe zanotti shoes
ray ban sunglasses outlet
louis vuitton purse
coach factory outlet
michael kors
louboutin uk
louis vuitton outlet
adidas nmd runner
louboutin pas cher
20172.27chenjinyan
mulberry uk
ReplyDeletemichael kors
michael kors handbags
red bottom
versace
cavaliers jerseys
coach outlet online
ed hardy clothing
longchamp pliage
coach outlet store online
170624yueqin