kembali ke sekolah [3]
Semalam seharian aku melayan anak aku punya karenah. Dari pagi sampai la ke malam. Lepas zohor semalam, kitorang pegi jalan jalan kat tesco sebab wifey aku ajak cari barang untuk buat hadiah harijadi anak buah kitorang kat Sabah sana tu.
Sampai jam 6 lebih baru balik rumah. Tu pun siap anak aku tu mengamuk sebab tak dapat ape yang dia nak. Hehehe..bukan aku tak nak belikan tapi masalah mesin ATM tu yang tak nak keluarkan duit. Koman tul la. Ada 5 mesin ATM kat situ, semua tak leh pakai. Silap aku gak sebab bawak satu kad je.
Ni pun baru la ada masa sikit peh anak aku masuk bilik nak tidur. Kira pecah rekod gak la dia hari ni tak tidur siang. Tapi malam ni lupa lak dia kat misi Yaya dia tu. Hehehe..
Ok la, sambung sikit kenangan masa sekolah dulu. Dalam jadual belajar kat sekolah tu, yang paling aku suka mata pelajaran yang ke lima iaitu waktu rehat. Hehehe..Happening giler kalo waktu rehat ni.
Aku bukan la salah seorang ahli penderma kantin sekolah sebab memang sejak dari tadika lagi mak aku dah biasakan kitorang adik beradik dengan bawak bekalan makan waktu rehat dari rumah. Kira lengkap dengan air + makanan la. Kalo mak aku punya masakan, memang nombor satu di dunia.
Lagi meriah lak bila bukan aku sorang je yang bawak bekal dari rumah ni, ada gak geng lain yang bawak sama. Jadik kengkadang tu kitorang akan berkongsi lauk atau bertukar tukar makanan la. Lokasi lak mane best layan kat kantin, mesti la romantik sikit. Tu dia, tepi padang sekolah kat bawah pokok. Dah macam berkelah je pulak.
Satu lagi kelebihan bawak bekal macam aku ni, bila rasa dahaga je dalam kelas tu masa cikgu tak masuk kelas lagi pandai pandai la curi curi minum. Memang menjeleskan bebudak lain la tambah lak kalo siap bunyi hirup yang menggoda tu.
Sampai ke darjah enam gak la aku masih meneruskan aktiviti membawa bekal ke sekolah ni. Memang jimat abis bapak aku tu. Lagipun aku memang ala ala anak manja sikit ngan mak aku. Kengkadang tu siap leh buat permintaan nak bawak ape gi sekolah esoknya. Mak aku ni pulak memang chef terhebat dunia, cakap je nak makan apa semua leh disediakan.
Zaman sekarang ni aku tak tau la pulak camne. Kalo aku tengok adik aku dulu masa sekolah pun, takde pulak nak bawak bekal macam aku. Bajet malu la konon. Ceh, padahal aku lagi kacak ni pun tak malu nak bawak masakan mak sendiri gi sekolah.
Kalo dulu tu, nasik lemak kat kantin tu mungkin harga 20 sen je. Sekarang ni aku dengar dah sampai RM1 sebungkus. Hehehe..memang bungkus la mak bapak kalo anak jenis nak makan kat kantin je. Zaman aku dulu, bapak aku bagi belanja sehari 20 sen. Satu sen pun aku tak pergunakan. Zaman sekarang ni aku dengar, sehari nak bagi duit belanja kat anak paling koman RM2. Wahh..kalo cam tu, anak aku nanti wajib la aku bagi bekal je siap dari rumah. Hehehe..kalo tak, mau aku yang bungkus.
dulu aku sek rendah bawak 90 sen da kira byk da tu
ReplyDeletesek menengah rm1.50 da bersyukur rahmat da tu
xmau beli kot balik masuk tabung
bdk la ni ermmm
tpi x leh slh meka gak..
duniakan da maju..
*nak slhkan dunia pulak ke???
aish!
pening
mr.syazwan : mari kita salahkan makcik kantin tu..apesal dia jual nasik lemak mahal sangat ? ahahaha..
ReplyDeletems sy sekolah dulu...jarang bawa bekal..sbb parent keje...huhu..
ReplyDeleteyg untung adik sy yg last la...dr kecik hntr ke rumah baby sitter...bila dia dh star masuk sekolah..ibu sy ambil keputusan berhenti kerja..
best la dia...tiap2 hari ada bekal...makan pakai dia semua teratur..tp part yg tk best nya...dia menjadi sngt pemurah pada kawan2 dia..
kwn2 dia tak bawa bekal...tp dok makan bekal dia...yg dia lak..pergi beli kt kantin.. :)
jom ke APA KATA HATI pulak,
BERTEMU KEMBALI