ada diskaun ke tak ?
Dua hari lepas sorang kawan aku ni merungut kerana terpaksa beratur panjang berjela untuk menyemak saman trafik di ibu pejabat polis trafik Ipoh. Kat tempat lain aku tak tau la camne lak keadaannya. Katanya, dia bernasib baik sebab hari sebelum tu tengah beratur panjang tetiba disuruh pulang dan datang keesokan hari sebab waktu pejabat dah berakhir.
Menurut kawan aku ni lagi, memang jadi satu kewajipan bagi setiap pengguna kenderaan kalo tak kene saman kira tak masyuk la. Paling koman pun setahun ada satu. Tu dia yang cakap, bukan aku sebab setakat ni mungkin aku dalam golongan pengguna kenderaan yang paling sangat berhemah sebab aku tak pernah terima saman trafik.
Apesal kene saman tu beb ? Kan masa blajar nak amik lesen dulu tu dah khatam semua undang undang jalanraya. Masa melekat L dulu tu aku tengok punya la sopan bawak kenderaan. Tapi bila dah dapat P ngape dilupakan apa yang dah menusuk otak sewaktu belajar memandu tu ?
Dah tu pulak, bila dah dapat 'surat cinta' dari abang trafik tu sebab kesalahan sendiri, maki hamun lak kat abang trafik tu padahal dia hanya menjalankan tugas dan amanah je.
Pehtu pulak, bukan reti nak tebus kesalahan tu dengan segera. Simpan buat buku teks. Bila agak agak dah cam nazak, dapat lak sessi keampunan sikit baru la terhegeh hegeh nak tebus.
Tu baru saman dunia. Camne lak saman saman akhirat yang surat cintanya kita tak nampak ? Hidup bertahun sampai terbongkok tulang belakang, banyak gak undang undang yang dah kene redah tak hingat ye tak ?
Ala, sebab surat saman akhirat tu kita tak nampak. Apa nak heran sangat ye tak ? Nauzubillah beb. Camne kita bawak kenderaan tu menyusuri jalan kat dunia ni camtu jugak la kehidupan kita. Ada undang undang yang perlu kita patuhi, kene ikut semua papan tanda petunjuk yang ada supaya kita tak sesat dan 'disaman'.
Kalo saman dunia ni kita dapat diskaun setelah menapaikan sekian lama surat surat cinta tu mampu buat kita ketawa gumbira, rasanya saman akhirat tu ada diskaun ke tak ?
so far aku pon tak pernah dpt surat cinta lagi...walaupon dah setahun bwk keter...huhu..
ReplyDeleteman yusoef : hehehe..selamat datang ke kelab pengguna kenderaan sangat paling berhemah.
ReplyDeletehalaaa, aku selalu kena speed trap!
ReplyDeletetapi kete bapak aku jadik dia bayar.
sebabnya, kadang2 jalan kosong, larat nak bawak 60-80? bosan ouhh. huuu, so dapatla surat saman.. hee~
kalau bab saman dunia...setakat ni rekod masih bersih...kalau saman akhirat.....err...dah berbuku-buku kot....sama2 la kita selesaikan saman2 yg tertunggak...sebelum kita di bawa ke mahkamah utk di jatuhkan hukuman kelak... :(
ReplyDeletejom ke APA KATA HATI pulak,
SERIBU KALI CINTA
AISHA INANI : kesian bapak ko owh..ahahaha
ReplyDeletenabilah_2908 : ya betul tu..jangan tangguh owh saman akhirat ni..tak tau bila nak kene panggil mengadap masuk mahkamah tu..
ReplyDeletextaula..sbb i xde kete..hahak..tp abg ipar i wat dek je..xde nyr pon..hisy..xbaik2...kang msuk mhkamah kang bru tgedik2 nk byr agknye..hisy
ReplyDeleteL stand for LAMPI thats y bwk ala2 slow je...
ReplyDeleteP stand for PRO thats y bwk mcm ribut...
hahahaha
wan dua2 da xde
tiada da tampal itu semua so
B.E.B.A.S
hehe
pipoq lak mana?? ke masih ambil x pas lg..
hehehe
gurau2
relek aaa...saman je kot...(walaupun hati panas je)
ReplyDelete