22 December 2010

kembali ke sekolah [2]

  15 Komen    
Tak cukup lama aku mengukir sejarah kat sekolah SKPTD tu, bapak aku buat keputusan untuk ambik skim persaraan awal. Bukan tu je, malahan bapak aku bercadang untuk berpindah ke negeri Perak lak.


Aku yang tak reti apa pun pasal nak pindah ke, bersara ke, ikutkan je. Lagipun masa tu waktu cuti hujung tahun. Tak sempat pun aku nak jumpa kawan kawan lama sebelum berpindah tu. Masa tu asyik pikir syioknya nak pegi tempat baru.


Bila dah berpindah ke negeri Perak, maknanya aku mesti la berpindah sekolah jugak. Dan di sini la tempatnya aku melakar balik sejarah persekolahan dalam hidup aku. Cuma kali ni sedikit kejutan budaya la. 




Tu dia sekolah rendah aku yang kedua. Sekolah kebangsaan Sungai Tungku, Teluk Intan. Memula aku masuk sekolah ni memang makhluk asing tul aku rasa. Mane tak nye, takde sorang pun yang aku kenal kat situ. 


Tapi tak lama pun aku jadi makhluk asing tu. Tak sempat sebulan aku masuk sekolah ni, dah jadi hero gak la. Aku belajar kat sekolah ni sampai abis darjah enam. Dan sejak reputasi aku yang buruk masa darjah satu dulu tu, mak aku habis habisan mengetatkan jadual aku belajar.


Berkat ketekunan belajar dan kenakalan perangai di sekolah, akhirnya boleh gak la aku ni tergolong dalam golongan pelajar yang berjaya. Hehehe..


Kenangan aku kat sekolah ni ? Banyak sangat kalo nak diceritakan. Sebab sekarang ni mood aku berada hampir pada paras 'M', mungkin lain kali la aku citer sikit sikit kenangan bersekolah kat sini. 






* mata aku ngantuk giler, tapi nak teman anak aku tengok TV [dia tunggu 'misi YaYa' kat astro ceria jam 1.30pagi] ni terpaksa la aku buat sesuatu yang tak memejamkan mata.





Related Posts:

  • sediakah kita ?Assalamualaikum dan selamat hari jumaat buat semua pembaca budiman. Sempena hari jumaat yang mulia ni, aku tak nak la membebel macam selalu tu. Kalo t… Read More
  • ada je tak puas hatiPermulaan hari aku untuk hari ni agak kurang memberansangkan sikit. Seawal pagi tadi aku terbangun sebab anak aku mengamuk tak nak gi basuh poop dia. … Read More
  • mood biskut Satu sindrom yang selalu menghantui blogger ni antaranya bila menghadapi kecelaruan mood. "Ishh..aku takde mood la pulak nak update hari ni" "Adoi la… Read More
  • aku yang suka membebelApa lagi yang aku tak puas hati ni ? Semalam pasal harga ayam. Kelmarin pasal blog. Ada ada aje la aku ni. Asyik nak membebel je. Nanti orang ingat ak… Read More
  • ini cerita tentang ayamSejak semalam masa masuk kerja aku rasa tak sedap badan. Seram sejuk je macam nak demam. Selera makan pun takde, asyik nak baring je. Sengal abis satu… Read More

15 comments:

  1. mengimbau kenangan lame..sob3...sdih jugak dgr ni...

    ReplyDelete
  2. ate dulu koma duk perak la ye..

    haha

    ReplyDelete
  3. akhirnya aku juga yg tunggu anak kitorang tengok misi yaya tu

    ReplyDelete
  4. nnti cite la yupp..

    tahan nye mata dia...semata2 nk tgk misi yaya...hehe... ;)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    PINGBOX

    ReplyDelete
  5. zaman sekolah zaman terbaik dalam hidup.. baik atau buruk pengalaman kat sekolah tetap kenangan paling bermakna..

    ReplyDelete
  6. mr.syazwan : iye le..sampe sekarang pun teman dok perak lagi..

    ReplyDelete
  7. wifey : ahahahaha..papa tertidur ke ? tak sedar la sayang..

    ReplyDelete
  8. nabilah_2908 : aku pun tak tau la apa yang dia suka sangat ngan misi yaya tu..heran aku..

    ReplyDelete
  9. Wahida Nasution Thakhrim : tu la..maklum la tempat pertama kali menimba ilmu..

    ReplyDelete
  10. biasanya, budak baru akan jadi perhatian ramai..lg2 kalau ensem..sah2 awek2 semua berebut budak baru....(pengalaman beb..haha)

    ReplyDelete
  11. hahaha
    yups
    kenangan dkt sekolah sebulan cerita pun belum tentu habis
    meh sini baca kenangan sekolah ku plak
    hehehehe

    P/S : Bertenang! Tarik Nafas! Sikit Jer Nih! Sakit Sikit Jer Bila Kena Cucuk Nih!

    ReplyDelete
  12. E.d.Y : ahahaha..aku setuju sangat tu..

    ReplyDelete
  13. hans : memang tak abis beb..tambah lak kalo nak citer satu persatu..jangan kata sbulan, setahun pun belum tentu habis..

    ReplyDelete